Islamic Clock

Tuesday, March 2, 2010

Persediaan......

Perkara penting yg anda perlu buat sebelum anda bercadang untuk hamil
Dr r Juhaidah-Pakar O&G Kpmc puchong medical centre

Anda dan suami sudah bersedia untuk menimang cahaya mata dan menjadi ibu dan ayah kepada bayi comel, tapi tunggu! Pastikan diri anda berada dalam keadaan optimal dahulu untuk mendapatkan kehamilan yg terbaik. Ada beberapa isu penting yg anda harus buat sebelum melangkah kealam HAMIL!.

Makan asid folik
Walaupun anda merasa diri anda sihat dan tidak mengalami sebarang kekurangan zat dan vitamin, anda masih perlu memakan asid folik sekurang2nya 400mcg sehari kurang2nya 1 bulan sebelum hamil. Acid folik, walaupun terdapt dgn banyak dlm makanan dan sayuran seharian, mudah rosak apabila semasa proses memasak. Kekurangan asid folik dikatkan dgn kecacatan saraf seperti spina bifina dan kecacatan saraf yg lain..

Jangan merokok dan meminum alcohol
Hentikan serta merta sekiranya anda bercadang untuk hamil dlm masa terdekat, banyak penyelidikan yg telah dijalankan menunjukkan merokok dikaitkan dgn bayi yg kecil semasa lahir, bayi pramatang, keguguran dan sebagainya. Ia juga dikaitkan dgn ketidaksuburan dan kekurangan sperma pada lelaki.

Kurangkan minuman berkafin
Terlalu banyak minuman cafin boleh mengurangkan keupayaan usus anda untuk untuk meyerap zat besi dan meninggikan risiko keguguran dan meninggikan risiko kematian anak dalam rahim. Kurangkan pengambilan secara beransur2 dan gantikan ia dgn minuman jus jika anda suka. Walaubagaimanpun bagi penggemar kopi, anda masih boleh meminum minuman bercafin satu cawan sehari semasa mengandung.

Pastikan berat badan optimal!
Sekiranya anda mempunyai berat badan yg normal, anda akan menjadi lebih berpeluang untuk hamil. Penyelidikan telah menunjukkan mereka yg mempunyai berat badan yg terlalu rendah dan terlalu tinggi lebih sukar untuk hamil. Sekiranya berat badan anda tidak memuaskan, cuba untuk memperbaiki dgn mengurang atau menambahkan berat. Berbincanglah dgn doktor anda cara terbaik untuk menguruska berat badan anda. Simpan cuma makanan yg sihat shja dalam peti sejok.
Anda tidak perlu makan untuk dua orang, tetapi dgn amalkan memakan buah2an dan sayuran 4-5 hidangan sehari ia boleh membekalkan nutrient yg anda perlukan sbg persedian untuk hamil. Makanlah bijiran whole grain, susu, yogurt atau juice yg kaya dgn kalsium. Sekiranya anda pengemar ikan, kurangkan memakan ikan dari jenis jerung, sword fish dan tuna kerana ia mungkin berlebihan dgn kandungan merkuri, bahan yg boleh memberikan kemudaratan kepada bayi anda.

Bersenamlah
Mulalah bersenam secara regular dan anda akan dihadiahkan dgn badan yg sihat semasa mengandung. Tambahan pula, peluh yg keluar boleh mengurangkan tekanan yg boleh menganggu peluang anda untuk mengandung. Senamrobik, weight training dan yoga 2-3 kali seminggu boleh menambah stamina anda sekaligus meniggikan peluang anda untuk kehamilan yang sihat.

Jumpa doktor gigi anda!
Jangan sesekali lupakan tentang kesihatan mulut anda. Gigi dan gusi yg terkena jangkitan dikaitkan dgn keguguran dan kelahiran pramatang. Ada juga pemyelidikan mengatakan ia boleh meniggikan risiko preeclampsia, sejenis penyakit darah tinggi semasa mengandung.
Pastikan anda mendapat kesihatan gusi dan gigi yg optimal kerana perubahan hormon yg berlaku semasa mengandung boleh menyebabkan gigi dan gusi anda yg dah tersedia rosak, menjadi semakin teruk semasa mengandung.

