Islamic Clock

Thursday, March 25, 2010

Mengandung Dan Kencing Manis

Sumber : Utusan Malaysia Online

KENCING manis atau diabetes merupakan satu keadaan di mana paras gula (glukosa) di dalam darah badan melebihi paras normal.

Walaupun glukosa merupakan satu punca tenaga tetapi seandainya berlebihan akan menyebabkan permasalahan kesihatan, terutamanya semasa mengandung. Kencing manis semasa mengandung dipanggil diabetes gestasi.

Punca

Kencing manis berlaku apabila pengendalian badan terhadap insulin tidak teratur, sama ada dari segi pembuatan maupun penggunaannya. Insulin merupakan hormon yg menukar glukosa di dlm badan ke bentuk tenaga. Apabila pembuatannya ataupun pengunaannya tidak betul, paras gula darah akan meningkat dan ini dipanggil hiperglisemia.

Semasa mengandung, hormon yg dikeluarkan oleh uri (plasenta) mengganggu keberkesanan insulin, hasilnya, hiperglisemia mgkn berlaku. Puan boleh mendapat diabetes gestasi walaupun tidak ada risiko yg dikenal pasti. Lazimnya kencing manis yg berlaku smsa mengandung hilang slps kelahiran. Namun demikian, risiko untuk mendapat kencing manis pada masa hadapan adalah tinggi.

Sekiranya puan pernah mendapat rawatan kencing manis semasa mengandung, maklumkan kepada doktor atau jururawat yg ditemui. Harus diingat bahawa risiko kencing manis meningkat dgn peningkatan umur semasa mengandung

Masalah kencing manis semasa mengandung

Risiko kesihatan akan meningkat dgn peningkatan paras gula darah. Setengah drpd komplikasi ini meningkatkan risiko untuk kelahiran secara pembedahan. Inilah sebabnya mengapa paras gula darah perlu dikawal.

Permasalahan yg mungkin puan hadapi sekiranya puan berisiko untuk penyakit kencing manis semasa mengandung:

- Janin menjadi besar dikenali sbg makrosomia. Ini disebabkan oleh gula berlebihan memasuki janin dan mengarahkan tumbesaran pesat, akibatnya janin menjadi besar dan mungkin sukar untuk dilahirkan secara normal, kejadian kelahiran tersekat terutamanya pada bahagian bahu meningkat.

- Kejadian darah tinggi dan kehadiran protein di dalam air kencing meningkat, ini dipanggil pre-eklampsia. Jika dibiarkan, boleh menyebabkan sawan, kegagalan hati dan juga buah pinggang. Puan mungkin terpaksa melahirkan anak sebelum masanya untuk mengelakkan komplikasi dan musibah yg melanda sistem dalaman organ. Kematian juga boleh berlaku pada janin.

- Meningkatnya cecair likuor di kantung di mana janin berada. Ini menyebabkan saiz kandungan melebihi saiz sebenar mengikut kiraan, menyebabkan ketidakselesaan seperti kesukaran bernafas. Kelahiran mungkin berlaku sebelum sampainya penggal kematangan iaitu sebelum 38 minggu.

- Jangkitan sistem pundi kencing. Sekiranya tidak dirawat, jangkitan di pundi kencing akan merebak ke buah pinggang.

- Sindrom kesukaran pernafasan mungkin berlaku pada bayi. Risiko ini meningkat untuk ibu-ibu yang mempunyai kencing manis semasa mengandung, lebih2 lg apabila kelahiran awal sebelum tempoh terpaksa dilakukan.

- Kematian bayi di dalam kandungan, mungkin berlaku sekiranya kencing manis gagal dikawal. Ini termasuklah keguguran.

Pengawalan kencing manis

Apabila puan menghadirkan diri kali pertama ke klinik perbidanan untuk membuat kad lawatan antenatal, puan akan diselidiki akan faktor2 risiko, sejarah perubatan serta sejarah perbidanan lampau.

Sejarah kesihatan sekarang spti berat badan yg melebihi nisbah berat-tinggi yg disyorkan, umur puan, kandungan yg disyaki secara relatifnya besar, berat janin, kehadiran lebih drpd satu janin serta kandungan air likuor yg terlampau (mengikut umur kandungan). Pemeriksaan air kencing yg menunjukkan kehadiran gula di dalamnya bukanlah kaedah pengawasan pengawalan yg diamalkan di hospital.

Puan akan diuji untuk paras glukosa darah, paling mudah diambil dari jari dan hanya memerlukan setitik darah.

Puan juga akan ditanya bila kali terakhir ujian glukosa darah diambil, di samping masa puan makan dan minum. Sekiranya terbukti paras gula darah kapilari puan melebihi normal, puan akan dinasihatkan supaya menjalani ujian selanjutnya.

Sekiranya puan sudah pun mengalami kencing manis sebelum mengandung, puan dinasihatkan supaya menghadiri klinik kencing manis supaya pengawalan paras gula darah yang ketat dapat dimanfaatkan. Ini kerana paras gula yang tidak teratur dan tinggi dapat mencacatkan pertumbuhan serta tumbesaran janin, terutamanya yg berumur kurang dari 12 minggu. Semasa mengandung, pengawalan paras gula darah dilakukan dgn penggunaan insulin. Pil-pil tidak digunakan.

