Islamic Clock

Wednesday, October 3, 2012

Ilmu Penyusuan Ibu

MENYUSUKAN bayi tanpa sebarang sokongan dan panduan sememangnya menyukarkan si ibu apatah lg bg mrka yg baru pertama kali bergelar ibu. Tekanan yg dihadapi apabila terpaksa bersendirian menyelesaikan setiap masalah adakalanya menyebabkan si ibu hanya mampu ‘menyerah kalah’ dan menggantikan susu ibu dgn susu formula sbg jalan penyelesaian. Bukan saja berhadapan dgn situasi terbabit ktka dlm proses pemulihan atau sepanjang tempoh berpantang, malah selepas kembali bekerja mereka turut berhadapan dgn pelbagai masalah untuk terus membekalkan susu badan kepada bayi.

Pengalaman pertama kali menyusukan anak paling sukar dilupakan krna tidak mampu memberikan susu badan kepada anaknya scra eksklusif krna kekurangan susu. Ketiadaan sokongan utk terus menyusukan anak sedikit sebanyak menambah kekalutan. Panik apabila mengetahui bekalan susu badan tidak spti yg dibayangkan. Tangisan anak yg berlarutan seolah2 kelaparan membuatkan kita semakin risau. Ketika itu kita membayangkan susu badan hadir spti aliran air yg laju namun sebaliknya pula yg berlaku. Ini sedikit sebanyak membuatkan kita terkilan.

Bangkit drpd kegagalan itu, kita makin bergerak aktif dlm dunia penyusuan susu ibu dgn menyertai pelbagai program berkaitan bg membolehkan kesedaran mengenai kepentingan penyusuan susu ibu kepada bayi diperluaskan. Malah, disebabkan tidak mahu ada golongan ibu yg menerima nasib sama sepertinya, dia nekad mengikuti kursus penyusuan susu ibu bagi membolehkannya bergelar kaunselor laktasi sekali gus memberi panduan kepada ibu berhadapan masalah penyusuan.

Penting utk golongan ibu melengkapkan diri dgn segala pengetahuan berkaitan dunia penyusuan susu ibu sebelum bergelar ibu krna proses berkenaan walaupun nampak mudah, ia memerlukan daya kekuatan mental dan fizikal yg tinggi. Golongan ibu jg perlu mengetahui pihak terbaik yg boleh dihubungi bg mendapatkan bantuan sekiranya berhadapan dgn masalah sepanjang proses penyusuan bayi mrka.

Ketika itu, golongan ibu muda hanya bergantung kepada pantang larang yang diperturunkan dalam keluarga atau bertindak mengikut naluri sendiri. Mereka lakukan apa yang difikirkan terbaik untuk diri dan anak tanpa memikirkan kesan tindakan terbabit untuk jangka masa panjang.

Golongan ibu kini memiliki segala keperluan sama ada utk mendapatkan maklumat atau bantuan sekiranya berhadapan masalah dan seharusnya kemudahan itu diberikan keutamaan. Jangan mengambil sikap tunggu dan lihat krna persiapan drpd segi mental dan fizikal amat penting utk kesejahteraan si ibu dan bayi sepanjang proses penyesuaian diri berkenaan. Justeru, golongan ibu perlu memastikan diri dan keluarga memperoleh maklumat sepenuhnya sejak awal iaitu mengenai proses kehamilan serta penyusuan susu ibu. Bukan hanya diri sendiri perlu diberi penekanan malah orang sekeliling juga perlu diberikan maklumat betul kerana sokongan berkenaan membuatkan proses penyusuan terbabit lebih berkesan dan memberangsangkan. Waktu paling kritikal ialah dua minggu pertama selepas bersalin krna sepanjang tempoh berkenaan, si ibu masih lg dlm proses penyesuaian dgn karakter dan keinginan bayi mereka.

Terkini, kedua2 ibu muda berkenaan turut menyertai Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (KSPSI WPKL&P) - Titisan Emas, yg dilaksanakan Unit Pemakanan, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Kumpulan sokongan ini menjadi teras dlm menguatkan lg hubungan golongan ibu yg menyusukan bayi atau mereka yg baru mengenali dunia penyusuan susu badan.

No comments:

Post a Comment