Islamic Clock

Wednesday, February 13, 2013

Tragedi Pilu Masuk Hutan

Hasrat tiga rakan untuk pulang ke rumah masing2 selepas dipercayai keluar berburu di hutan Matau Balak dekat Kota Gelanggi berkecai apabila kesemuanya ditemui lemas selepas kenderaan pacuan empat roda (4WD) yg mereka naiki tergelincir ke dalam sungai kelmarin.
Kejadian pukul 11.20 malam itu mengakibatkan pemandu 4WD jenis Jeep Cherokee itu, Hamzah Muhammad, 52 serta dua penumpang, Abd. Zahran Asran, 28, dan Roshaizad Abd. Rashid, 29, maut selepas gagal menyelamatkan diri. Mayat mangsa pertama ditemui pada pukul 3.55 pagi, diikuti mayat kedua selang 20 minit kemudian dan mangsa ketiga pada pukul 4.25 pagi di sekitar 100 meter dari tempat kenderaan itu tergelincir ke dalam Sungai Pahang.

Difahamkan, kemalangan itu disedari oleh seorang Orang Asli yg tinggal berdekatan sebelum dia menghubungi polis. Timbalan Ketua Polis Daerah Jerantut, Deputi Superintendan Zakaria Kassim berkata, kejadian tersebut berlaku di kawasan laluan pembalakan yang berselut. Katanya, ketiga2 mangsa dipercayai pergi berburu di hutan tersebut ketika operasi pembalakan dihentikan sementara sempena cuti perayaan Tahun Baru Cina.

Ketiga2 mangsa dalam perjalanan pulang selepas berburu di situ. Kenderaan mereka terjatuh ke dalam sungai semasa menyeberangi jambatan kerana hilang kawalan. “Mayat mereka berjaya ditemui dan dikeluarkan dari hutan tebal itu pada pukul 5 pagi tadi (semalam). Polis tidak menemui senjata atau binatang buruan di dalam 4WD itu, katanya ketika dihubungi.

Sementara itu di Maran, isteri Abd. Zahran, Badariah Daud, 31, mendakwa, suaminya masuk ke hutan itu untuk melakukan aktiviti lasak bersama dua rakannya dan bukan berburu. Mereka memulakan aktiviti itu sejak pukul 9 pagi Sabtu lalu. Ketika tiba di Bandar Tun Abdul Razak, Jengka, suami menghantar SMS (khidmat pesanan ringkas) menyatakan mereka sudah sampai sebelum meneruskan perjalanan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat di sini. Badariah memberitahu, sebelum keluar, suaminya sempat mengejutkan dan mencium anak sulungnya, Amar, 4, dan memaklumkan dia ingin masuk ke hutan. Arwah bekerja di Maran Golf Hill Resort bersama Hamzah. Empat bulan lalu, kami kehilangan anak kedua kami, Adib, sembilan bulan, kerana demam panas,” katanya sedih. Dalam pada itu, keluarga Hamzah dan Roshaizad enggan ditemu bual.

Salam Takziah pada keluarga arwah....Al-FATIHAH....AMIN.......

No comments:

Post a Comment