Pemakanan

Pemakanan seimbang penting terutamanya untuk mrka yg menghidapi kencing manis. Tumbesaran janin bergantung pd pemakanan puan. Perlu ditegaskan pemakanan yg diambil perlu diimbangkan supaya paras gula tidak naik melebihi normal.

Pemakanan puan bergantung kepada berapa berat badan, umur dan juga tahap kecergasan harian puan. Peringkat umur kandungan juga memainkan peranan dalam pemakanan puan.

Perawatan

Semasa mengandung, sekiranya puan memerlukan perawatan untuk kencing manis, ubat suntikan insulin diberikan.

Sebelum insulin diberikan, puan mungkin dimasukkan ke wad untuk menentukan dos optimum, mengenalpasti apa yg mungkin puan rasai sekiranya paras gula jatuh terlalu rendah, serta diajar cara2 menyuntik dan juga mengendalikan alat2 suntikan. Ubat2 untuk dimakan mgkn diberikan sekiranya puan memang pesakit kencing manis sebelum mengandung lagi.

Senaman itu penting utk mrka yg berpenyakit kencing manis. Walaupun puan mengandung, puan boleh juga bersenam, contohnya seperti berjalan-jalan dan senaman ringan lain.

Penjagaan kandungan

Semasa trimester pertama, ujian darah khas spti darah hemoglobin berglikosi boleh dijalankan, di mana ujian ini meramalkan sama ada kecacatan janin merupakan satu kemungkinan. Puan juga mgkn dinasihatkan supaya menjalani pemeriksaan ultrasound pd minggu ke-18 hingga ke-20 kandungan untuk mengenalpasti sebarang kecacatan pd janin.

Pemeriksaan antenatal ln spti yg dijalani ibu2 yg mengandung biasa turut dilakukan. Temujanji puan mgkn lebih kerap sedikit kerana doktor perlu memastikan pengawalan gula darah, dos insulin dan juga komplikasi lain dikenal pasti.

Lazimnya di hospital2 besar spti hospital Universiti Sains Malaysia, puan akan dirawat dan hadir ke klinik gabungan khas yg terdiri drpd pakar perubatan dalaman dan pakar obstetrik. Puan jg mgkn dirujuk kpda pakar pemakanan serta jururawat mahir yg mempunyai pengkhususan dlm penjagaan ibu mengandung yg menghidapi kencing manis.

Kelahiran


Jangan runsing, sekiranya pengawalan gula darah puan stabil, saiz bayi biasanya tidak besar dan dalam kebanyakan kes, kelahiran berjalan secara normal. Semasa proses kelahiran, pengawasan gula darah dan juga paras elektrolit lain diawasi dgn teliti. Sekiranya terdapat komplikasi ataupun keadaan tidak terkawal, berkemungkinan kelahiran bayi puan akan dirancangkan lebih awal dari tempoh masanya.

Penjagaan selepas mengandung


Kebanyakan bayi tidak mengalami komplikasi tetapi doktor akan memasukkan bayi ke wad rawatan khas untuk mengenal pasti sebarang komplikasi yg mungkin berlaku seperti:

- Paras gula darah yg rendah
- Paras kalsium dan magnesium yg rendah
- Peningkatan bilangan sel-sel darah merah
- Jaundis neonatal iaitu kulit bayi menjadi kuning
- Masalah dengan pernafasan

Kebanyakan masalah ini tidak berlaku sekiranya kencing manis semasa mengandung puan terkawal. Tidak ada halangan juga untuk puan meneruskan penyusuan badan untuk bayi.

Puan boleh mengamalkan mana2 kaedah kontraseptif yg ada. Sekiranya puan mengandung dalam tempoh dekat, puan mungkin mengalami kembali diabetes gestasi.

Pengawalan paras glukos

Sejurus selepas bersalin, puan tentu merasakan keletihan yg amat sangat. Pada masa tersebut sekiranya puan belum makan atau minum apa2, regim insulin boleh diteruskan. Insulin diberhentikan sebaik shja puan mengambil makanan atau meminum minuman bertenaga. Pengawasan gula masih ditumpukan, dan sekiranya paras gula puan masih tinggi, ubat anti kencing manis akan dipreskripsikan. Sekiranya paras gula darah puan kembali normal, puan perlu ingat yg puan adalah lebih berisiko untuk mendapat kencing manis di kemudian hari. Jadi selalulah berjumpa dengan doktor.

Pengawasan berat badan
Tidak digalakkan puan menurunkan berat badan atau berdiet terlampau smsa tempoh mengandung. Slps bersalin, puan bolehlah meneruskan agenda menurunkan berat badan dgn bersenam serta cara pemakanan yg betul. Perlu diingat yg puan juga akan memerlukan tenaga yg lebih untuk menjaga bayi kesayangan yg baru shja lahir ke dunia.

No comments:

Post a Comment