Islamic Clock

Thursday, March 11, 2010

Jadikan Anak2 Sebagai Amanah


SEBAGAI manusia yg normal akal fikiran dan perasaan, membaca dan melihat laporan akhbar mengenai anak yg anak kecil didera dan diperlakukan secara kejam sememangnya membangkitkan kemarahan yg meluap-luap kepada si pendera.

Soalan yg pasti timbul di dalam sanubari kita ialah mengapakah ada manusia sanggup memperlakukan anak sekejam itu??? Tidak kasihankah dgn anak kecil yg tidak berdosa itu? Dan bermacam2 lagi persoalan yg bermain dlm hati sehinggakan ada antara kita menganggap si pendera seumpama berhati haiwan. Sekurang2nya haiwan pun sayangkan anak mereka, dijaga dan ditatang sehingga anak mampu berdikari. Inikan pula manusia yg dianugerahkan akal dan hati untuk berfikir dan merasa.

Inilah natijahnya apabila hati dan nafsu tidak mampu bersabar mengekang perasaan amarah dan akal tidak mampu membezakan kebenaran dan kebatilan. Apabila anak2 tidak dianggap sbg amanah yg perlu dijaga sebaik2nya, maka banyaklah kerosakan yg berlaku yg bakal berlaku.

Anak sebagai amanah, bukan sekadar anugerah

Sudah banyak kali kita membincangkan tntg peri pentingnya memelihara anak spti permata. Anak2 kecil sememang tidak bersalah krna mrka masih tidak matang dan tidak mampu mengawal emosi mrka. Orang dewasalah yg sepatutnya mengemudi anak2 mrka dgn tingkah laku yg baik supaya anak2 membesar dgn binaan sikap, pendirian dan emosi yg teguh apabila menjejak alam remaja dan dewasa. Peringatan spti ini sememangnya perlu diulang2 bagi menyedarkan golongan dewasa dan ibu bapa.

Mungkin sesetengah ibu bapa lupa bhwa anak itu adalah amanah Allah yg tidak ternilai harganya. Ramai yg tidak mempunyai anak sangat kepinginkan cahaya mata lalu pelbagai cara diusahakan untuk mendapat anak. Ada pula apabila sudah mempunyai cahaya mata, tidak menjaga dan mendidik anak dgn betul dan sempurna.

Mendidik dlm erti kata mestilah mengajar anak akan nilai asas dlm kehidupan, melimpahkan kasih sayang yg sewajarnya kpda anak2, membina kekebalan diri anak2 dari anasir2 tidak baik. Mengajar anak akan yg salah dan benar, serta memberi panduan dan pedoman berterusan agar anak membesar menjadi insan yg beriman dan teguh pendirian.

Sememangnya ia tidaklah semudah spti yg disebutkan. Namun itulah hakikat tanggungjawab ibu bapa terhadap anak2. Mendekati remaja menerusi pendidikan perlu bermula pada awal umur lagi. Jangka waktu yg paling kritikal bagi anak2 mencapai tahap remaja ialah sejak lahir sehingga ke peringkat akil baligh. Akil baligh merupakan puncak suatu proses membentuk manusia yg sudah boleh berdiri atas kaki sendiri. Di peringkat inilah perkembangan kognitif (akal-fikir) berlaku dgn subur yg membolehkan anak2 membuat tanggapan terhadap sesuatu.

Ajaran Islam umumnya tidak menghalang ibu bapa menghukum anak2, ttpi mestilah bersifat mendidik, tidak didorong perasaan amarah dan tidak melampaui batas syarak dan kemanusiaan. Ini kerana trauma drpd zaman malang kanak2 boleh menghantui alam remaja serta dewasa seseorang dan lukanya sukar disembuhkan. Ada juga anak2 yg membesar dgn kejadian dera dan pengabaian menjadi seorang yg agresif, sangat ofensif, serta tidak boleh menerima pendapat orang lain.

Anak2 bukan shja anugerah yg tidak ternilai drpd Allah, malah mrka adalah amanah yg perlu dipelihara sebaik2nya. Mrka perlu dididik supaya sentiasa kembali dan berdamping ke jalan Allah dan pangkuan keluarga, sekalipun ada membuat kesalahan agar proses pembaikan boleh berlaku.

