Alhamdulillah, sekali lagi kita telah diberi peluang dari-NYA untuk sampai ke Bulan Sya’ban pada tahun ini. InsyaAllah dalam beberapa jam lagi, kita bakal berjumpa dengan Malam Nisfu Sya’ban. Mari kita ikuti pesanan Al-Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid berkenaan Malam Nisfu Sya’ban:
Daripada Abu Hurairah r.a : Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم telah bersabda,
Yang bermaksud :
Jibril a.s pernah datang kepadaku pada malam Nisfu Sya’ban seraya
berkata : Wahai Muhammad, inilah malam yang dibuka padanya pintu-pintu
langit dan pintu-pintu rahmat. Maka bangunlah kamu, bersolatlah dan
angkatlah kepala dan kedua tanganmu ke langit. Maka aku bertanya: Wahai
Jibril malam apakah ini? Maka jawabnya : Inilah malam yang dibuka
padanya 300 pintu rahmat, ALLAH SWT mengurniakan keampunan bagi mereka
yang tidak menyekutukan sesuatu dengan-NYA dan rahmat ini tidak
diberikan kepada tukang sihir, tukang tenung nasib, orang yang
bermarah-marahan, orang yang kekal meminum arak, orang yang berzina,
orang yang makan riba, orang yang derhaka kepada ibu bapanya, tukang
mengadu domba dan orang yang memutuskan silaturrahim. Maka sesungguhnya
mereka itu tidak diampunkan sehingga mereka bertaubat dan meninggalkan
perbuatan tersebut.
Lalu Nabi صلى الله عليه وآله وسلم pun keluar dan bersolat sambil menangis dalam sujudnya dan diucapkannya : “Sesungguhnya aku berlindung kepada ENGKAU daripada seksaan dan kemurkaan-MU. Dan tidaklah aku dapat menghitung segala pujian kepada-MU, sebagaimana ENGKAU memuji diri-MU sendiri maka bagi-MU segala pujian sehingga ENGKAU redha”.
Imam Syafie rahimahullah berkata: Lima malam yang dimustajabkan doa ialah malam Jumaat, malam 2 hari raya, malam awal Rejab dan malam NISFU SYA’BAN.
Amalan malam Nisfu Sya’ban :
Membaca surah Al-Fatihah & Yasin sebanyak 3 kali dengan dihadirkan niat berikut :
1] Niat pertama memohon untuk dipanjangkan umur dalam ketaatan.
2] Niat kedua memohon diberi rezeki yang banyak dan barokah.
3] Niat terakhir memohon ditetapkan iman.
#islamituindah

No comments:
Post a Comment