Islamic Clock

Wednesday, April 4, 2012

Faris Dalam Kenangan (Bah. 2)

Faris dalam kenangan (26/06/2006 - 23/02/2012)

"Ayah, nanti faris dah keluar hospital, faris nak beli car baru bole? Warna merah tau?” Itulah kata2 Faris ketika hari pertama dimasukkan ke hospital. Memang faris nampak sihat sangat. Masih kuat dia bermain ipad, ketawa & menyuap sendiri makanan yg diberi. Namun semuanya berlaku terlalu pantas...

Faris seorang yang sangat2 suka berjenaka bersama keluarga. Gemar mengusik abang & kakaknya walaupun kadangkala agak kasar gurauannya. Bila kena marah, memang kesian tengok mukanya...sedih sgt seolah2 abg & kakakya tak sudi nak main dengannya. Memang tak sampai hati nak marah kat dia... kesian sgt2. & setiap kali kena marah, dia akan pergi ke dalam biliknya sambil main kereta mainannya ataupun akan tengok TV. Tapi merajuknya hanya sekejab sebab lepas tu dia akan datang mengusik & mengacau lagi...

Mungkin kerana dia anak yg bongsu, so manja tu memang agak berlebihan. Kebiasaannya kalau dia nak minta sesuatu barang, dia akan minta dengan Opah sebab dia tahu ayah & ibu mmg agak berkira sikit. Tapi boleh kata tiap2 bulan, ayat dia mesti sama je tanya kat ayah

“Ayah dah dapat gaji”?
“Dah, kenapa?”
“Takde apa, saja je tanya”
“Kenapa? Faris nak beli apa2 ke?”
“Tak lah”
“OK, nanti ayah dah keluar duit, kita gi beli barang2”
“Haaa... kalau faris nak beli car bole?”

Boleh kata itulah skrip yg sama setiap bulan. Memang bila dapat gaji, kami akan ke pasar raya utk membeli barang2 keperluan rumah & dapur. Dan masa itulah dia akan ambil kesempatan nak tambah koleksi cars dia... Abang ngah & Kak long pun tak kurangnya....

Seorang yg gemar melancong & berkelah.Jika cakap nak ke pantai ataupun mandi sungai, dialah orang pertama yg akan packing baju mandinya & pelampung. Memang sangat suka berendam, selagi tangan tak kecut mmg tak akan keluar dari air.

Mengimbau saat2 ketika sihat,

Masa abg ngah bersunat di kampung hujung tahun 2012, dialah yg paling ambil berat sekali. Sanggup taknak balik ke KL semata2 nak jaga abg ngah. Dia cakap “Ayah balik la KL ngan ibu, faris nak jaga abg ngah!, kesian abg ngah tinggal sorang2..” Jadi, saya tinggalkan mereka 3 beradik di Penang bersama Tok & Wan mereka, kebetulan minggu depannya saya nak balik semula ke Penang sebab adik kahwin.

Memang betul seperti dikata, Mak saya cakap sepanjang abg ngah berpantang lepas bersunat, faris lah yg dok jaga dia... ambilkan ubat & air, temankan abg ngah main ipad, ingatkan bila tiba waktu solat & siapkan tempat tidur. Dia taknak tidur dalam bilik ngan Tok dia, nak juga tidur tepi abg ngah dia kat ruang tamu tu...

Kuat juga menyakat tu main selak2 kain abg ngah nak tengok 'bird' abg ngah dia... heheh... Itu kenangan sebulan terakhir sebelum arwah jatuh sakit

Segalanya bermula awal tahun ini ketika minggu ke2 persekolahan bila Faris mula batuk2. Jangkaan hanya batuk biasa sahaja sebab bila makan ubat klinik batuknya makin kurang cuma kahaknya masih banyak. Waktu tu Faris masih cergas seperti biasa walaupun masih batuk. Aktif bermain badminton & bola bersama abg ngah & kak long waktu petang cuma yang perasan dia nampak cepat penat bila bermain (macam semput).

