Islamic Clock

Tuesday, April 3, 2012

Pelajar Maut Disambar Petir

SERDANG, 3 April 2012 (Selasa) – Seorang pelajar yg menyertai Pertandingan Bola Sepak Sekolah-Sekolah Daerah Petaling Perdana di Universiti Putra Malaysia (UPM), terbunuh dipanah petir manakala rakannya cedera, petang tadi.

Dalam kejadian kira2 2.45 petang, mangsa Muhamad Mustaqim Muhamad Kamarul dan Muhammad Yusop, masing2 berusia 16 tahun, dikatakan baru selesai bermain bola di Padang A UPM. Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Abd Razak Elias berkata, ketika kejadian mangsa dikatakan sedang menunggu bas di bawah pokok untuk pulang ke sekolah masing2.

Menurutnya, insiden disedari beberapa pelajar yg turut berada berhampiran padang berkenaan sebelum memaklumkan kejadian kepada seorang guru. Ketika kejadian, salah seorang guru memberitahu keretanya bergegar sebelum didatangi pelajar yg memberitahu dua pelajar tingkatan empat dari Sekolah Menengah Seksyen 16 Shah Alam itu dipanah petir. Kedua2 mangsa dikejarkan ke Hospital Serdang, namun salah seorang drpdnya, Muhamad Mustaqim dilaporkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan,” katanya.

Beliau berkata, jenazah mangsa dibawa ke rumahnya di Padang Jawa, Klang sebelum dikebumikan di kampung ibunya di Felda Jengka Pahang. Mangsa disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Serdang. Kes disiasat sebagai mati mengejut.

No comments:

Post a Comment