Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kenyataan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyamakan penerima bantuan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dengan haiwan sebagai menghina rakyat dan amat keterlaluan. Beliau turut mempersoal kenyataan itu yg tidak konsisten memandangkan pakatan pembangkang terutama di Selangor turut menjanjikan beberapa perkara yg bersifat kewangan.
"Apa beza dengan janji dia (pakatan pembangkang) di Selangor. Elaun untuk ibu tunggal, bayaran elaun anak ke tadika, janji air percuma...itu kan pemberian kewangan juga? Apa beza dengan BR1M? Jadi takkanlah Nik Aziz hendak kutuk bila kita buat dan bila pakatan buat dia tidak kata apa-apa.
Ini pendirian tidak konsisten kalau ia (BR1M) dikira amalan tidak baik dan disama dengan haiwan, kenapa dia tidak kata apa-apa bila pakatan janji. Janji pula tidak ditunaikan," katanya selepas menghadiri perjumpaan khas dengan pemimpin Barisan Nasional (BN) Sarawak dan Majlis Tertinggi komponen parti BN negeri di sini semalam. Najib mengulas kenyataan Mursyidul Am Pas itu yang menyamakan usaha murni kerajaan memberi pelbagai bantuan kepada rakyat seolah-olah memberi hampas kelapa, padi dan jerami kepada ayam dan lembu.
Sama2la kita renung2kan dan fikir2kan...........
From '62 To Sixty Two
11 hours ago
No comments:
Post a Comment