Lalu lintas sesak teruk di beberapa jalan utama di sekitar Puchong petang ini ekoran banjir kilat antaranya di kawasan Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) berhampiran pusat beli-belah, IOI Mall.
Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) ketika dihubungi Bernama berkata kesesakan lalu lintas berlaku di laluan New Pantai Expressway (NPE), Bulatan Kewajipan hingga susur LDP di kedua arah, Lebuhraya Sprint dari arah Damansara Utama hingga plaza tol Damansara Utama pada kira-kira jam 6.13 petang Isnin.
Beberapa buah kenderaan terperangkap selepas ditenggelami banjir kilat sedalam 1.5 meter berhampiran pusat beli-belah IOI Mall di Bandar Puchong Jaya di sini semalam. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohamad Sani Harul berkata, hujan lebat tanpa henti sejak pukul 4.30 petang menyebabkan kawasan itu ditenggelami air. Bagaimanapun, menurutnya, kejadian itu tidak melibatkan kemalangan jiwa.
Bomba menerima panggilan pada pukul 5.30 petang dan setibanya anggota ke lokasi mendapati beberapa buah kenderaan telah ditenggelami air. Punca air naik begitu cepat adalah disebabkan banjir kilat dan hujan lebat tanpa henti sejak pukul 4.30 petang. Menurut beliau, banjir di kawasan itu surut kira-kira pukul 6 petang. Banjir kilat sedalam 1.5 meter itu merupakan pertama kali melanda kawasan Bandar Puchong Jaya sejak beberapa tahun lalu dan ia boleh dikatakan agak teruk kerana melibatkan kerosakan beberapa buah kenderaan.
From '62 To Sixty Two
11 hours ago
No comments:
Post a Comment