Islamic Clock

Monday, March 1, 2010

Takziah Buat Adik Syafia Humairah Sahari

Salam Takziat buat adik Syafia Humairah dan semoga rohnya di tempatkan di syurga firdausi....amin........
AL-FATIHAH......

Sedih, pilu rasanya dengan kematian adik Syafia Humairah. Seorang anak kecil yang belum mengerti apa2 menjadi mangsa dera sehingga membawa maut oleh seorang insan bergelar manusia yg sungguh tak berperi kemanusiaan dan sungguh tak berakal...
Hasil Bedah siasat ke atas mayat adik Syafia Humairah kanakk2 perempuan berusia tiga tahun yg mati dipercayai didera teman lelaki ibunya kelmarin, mendapati berlaku pendarahan otak, kecederaan parah di perut dan sekeliling buah pinggang akibat hentakan kuat di kepala dan abdomen mangsa.Selain itu, bedah siasat terhadap Syafia Humairah Sahari di Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB), Hulu Selangor yg mengambil masa kira2 tiga jam mulai 10.30 pagi, juga menemui kesan luka dan lebam seluruh badan, selain kesan penderaan lampau. Bedah siasat yg mendapati kesan kecederaan lama akibat penderaan lampau, termasuk yg dikesan bbrpa hari sebelum kematiannya menunjukkan mangsa didera secara berterusan.

"Kecederaan luaran yg baru dan lama itu dipercayai disebabkan pukulan dgn benda keras dan kesan hentakan kuat. Bahagian belakang tubuh mangsa juga ada kesan lebam selain leher, pipi dan bahunya. Mangsa dipercayai ditampar dan disepak di perutnya beberapa kali sehingga mengalami kecederaan parah pada tubuh selain luka di muka, dagu, telinga serta lebam kaki dan tangan.

Syafia Humairah dipercayai meninggal dunia dalam perjalanan ke HKKB ketika dibawa suspek dan ditinggalkan di wad kecemasan selepas mendakwa kanak-kanak itu mati akibat kemalangan jalan raya.

Bagaimanapun, pihak hospital mengesyaki berlaku penderaan terhadap mangsa selepas menemui banyak kesan luka dan lebam pada tubuh kanak2 itu dan polis menahan lelaki terbabit kira2 jam 3 pagi kelmarin yg mengaku mencederakan Syafia Humairah.Hasil ujian air kencing terhadap suspek mendapati lelaki itu positif dadah jenis ganja.

Jenazah kanak2 malang itu dituntut oleh keluarga ibunya di HKKB sebaik selesai bedah siasat sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kuang, kira-kira jam 4 petang.

TAKZIAH...AL-FATIHAH.......

No comments:

Post a Comment