Islamic Clock

Tuesday, August 2, 2011

Sunat Latih Kanak2 Puasa

Perintah tunai ibadah Ramadan sama amalan solat

RAMADAN ialah sesi persekolahan dlm menghasilkan jiwa yg bertakwa. Ia jg satu kesempatan yg telah diberikan oleh Allah kpda ibu bapa dlm mendidik anak menjadi insan yg soleh dan solehah. Firman Allah SWT yg bermaksud: “Wahai orang beriman, selamatkanlah dirimu dan keluargamu drpd neraka, sedangkan bahan bakarnya ialah manusia dan batu. Neraka itu dijaga oleh malaikat yg kasar dan keras. Mereka sama sekali tidak pernah durhaka pd Allah dan melaksanakan apa saja yg diperintahkan pd mereka.” – Surah Al-Tahrim (66), ayat 6.

Banyak amalan yg boleh dipraktikkan mengikut petunjuk Rasul dlm mendidik anak pd Ramadan. Antara yg menjadi amalan ialah dgn mendidik anak yg kecil berpuasa. Hukum berpuasa bg kanak2 yg belum mumayyiz (iaitu tidak tahu membezakan di antara yg baik dan buruk) ialah tidak sah puasanya. Manakala kanak2 yg sudah mumayyiz dikira sah puasa mrka apabila ia berniat puasa pd malam hari, walaupun puasa Ramadan itu tidak diwajibkan ke atasnya.

Ulama sepakat mengatakan bahawa hukum berpuasa pd Ramadan adalah wajib bg setiap orang Islam yg berakal dan baligh. Dgn demikian, kanak2 pd asalnya tidak wajib berpuasa krna mrka belum baligh. (Abd Rahman al-Jaziri, al-Fiqh ‘ala Mazhib al-arba’ah). Ini berdasarkan sebuah hadis Nabi SAW bermaksud: “Diangkat pena itu krna tiga perkara: Seorang kanak2 kecil sehingga dia dewasa, orang yg sedang tidur sehingga terjaga dan orang gila sehingga dia normal kembali.” (Riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud)

Makna diangkat pena itu ialah mereka tidak ditaklifkan atau dipertanggungjawabkan untuk menunaikan sebarang ibadat. Maksudnya kanak2 tidaklah berdosa jk mrka meninggalkan puasa Ramadan.

Walaupun kanak2 yg belum baligh tidak diwajibkan berpuasa, ia bukanlah satu larangan kpda ibu bapa melatih anak2 berpuasa. Rasulullah SAW menyuruh ibu bapa melatih anak2 mengerjakan solat walaupun mrka belum mencapai usia baligh. Hadis yg bermaksud: “Suruhlah anak2mu mengerjakan sembahyang ketika umur mrka tujuh tahun dan pukullah mrka jk mrka enggan melakukannya ketika umur mrka sepuluh tahun.” (Riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud). Sekiranya arahan Nabi SAW utk melihat kanak2 terbiasa dgn amalan solat sblum ia diwajibkan ke atas mrka, maka begitu jg dgn amalan puasa. Malah Ibn Qudamah dlm kitabnya al-Mughni jilid 3 mengatakan bahawa: “Kanak2 dikehendaki berpuasa apabila mencapai umur tujuh tahun jk dia scra fizikal mampu melakukannya. Sesetengah ulama berpendapat, dia hendaklah didenda scra fizikal jk tidak berpuasa ketika umurnya 10 tahun. Ia sama spti tindakan yg diambil jk tidak bersolat.”

Kenyataan ini bersesuaian dgn amalan dlm kalangan anak2 pd zaman Rasulullah SAW. Sebuah hadis yg diriwayatkan drpd Ar-Rubaiyyi’ binti Muawwiz bin Afra’ katanya: “Pada hari Asyura, Rasulullah SAW telah mengirimkan surat ke desa Ansar yg berada di sekitar Madinah dgn katanya: Sesiapa yg berpuasa pd pagi ini hendaklah menyempurnakan puasanya dan sesiapa yg telah berbuka iaitu makan pd pagi ini hendaklah dia juga menyempurnakannya iaitu berpuasa pd baki harinya. Selepas kejadian itu kami pun berpuasa serta menyuruh anak2 kami yg masih kanak2 supaya ikut berpuasa, jika diizinkan Allah. Ketika kami berangkat menuju ke masjid, kami buatkan suatu permainan untuk anak2 kami yg diperbuat drpd bulu biri2. Jika ada antara mrka yg menangis meminta makanan, kami akan berikan mainan berkenaan sehingga tiba waktu berbuka. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Hadis ini menunjukkan sunat bg ibu bapa memerintahkan anak2 mrka berpuasa dgn tujuan melatih mrka sekiranya mrka mampu. Malah sunnahnya amalan ini disokong oleh ulama salaf spti Imam Syafie, Ibnu Sirin dan az-Zuhri.

Imam Nawawi memperincikan hadis di atas dgn berkata: “Begitu jg keadaan kanak2 yg hampir mencecah usia baligh, mrka perlu diberikan pelajaran segala bentuk ketaatan scra berperingkat. Ini krna urusan Islam jg masuk scra berperingkat. Selagi ada kemudahan bg mrka, mrka akan melakukannya, malah menambahnya, dan selagi ada kepayahan, mrka belum mampu melakukannya, dan jk mrka menyusahkan diri jg, maka mrka mustahil melakukannya.” (Syarh Sahih Muslim 6/170)

Malah Imam Bukhari membawakan kpda kita satu athar bahawa amalan berpuasa dlm kalangan kanak2 sudah lama dilakukan, malah ia menjadi tradisi pd zaman sahabat. Kisahnya suatu hari Umar al-Khattab telah dihampiri oleh seorang lelaki yg mabuk di bulan Ramadan. Lalu dia berkata kepadanya: “Celaka engkau, kamu berbuka sedangkan anak2 kami berpuasa.” Lalu beliau menyebatnya dgn 80 sebatan. (Fath al-Bari, bab Puasa Kanak-Kanak)

Ada sebahagian ibu bapa yg menawarkan upah atau hadiah bg anak2 mrka yg berjaya menghabiskan puasa Ramadan. Amalan memberi upah ini bukanlah suatu yg melanggari syarak. Malah ia sesuai kpda mrka yg masih kanak2.

No comments:

Post a Comment