Masuk dunia
perkahwinan, kebanyakan pasangan sering abaikan emosi dan perasaan
isteri. Mungkin masing2 penat mencari rezeki dan menguruskan hal
anak-anak, tetapi dari sudut ambil hati anda tetap tidak boleh letak
tepi. Namun masalah ini boleh dibaiki, cuba ambil tahu beberapa perkara mudah ini...
1. Pegang Tangan
Sentuhan
fizikal paling mudah bagi simbol cinta suami isteri adalah dengan pegang
tangan tanpa diminta. Tetapi apa yang pelik kalau sudah halal, anak
pula akan dijadikan satu alasan untuk pegang tangan pasangan. Perlu
pasangan tahu, pegang tangan juga mampu kurangkan tekanan emosi isteri.
Cuba buat waktu isteri merajuk, lagi cepat
aura positif itu muncul. Mahu lagi istimewa, sesekali paut jari jemari
waktu sama-sama menonton televisyen. Atau lebih manis curi pegang tangan
waktu keluar membeli belah, walau payah dengan dukung anak. Jangan pula
satu pasangan di depan, satu di belakang.
2. Beli Hadiah
Isteri
selalunya tidak meminta. Ada yang menghulur dia menerima. Kalau pun
pasangan sama-sama mencari rezeki di luar, apa salahnya jika anda selalu
ada hadiah kecil buat tambat hati. Tidak perlu yang mahal, mencukupi
walau sekeping coklat. Lebih puas hati jika anda belikan makanan atau
barang kesukaannya.
Waktu memberi mungkin boleh selit gurauan, semata untuk cungkil rasa cinta yang tersembunyi. Kadang penat kerja di rumah atau pejabat boleh hilang apabila mata melihat pemberian kecil dari orang tersayang. Tanda mengingati...
3. Buat Sesuatu Tanpa Disuruh
Ya, mungkin
masing2 penat tetapi jangan saling mengarah. Jika nampak sesuatu
yang kurang enak depan mata, anda boleh memahami hati pasangan. Letak
diri anda di tempat pasangan. Mungkin tidak sempat untuk kemas kerana
anak-anak meragam. Jika mahu menjaga hati, anda sendiri boleh terus
tolong pasangan.
Bertindak
lebih baik daripada mengarah. Isteri, kalau nampak suami bertindak dia
akan terus rasa bersalah. Jadi automatik, esok-esok hari kerja harian
anda lebih dijaga kerana tidak mahu apa yang suami buat sendiri,
terulang seperti hari sebelumnya.
4. Pujian tanda menghargai
Wanita lebih
bertindak dan rasa dihargai jika suami selalu memuji. Mungkin hidangan
tidaklah begitu istimewa, tetapi jika anda pandai ambil hati, isteri
pasti lebih rajin masuk dapur walau penat seharian bekerja. Andai tidak
begitu memuaskan, anda boleh sampaikan dengan cara lebih positif. Awas,
jangan kritik kalau bab makanan yang dimasak. Nak menegur bab masak,
suami kena sama-sama masuk dapur.
Mahu lagi
romantis, saling berebut saat menyuap depan anak-anak. Anak-anak tengok
pun, pasti mereka dapat baca isi hati kedua ibu bapa yang sedang
bahagia.
5. Belajar mendengar
Memang tidak
pelik kalau isteri selalu bercerita hal remeh sampai bertukar jadi
bebelan. Saat mereka bercerita bukan kerana suka-suka ya, itu kerana
mereka rasa tertekan dengan keadaan yang dilalui. Walau anda rasa
perkara yang dikongsi agak tidak penting, tetapi belajarlah menjadi
pasangan yang memahami. Faham saat pasangan berduka kerana sikap wanita,
hanya meluah mereka akan rasa lebih puas dan disayangi.
sumber:Mingguan Wanita
No comments:
Post a Comment