Oleh itu, tanggungjawab ibu bapa berjalan sepanjang hayat mrka, bukannya melepaskan tanggungjawab itu kepada pihak lain spti sekolah atau penjaga. Ada pula yg menganggap anak2 sudah pandai berfikir sendiri akan baik buruk sesuatu perkara dan secara mudah menyalahkan anak2 sekiranya berbuat salah. Walhal ibu ayah sendiri tidak membekalkan anak2 dgn nilai2 asas dlm kehidupan dan didikan agama yg mencukupi.

Watak ibu dan ayah saling melengkapi

Justeru peranan ibu dan ayah amatlah penting dlm pembentukan watak dan pendirian anak. Ibu sering dirujuk sbg faktor penting dlm pendidikan. Bapa juga tidak kurang penting membentuk anak dlm kepemimpinan. Bapa adalah lambang ketua dlm sebuah rumah tangga. Didikan ibu dan kepemimpinan bapa boleh memberi perlindungan kepada isteri dan contoh kepada anak.

Pada diri seorang ibu ada unsur penting dlm proses didik, asuhan, kasih sayang, kesabaran dan memiliki kasih sejati terhadap anak. Allah telah memberikan kekuatan dan kesabaran yg tinggi kpda wanita yg bergelar ibu untuk menanggung kesusahan dan kepayahan demi anaknya.

Masakan tidak, seorang ibu sanggup melalui tempoh mengandung dgn susah payah sehinggalah melahirkan anak dlm kesakitan dan kepedihan. Ibu jugalah yg penat berjaga malam untuk menyusu dan menyalin lampin anak, dan bersengkang mata sekiranya anak kurang sihat. Naluri seorang ibu sememangnya berkehendakkan anaknya sentiasa dlm keadaan sihat dan sempurna.

Ibu adalah pelengkap kpda watak bapa. Ia menjadi faktor penting dlm proses pembangunan zuriat, anak dan generasi. Ibu yg berilmu dan berketerampilan memahami proses pertumbuhan dan pembesaran anak baik dari sudut minda, psikologi, emosi dan tabiat, serta memiliki cara dan kaedah berkesan bagaimana anak harus 'diremaja' dan 'didewasakan'.

Begitu juga dgn si ayah. Menjadi seorang ayah adalah peranan yg payah. Menjadi seorang ayah tidaklah bererti memonopoli segala hak dan tanggungjawab, tetapi dikongsi dan dilalui bersama2 secara sukarela dan penuh faham tanggungjawab. Watak ayah tidak sama dgn watak ibu, tetapi Allah menjadikan mereka berpasang2 untuk melakukan peranan saling melengkapi.

Dalam masa yg sama, ayah harus berasakan bhwa ibu adalah amanah Allah yg besar. Ibu juga perlu dikasihi dan disayangi. Semangat kebapaan memberi perlindungan, tunjuk ajar, bimbingan dan rasa persefahaman dgn ibu. Ia bakal mewujudkan suasana rumah tangga harmoni dan damai dan memberi contoh yg baik kpda proses pendewasaan anak2.

Sekiranya pertumbuhan dan kesuburan yg sedang berlaku kpda anak2 tidak didekati dgn ilmu dan keterampilan menerusi watak keibuan dan kebapaan nescaya pembesaran anak2 bakal mengalami kelompangan yg mudah dimasuki oleh unsur2 negatif. Ilmulah yg mampu memberi kekuatan kpda anak2 supaya apabila besar nanti ia tidak menyebabkan lahirnya kecelaruan di kalangan mereka. Oleh itu, anak perlu dipedomankan sekiranya berbuat salah, bukannya menghukum sesuka hati apatah lagi mendera dan mengasari mereka tanpa belas kasihan.

Kesimpulan

Bergelar ayah dan ibu adalah nikmat Allah yg tidak ternilai kpda manusia. Bagi mrka yg mengetahuinya, amatlah besar ganjaran yg bakal diperolehi jika menjaga dan mendidik anak2 dgn sesempurna mungkin. Tidak dinafikan bhwa kerosakan yg terjadi dewasa ini kebanyakannya berpunca drpd keruntuhan institusi kekeluargaan, ceteknya didikan agama dan moral serta dan kurangnya sikap kepedulian sesama kita.

Tuntasnya, tanggungjawab seorang ibu dan ayah adalah tanggungjawab seumur hidup. Anak2 kadangkala tergelincir drpd landasan, maka ibu bapalah yg perlu sentiasa mengawasi dan menasihati mrka supaya jalinan corak kehidupan anak2 menjadi kembali teratur dan harmoni.

No comments:

Post a Comment