Islamic Clock

Thursday, October 18, 2012

Kuswadinata Semakin Kritikal

Akibat menghidap penyakit pendarahan usus kecil dan kanser kelenjar sejak bbrpa tahun lalu, pelakon veteran, Kuswadinata, 74, kini berada dlm keadaan tenat dan jantung pelakon itu dikatakan boleh berhenti pada bila2 masa disebabkan pendarahan yg semakin merebak.
Sejak dimasukkan ke wad (Hospital Ampang) pada 7 Oktober lalu, ayah diminta berpuasa sehinggalah ke hari ini (Selasa) untuk mengurangkan pendarahan dalam badan. Tetapi doktor sudah menjelaskan pada kami sekeluarga bahawa ayah tiada harapan untuk hidup, walaupun daripada segi luarannya dia nampak sihat. Kami tak mampu nak buat apa2 melainkan menjaga dia sebaik mungkin serta menunaikan segala kehendaknya. Saya sekeluarga reda dengan ketentuan Tuhan, ujar anak bongsu Kuswadinata, Rizal, 23.

Selain pendarahan usus, Kuswadinata turut mengalami penyakit prostat dan masalah buah pinggang yg teruk sehingga sukar untuk beliau buang air kecil secara normal. September lalu, pelakon ini turut dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat penyakit yg sama. Sama2lah kita mendoakan yg terbaik agar Kuswadinata beransur pulih dan sihat seperti sedia kala.

No comments:

Post a Comment