Islamic Clock

Saturday, February 23, 2013

13.2 Juta Layak Mengundi PRU-13

Jika Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) diadakan dalam masa terdekat, jumlah keseluruhan yg layak mengundi ialah seramai 13,291,385 orang. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, ia termasuk 243,204 pemilih baharu yang mendaftar pada suku keempat tahun 2012.

Bagaimanapun, beliau berkata, mereka yg mendaftar sebagai pemilih pada suku pertama tahun 2013 masih ada harapan untuk mengundi pada PRU-13 jika Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri dibubar pada hujung April dan hari pengundian diadakan selepas cukup tempoh 60 hari. Sekarang sudah bulan Februari, paling lewat Dewan Rakyat dibubarkan ialah 30 April. Jadi, maknanya, paling lewat SPR akan mengumumkan (PRU-13) dalam tempoh dua bulan, mungkin sampai ke akhir bulan Jun atau Julai (hari pengundian)," katanya selepas memberi taklimat dan menyerahkan watikah pelantikan pengurus pilihan raya bagi Perlis, Kedah dan Pulau Pinang di sini semalam.

No comments:

Post a Comment