Pastikan anda tahu sejarah perubatan keluarga anda dengan mendalam.
Sekiranya keluarga anda mempunai sejarah kelahiran cacat, down syndrome, kelahiran kembar, thalasemia dan sebagai, pastikan doktor anda diberitahu kerana sekiranya ada, mungkin anda dan pasangan anda perlu untuk menjalani ujian genetik sebelum anda bercadang untuk mengandung.

Jumpa doktor anda untuk pemeriksaan pra-hamil
Sebelum cuba untuk mengandung, disarankan, anda berjumpa dgn doktor anda untuk bbrpa siri ujian dan pemeriksaan untuk memastikan samada badan anda benar2 bersedia untuk mengandung. Ujian antibodi untuk chicken pox dan rubella mungkin akan diambil sekiranya anda belum masih belum dijangkiti. Anda mungkin dinasihatkan untuk mendapatkan immunisasi terhadap jangkitan ini sekiranya ujian didapati negatif. Sekiranya mendapat jangkitan ini semasa mengandung, anda boleh mendapat komplikasi yg serius dari jangkitan ini. Sekiranya anda bercadangkan untuk mengambil vaksin tersebut pastikan anda tidak mengandung sekurang kurang untuk sebulan selepas suntikan.

Kira hari anda subur
Mengetahui hari subur anda dgn tepat boleh meninggikan peluang hamil. Bagi mereka yg mempunyai kitaran haid yg normal, anda boleh mengira hari subur anda dgn mengira tarikh ovulasi. Untuk lebih tepat, catatkan suhu badan asas setiap pagi dan perhatikan perubahan mukus yg keluar dari faraj. Terdapat juga kit ovulasi di farmasi dan kedai ubat tapi ia mungkin agak mahal.

Hindari dari jangkitan!
Sangat penting untuk anda mengubati segala jenis jangkitan kuman yg ada sebelum mengandung terutama yg mungkin akan memudaratkan kandungan anda. Jauhkan dari makanan separa masak seperti susi mentah kerana makanan sebegini mungkin mengandungi kuman2 berbahaya yg boleh memudaratkan bayi anda dan meninggikan risiko untuk keguguran dan kematian anak dalam rahim. Basuh tangan selalu apabila mengedalikan makanan dan pastikan perti sejuk anda berada pada suhu yang optimal untuk mengurangkan pembiakkan kuman pada makanan. Pakailah sarung tangan semasa mengendalikan tanah atau semasa menguruskan najis kucing. Toxoplama yg terdapat ditanah dan najis kucing boleh enjakiti anda dan memberi kesan kepada kandungan anda.

Hindarkan bahaya persekitaran!
Sesetengah kerja boleh memberikan bahaya untuk anda dan bayi. Sekiranya anda secara rutin terdedah kepada bahan kimia dan radiasi, anda perlu membuat sedikit perubahan sebelum mencuba untuk mengandung. Perlu diingatkan, sesetengah produk seperti pestisid, alat pencuci dan lead dalam air minuman boleh memberi bahaya kepada bayi yg terbentuk. Berbincang dengan doktor tentang cara terbaik untuk mengatasinya.

Fikirkan sedalam2nya..adakah anda betul2 bersedia untuk menimang cahayamata!
Menjadi ibu dan bapa merupakan tanggunjawap seumur hidup dan adalah penting untuk anda dan suami bersedia sepenuhnya untuk itu. Terdapat beberapa kunci pertanyaan untuk dipertimbangkan:

* Adakah anda berdua sudah komitted untuk menjadi ibubapa?
* Adakah anda sudah terfikir bagaiman untuk mengendali tangungjawap menjaga anak dan mengimbangi kerja dan keluarga?
* Adakah anda bersedia untuk membuag tabiat lama seperti tidur pada hari ahad, menonton wayang dan sebagainya?
* Adakah anda bersedia untuk mengaji orang gaji atau mencari penganti untuk menjaga anak sekiranya seiranya anda perlu keluar tanpa bayi?

Sekiranya soalan ini telahpun terjawap dengan jawapan 'YA' ..sesungguhnya anda sudah bersedia untuk bercahaya mata. Selamat Menjadi ibu!

No comments:

Post a Comment