Islamic Clock

Thursday, October 18, 2012

Yayasan Kebajikan Negara Bantu Azean Irdawaty

Pelakon Azean Irdawaty yg menderita penyakit Lymphedema mendapat perhatian Yayasan Kebajikan Negara (YKN) yg bersedia membantu meringankan beban kos rawatan seniwati itu. Azean mengidap Lymphedema iaitu kesan akibat pembedahan membuang 16 kelenjar yang dilakukan pihak hospital ketika menghadapi barah payu dara sebelum ini.
Selepas mendapat tahu bebanan yg ditanggung Azean, saya terus bercadang mahu melawat serta melihat sendiri keadaan Azean dan ingin berbincang berapakah perbelanjaan yg dihabiskannya pada setiap bulan. Untuk hari ini (Selasa), pihak kami hanya menyumbangkan sedikit wang untuk kegunaan harian Azean dan akan melawatnya sekali lagi bagi menghulurkan bantuan drpd segi kos rawatan lain," ujar Pengerusi Lembaga Pemegang Amanahnya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil ketika menyertai rombongan YKN melawat Azean di kediaman pelakon itu di Bandar Utama, Selasa lalu.



No comments:

Post a Comment