Islamic Clock

Tuesday, October 16, 2012

Aidiladha Bakal Disambut Pada 26 Oktober 2012

Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidiladha pada 26 Oktober, demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Syed Danial Syed Ahmad.

"Bagi menyempurnakan titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijah, 1433 Hijrah ialah pada 17 Oktober, 2012.

"Oleh yang demikian, Hari Raya Korban (10 Zulhijah) bagi negeri2 seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Jumaat, 26 Oktober 2012,".

No comments:

Post a Comment