Seminggu selepas itu ketika Hari Raya Cina (23hb Jan), saya mengambil keputusan untuk tidak balik ke kampung dan merancang untuk membawa keluarga berkelah ke HotSpring Sungai Klah di Sungkai. Percutian yang memang sangat disukai oleh Faris sebab boleh mandi manda. Kami bertolak awal pagi dari KL ke Sungkai dan merancang untuk pulang pada sebelah petang sebab homestay sudah penuh. Kegembiraan memang tak terkata buat anak2 bila dapat mandi manda disitu. Bermula dengan berendam di air panas, kemudian kami mandi pula di kolam air biasa hinggalah puas. Memang seronok tengok anak-anak mandi sambil berkelah. Menjelang petang, kami baik ke KL semula, walaupun penat tapi puas!

Nak dijadikan cerita (kebetulan atau tidak), 2 hari selepas berkelah ke Sungkai iaitu pada 25hbJan, seluruh keluarga demam2 termasuklah saya. Selepas pergi ke klinik, alhamdulillah semua org sudah beransur sembuh & sihat cuma Faris seorang je yang demamnya masih On-Off. Walaupun doktor sudah buat nebulizer tapi kahaknya masih belum kurang. Waktu tidur malam memang boleh dengar bunyi nafas Faris yg tak teratur dan sangkut2. Pada 28hbJan, saya ke klinik semula utk minta surat rujukan supaya boleh membawa Faris ke hospital untuk pemeriksaan lebih lanjut. Doktor ada bagi surat rujukan dan kami memang bercadang untuk membawa Faris ke hospital pada hari tersebut namun doktor kata dia akan beri antibiotik yang lebih kuat utk Faris sebab dia kata faris memang ada pneumonia (jangkitan paru-paru) tapi tak teruk. Jadi dia kata tengok dulu dalam 2-3 hari kalau keadaan faris masih tak berubah, baru bawa ke hospital. Jadi saya & wife pun ambil keputusan tak bawa faris ke hospital lagi (Salahkah tindakan & keputusan kami?)... Apapun segalanya sudah tersurat!....Doa & harapan kami semoga Faris kembali sihat seperti sediakala apabila doktor beri ubat & antibiotik yang lebih kuat.

Didalam demam & sakitnya, dia tetap tak tinggal solat. Pernah ketika dia berbaring, dia cakap pada saya “Ayah, kalau faris tak boleh solat berdiri, faris solat baring aje lah”. Kebetulan saat2 tersebut saya ada rakamkan video namun tak sanggup nak lihat sebab akan sebak bila mengenangkan kata2nya untuk solat baring... biarlah video tersebut hanya menjadi kenangan saya sahaja!.... sesiapa yg melihat & mendengarnya pasti mengalirkan airmata..... bukan nak memuji ataupun mengagung-agungkan anak saya tetapi daripada 3 orang anak, Faris lah yg paling berbeza dari segi tingkah laku, perwatakan & amalannya. Bagaikan dibisik2, dia akan automatik bangun seawal jam 6pagi setiap hari utk solat subuh. Kadang tu dialah yg kejutkan saya dan isteri diawal pagi.. Jika saya lewat, dia akan solat jemaah dulu bersama abang ngah sebelum abg ngah pergi ke sekolah. Biasanya van sekolah abang ngah akan sampai jam 6.30am. Kemudian dia akan turun ke bawah tengok TV cerita 'Bersama Ustaz' dengan opahnya. Tapi kalau opah pergi ke dapur, dia akan tukar ke channel kartun hehehe. Kengkadang tu dia dah siap mandi dan berpakaian sekolah seawal 7am walaupun sekolah hanya bermula jam 8.30am. Kalau balik dari sekolah, perkara pertama yang dia akan buat ialah solat dhuha. Walaupun opah dia suruh makan, dia tetap nak buat solat dhuha dulu. Saya ni pun seumur hidup baru 2 kali buat solat dhuha.. Malunya dengan anak-anak.Ya Allah ampunkahlah dosa hambamu ini...

