Islamic Clock

Tuesday, August 16, 2011

Tadarus Al-Quran Bulan Puasa Erat Silaturahim

Rasulullah SAW berucap: “Sesungguhnya aku tinggalkan kpda kalian (satu peninggalan berharga), seandainya kamu berpegang dgnnya nescaya kamu tidak akan sesat selama2nya, iaitu Kitab Allah dan sunnah nabi-Nya.” (Hadis riwayat Al-Hakim)

Hadis itu memberi peringatan cukup jelas supaya umat Islam berpegang teguh dan menjadikan al-Quran panduan dlm kehidupan krna Rasulullah SAW memberitahu al-Quran akan memberi syafaat kpda yg membacanya pd hari kiamat.

Sempena 17 Ramadan, mengingatkan kita kpda peristiwa Nuzul al-Quran yg terakam dlm sejarah kehidupan Nabi Muhammad SAW. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pd malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 drpd keputeraan Nabi Muhamad SAW. Seterusnya proses penurunan wahyu berlaku scra berperingkat hingga lengkap spti kitab al-Quran yg ada pada kita hari ini. Al-Quran yg menjadi mukjizat besar Nabi Muhammad SAW seharusnya memberi makna besar dlm kehidupan umat Islam. Malah, indahnya akhlak Rasulullah SAW digambarkan dlm hadis diriwayatkan Aisyah, akhlak Rasulullah SAW adalah al-Quran. Bermakna apa yg dipraktikkan Baginda adalah ajaran al-Quran itu sendiri.

Memperingati Nuzul al-Quran setiap kali tiba 17 Ramadan bukan sekadar mengimbau peristiwa yg berlaku sebaliknya menilai apakah al-Quran menjadi sebahagian drpd kehidupan dan sudah berapa halaman kitab suci itu yg dibaca sepanjang Ramadan ini.

Bagi yg bertadarus atau berterusan membaca al-Quran sepanjang Ramadan ini, sudah mengikat silaturahim dgn mukjizat Rasulullah SAW dan kesungguhan itu menjanjikan ganjaran berlipat ganda selain menjadikan mrka golongan yg beruntung. Allah berfirman yg bermaksud: “Orang yg diberi kpda mrka kitab, mrka sudah membaca dgn sebenar2 bacaan, maka mrka golongan yg beriman dgnnya dan bg mrka kufur terhadapnya, maka mrka golongan yg rugi.” (Surah al-Baqarah, ayat 121)

Pelbagai usaha dilakukan untuk memartabatkan al-Quran seterusnya mendekatkan umat Islam kpda wahyu Allah yg penuh dgn syariat, pengajaran, penawar, rahmat serta pelindung drpd kesesatan. Bermula Pertandingan membaca al-Quran di Kedah pada 1951, yg dicetuskan Perdana Menteri pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra, penganjuran tilawah al-Quran diteruskan di peringkat kebangsaan melalui Musabaqah Membaca al-Quran pertama diadakan pada 20 Ramadan 1379 (Mei 1960) di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Seiring perubahan, pelbagai inisiatif dilakukan pihak yg ingin melihat al-Quran terus subur dlm jiwa umat Islam di negara ini termasuk dgn menubuhkan maahad tahfiz dan yg terkenal ialah Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), di Kuala Kubu Bharu, Selangor.

Darul Quran yg dikenali sbg Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat ditubuhkan pada 1966 sbg satu unit di Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, juga adalah hasrat Tunku Abdul Rahman untuk mewujudkan Institut Pengajian al-Quran di Malaysia. Idea kreatif untuk mendekatkan al-Quran dgn masyarakat melalui televisyen berjaya mencapai hasrat apabila program realiti yg berjaya mencetuskan fenomena baru iaitu Akademi al-Quran mendapat sambutan hangat. Kini, program itu mendapat perhatian dan drpdnya, lahir satu program Mari Mengaji yg mengajak kanak2 mempelajari al-Quran dlm suasana santai. Saudara baru tidak dilupakan krna dianjurkan program Tilawah al-Quran Saudara Baru yg memberi peluang kpda mrka yg memeluk Islam untuk mempelajari serta mendalami kaedah pembacaan al-Quran dgn tajwid dan lagu. Begitu juga penghasilan teknologi dan inovasi antaranya al-Quran digital serta pen pintar memudahkan masyarakat belajar membaca al-Quran.

No comments:

Post a Comment