Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang… setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya…. janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja….
kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia
mengingatimu. …
Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap
ia begitu teguh…. cukuplah sekadar keperluanmu. Apabila sekali ia
retak…. tentu sukar untuk kamu menampalnya semula…. akhirnya ia
dibuang…. sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh
digunakan lagi….
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya…. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa…. anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan
kesilapan
bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. …Akhirnya kamu kecewa dan
meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan
kamu akan berterusan hingga keakhirnya.. ..
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi… yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa
kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin
mengejar kelazatan.Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh
memakannya. Kamu akan menyesal. Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan… yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu.
Menyayangimu. Mengasihimu. Mengapa kamu berlengah, cuba
membandingkannya dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak,
kamu kehilangannya dan kamu akan menyesal apabila dia beralih arah.
No comments:
Post a Comment