Dan tempoh 2 hari tu memang demam Faris On-Off. Lepas makan ubat dia OK, kuat dan bole berlari keliling rumah tapi tak lama lepas tu dia lemah & banyak berbaring, suhu badan pun naik semula. Kahak memang tak nampak kurang sebab boleh dengar nafas dia berbunyi. Namun masih mengharapkan ubat & antibiotik yang diberi doktor boleh segera menyembuhkan Faris. Memang nak bawa Faris ke hospital pada 30hbJan tapi saya pula demam hari tu dan wife pula tak berapa sihat. Memang saya tak larat sangat2, nak jalan pun lemah. Jadi saya mendoakan esoknya saya akan bertambah sihat dan boleh bawa Faris ke hospital. Malam tu Faris hanya tidur berdua dengan ibunya di ruang tamu dibawah. Dipeluknya ibu sepuas2nya malam tersebut sewaktu tidur. Malam berikutnya pula dia tidur hanya berdua dengan saya di bilik atas. Ibu agak penat dan tidur dibawah bersama kak long & abang ngah. Malam tu Faris tidur tak beralaskan bantal cuma diatas lengan saya saja. Sama seperti malam sebelumnya, dia juga memeluk saya sepanjang tidur malam tu. Sesekali saya terjaga waktu pagi bila suhu badannya agak panas, saya ambil kain basah dan lapkan di dahi & celah ketiak. Demamnya masih tidak betul2 kebah.

Menjelang subuh saya terjaga bila Faris menggigil, suhu badannya panas hampir mencecah 40'celcius.

Terus saya panggil wife & beri ubat cucuk bontot untuk mengurangkan demam panas sambil lap seluruh badan dengan tuala basah. Lepas subuh, kami terus bawa faris ke hospital, wad kecemasan di SJMC. Selepas di X-ray, doktor sahkan faris ada jangkitan paru-paru yg agak serius dan perlu segera dimasukkan ke ICU. Ya Allah, terkejut saya sampai begitu teruk sekali keadaan faris. Namun masih berdoa dan mengharapkan yang keadaan faris tidak serius sangat. Selepas suhu badan faris kembali normal dan diambil ujian darah, faris terus ditempatkan di wad NICU dan pada hari itu (1Jan) bermulalah detik2 yang tak dapat saya lupakan sepanjang 23 hari berada di hospital sehinggalah Faris kembali ke rahmatullah...

Antara perubahan2 yang saya perasan pada Faris dlm bulan2 terakhirnya...

*Agak kurang bercakap...kurang aktif dan lebih banyak duduk dipangkuan. Biasanya dia aktif bermain & suka menjerit dan berlari.
*Agak malas bila disuruh buat sesuatu pekara. Jarang dia tak buat sesuatu bila disuruh cuma sejak kebelakangan ni, dia agak malas & banyak menyendiri
*Tak mahu buat kerja sekolah. Kalau dulu dia rajin siapkan homework dia bila balik sekolah tapi sejak sekolah di tahun 6 ni dia semacam tak hiraukan kerja sekolah dia... Bila ditanya baru dia akan buat
*Sebelum tidur, dia suruh saya ajar baca doa syifa. Jika sebelum ni hanya mengucap & baca doa tidur je.Mungkin sebab dia selalu dengar ibunya baca doa syifa waktu malam. Alhamdulillah dia dapat hafal doa tersebut sebelum dia jatuh sakit. Sewaktu di hospital, memang saya selalu suruh dia ulang baca doa tersebut selain doa pada Allah
*Jarang tidur bersama abg ngah. Banyak tidur ngan ibu & ayah. Sampaikan abang ngah pun ada tanya kenapa faris dah jarang nak tidur dengan dia.. agaknya faris nak tidur sepuas2nya dengan ibu & ayahnya sebelum pergi buat selama2nya
*Selalunya dia akan solat bersama dgn opah tapi kebelangan ni dia lebih suka solat sendiri...bila ditanya, dia kata opah solat lambat...walaupun cuma tahu baca al-fatihah tapi tertibnya betul cuma mmg laju solatnya :)

InsyaAllah dalam waktu terdekat akan saya kongsikan saat2 beliau selama 23 hari berada hospital.

No comments:

Post a Comment