Islamic Clock

Wednesday, October 17, 2012

Jadikan Al-Quran Rujukan Utama

Masyarakat Islam di dinasihatkan tidak mengetepikan al-Quran dan sunah sbg rujukan utama membina peradaban kehidupan kerana cara itu boleh mengatasi masalah gangguan mental dan emosi.

Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata, gangguan mental dan emosi berlaku kerana manusia semakin hilang kebahagiaan hidup dan jika tidak ditangani, bakal menjadi gangguan neuropsikiatri paling utama bagi penyakit tidak berjangkit. Manusia hari ini semakin tidak bahagia, hilang keseimbangan hidup kerana memandang kebahagiaan hanya dari aspek kewangan dan kehidupan semata-mata.

Kita lupa mengerjakan ibadat dan tidak mematuhi ajaran agama. Faktor inilah yg menyebabkan jiwa dan rohani semakin kosong, akhirnya menyumbang kepada tekanan. Tiada masalah yg tidak boleh diatasi, asalkan kita mahu dan berazam menjadikan al-Quran sebagai asas dlm membina semula kehidupan. Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Seminar Pembangunan Sosioekonomi Ke Arah Kebahagiaan dan Kesihatan Mental anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia di sini hari ini.

Abdullah berkata, gangguan penyakit mental di Malaysia perlu diatasi kerana keadaan itu juga membabitkan golongan kanak-kanak dan remaja. Jika gagal dikawal katanya, dikhuatiri akan menjejaskan pertumbuhan dan produktiviti negara sekali gus menjejaskan hasrat muncul sebagai negara berpendapatan tinggi pada 2020. Sebanyak 12,000 kes kanak-kanak dan remaja berumur 16 hingga 19 tahun di Malaysia mengalami masalah ini dan dijangka terus meningkat. Peningkatan ini sebenarnya satu amaran yang bahaya kepada ibu bapa, guru-guru serta masyarakat dan wajar dibendung," tegas beliau.

Sehubungan itu, semua pihak perlu membantu mempertingkatkan tahap kesihatan mental dalam kalangan umat Islam kerana usaha memelihara kesejahteraan akal adalah dituntut oleh agama.

No comments:

Post a Comment