Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat diminta memberi penjelasan tentang kenyataannya dlm sebuah akhbar semalam yg didakwa menganggap penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) umpama haiwan. Gesaan tersebut disebabkan kenyataan beliau yg membawa pelbagai maksud dan telah mengelirukan rakyat yg menganggap perkara tersebut sepatutnya tidak dikeluarkan oleh seorang alim ulama seperti beliau.
Setiausaha Bekas2 Polis dan Tentera Diraja (Veteran) Kelantan, Mohd Zain Che Musa berkata, sebagai seorang pemimpin yg baru sahaja pulang dari mengerjakan umrah, perkara tersebut tidak sepatutnya keluar dari mulut Nik Aziz. Beliau mengemukakan penjelasan berkenaan isu kenyataan Menteri Besar Kelantan itu yg didakwa menyamakan usaha murni pemberian BR1M sebagai memberi hampas kelapa dan padi kepada ayam dan kambing.
Saya amat kesal dengan kenyataan beliau kerana seorang pemimpin seperti dia (Nik Aziz) tidak sepatutnya bercakap begitu dan menyamakan kita semua sebagai mana yg disebut kerana isu sekarang ialah penerima BR1M juga terdiri drpd semua golongan parti dalam negara kita, bukan orang yg mengundi Umno sahaja,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Menurutnya, Nik Aziz sepatutnya berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana membantu meringankan beban dengan pemberian wang tersebut dan bukan hanya bercakap kosong untuk menghangatkan lagi pemberian duit rakyat itu. Beliau berkata, jika benar kenyataan Nik Aziz itu menganggap penerima BR1M sebagaimana yg dinyatakan, penyokong Pas sepatutnya memulangkan kembali duit yg diterima supaya mereka tidak tergolong dalam haiwan seperti penerima lain. Semua rakyat dapat, tidak kira mana2 parti, jika penyokong Pas anggap apa yg Nik Aziz beritahu itu betul, yg mana pemberian duit adalah cara jahiliah, maka saya menyeru kepada semua penyokong Pas untuk memulangkan kembali duit tersebut. Duit itu hak rakyat, kita sbg penerima sepatutnya bersyukur, saya berharap beliau akan tarik balik kenyataan tersebut ataupun memberi penjelasan kepada seluruh rakyat yg menerima BR1M kerana sbg seorang ketua negeri, itu salah satu contoh yg tidak baik,” katanya.
Mohd Zain juga berkata, tindakan Nik Aziz juga dikatakan memperlihatkan perwatakan sombong dan angkuh kerana memperlekehkan pemberian kerajaan persekutuan kepada rakyat. Kepada semua penyokong Pas dan pengundi yg atas pagar, fikir perkara ini betul2, jangan mudah melatah, jangan terlalu taksub dengan apa yg dikatakan sehingga kita menyekat kepala dan minda untuk menerima perkara2 positif tentang negara kita sendiri,” katanya. Sementara itu, pesara salah sebuah syarikat penjanaan elektrik, Yamin Razak, turut bersetuju dengan gesaan tersebut yang menganggap sebagai seorang pemimpin Islam, haiwan bukan contoh terbaik untuk dijadikan persamaan.
Beliau pemimpin Islam, memperjuangkan Islam, tetapi cakap macam bukan orang Islam, dalam Islam sendiri melarang kita menyamakan manusia dengan sesuatu yang tidak sepatutnya. Sebagai seorang pemimpin, guna perkataan atau kenyataan yang mana rakyat boleh faham dan jelas dengan maksud yang hendak disampaikan, tidak perlu menggunakan istilah lain yang akan memesongkan lagi pemahaman orang terhadap apa yang ingin dinyatakan,” katanya.
From '62 To Sixty Two
11 hours ago
No comments:
Post a Comment