Syukur Alhamdulillah.....
Hampir kira-kira 1.4 juta kakitangan kerajaan hari ini mula menikmati gaji baru mereka di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM) seperti yg diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 8 Mac lalu. Gaji yg diterima melibatkan peningkatan di antara tujuh hingga 13 peratus mengikut gred masing2 selepas pemansuhan Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yg mengundang bantahan banyak pihak, antaranya Kongres Kesatuan Pekerja2 Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS).
Selain penerimaan gaji berdasarkan pelarasan yg terbaru itu, penjawat awam turut menerima tunggakan gaji sejak Januari lalu. Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman berkata, gaji baru itu membuktikan kerajaan sedia ada sememangnya mendengar keluhan masyarakat dan mengambil tindakan dalam memastikan kesejahteraan mereka terbela.
“Penjawat awam diharap dapat memanfaatkan apa yg mereka nikmati kini, di samping mempertingkatkan mutu kerja selari dengan proses transformasi yang dilaungkan oleh kerajaan. Langkah itu adalah demi menunjukkan tanda terima kasih kepada Perdana Menteri dan kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana mendengar keluhan penjawat awam.
Kakitangan kerajaan diingatkan untuk memperbaiki imej mereka di mata masyarakat dan bukannya berada di tahap lama. Mereka perlu membuktikan bahawa mereka layak menerima pelarasan gaji tersebut apatah lagi setelah kerajaan menunaikan janji mereka. “Saya juga berharap dengan adanya peningkatan ini, kegiatan rasuah di kalangan penjawat awam dapat dihapuskan,".
From '62 To Sixty Two
4 days ago
No comments:
Post a Comment