Islamic Clock

Thursday, August 4, 2011

Puasa Tidak Jejas Susu Ibu

Artikel ini mama petik dari Akhbar Berita Harian hari ini utk dikongsi bersama2...
Ibu perlu perbetul tanggapan salah

JIKA anda fikir puasa mengurangkan kualiti serta pengeluaran susu badan lantaran tidak makan dan minum, dari terbit fajar hingga terbenam mentari, tanggapan itu adalah meleset sama sekali. Ini krna ‘kerancakan’ pengeluaran susu sebenarnya berpunca drpd semangat, tanggapan serta minda positif utk si ibu terus menyusukan bayi mrka. Salah tanggapan berkenaan timbul lantaran kurang maklumat mengenai penyusuan. Ketua Pegawai Eksekutif dan Perunding Laktasi, Rita Rahayu Omar, berkata byk kajian membuktikan puasa tidak menjejaskan komposisi susu ibu krna tubuh wanita berkemampuan menghasilkan bbrpa adaptasi metabolik, utk memastikan pengeluaran susu tidak terjejas sungguhpun berpuasa.

Ttpi jk berlaku dehidrasi yg kritikal, ia mgkin terjejas sedikit. Oleh itu, ibu perlu pastikan mengambil jumlah cecair mencukupi, di samping tahu menilai keadaan kesihatan sendiri. Jk ia memudaratkan kesihatan anda@bayi anda, maka haruslah berbuka. Sebetulnya penghasilan susu tidak bergantung kpda amalan pemakanan @ ubat2an. Ia bergantung kpda keupayaan ibu utk mengosongkan payudara scra efektif dan penyusuan dgn kerap. Pengambilan sebarang ubat2an hanya memberi kesan utk sementara waktu jk ibu tidak melakukan perkara asas dlm penyusuan.

Drpd pandangan Islam, wanita hamil dan menyusukan bayi diberikan kelonggaran utk berbuka puasa terutama jk ibu bimbang berlaku kemudaratan kpda diri, bayi @ kedua2nya. Mengenai operasi memerah susu pula, Rita Rahayu berkata, waktu memerah susu seharusnya sama saja spti hari biasa, cuma dlm bulan Ramadan ia boleh dimulakan awal pagi ketika bersahur krna kuantiti susu biasanya lebih byk ketika itu dan selepas berbuka.

Tiada persediaan khas yg diperlukan ibu. Yg penting si ibu perlu berfikiran positif, pasangkan niat utk meneruskan penyusuan sepanjang bulan puasa yg mulia ini serta memastikan mengambil makanan yg menyihatkan. “Minum byk air waktu berbuka bg mengelakkan dehidrasi, pd masa sama, berdoa semoga Allah mempermudahkan segala urusan. Ketahuilah, berpuasa adalah ibadat dan spti disebut dlm surah al-Baqarah 185, yg bermaksud `Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran’.

Segelintir wanita hari ini terlalu cepat mengalah utk penyusuan dgn alasan ‘tidak ada susu’ sdgkan ia tidak begitu. Lima puluh peratus drpd wanita yg sdg menyusu melaporkan masalah kekurangan susu sepanjang tempoh penyusuan dan ia adalah antara sebab utama mengapa mrka bercerai susu awal.

Kajian mendapati lebih 90 peratus adalah ‘falsely perceived’ bererti ia adalah disebabkan oleh asas dan amalan penyusuan yg tidak betul. Hanya lima peratus wanita yg tidak berupaya utk menghasilkan susu secukupnya dan ia berpunca drpd masalah tifoid, prolactin, PCOS (infertility) dan Hypoplasia.

Kesimpulannya, 95 peratus wanita normal dan mampu menyusukan anaknya. Perkara yg menyebabkan seseorang ibu mempunyai persepsi yg salah (kekurangan penghasilan susu) adalah kekurangan ilmu mengenai penyusuan; payu dara kelihatan lembik dan proses lonjakan tumbesaran yg menyebabkan bayi menyusu dgn lebih kerap. “Selain itu, tidak dpt menghasilkan susu dlm kuantiti yg byk serta krg pengalaman mengenai pengeluaran susu @ ‘Milk Ejection Reflexs’ (MER) @ let-down, serta bayi sentiasa meragam. Jelasnya penyusuan susu ibu jg adalah cara yg plg baik utk menangani tekanan. Ia berlaku krna hormon penyusuan scra semula jadi akan bertindak balas dan bertanggungjawab utk memastikan kesihatan mental seseorang wanita itu terpelihara.

Hormon Prolaktin iaitu hormon yg menimbulkan perasaan keibuan dan menjadikan si ibu tenang. Hormon oksitoksin pula adalah hormon yg mencetuskan perasaan kasih sayang. Kesan psikologi ini berkekalan sepanjang si ibu mengamalkan penyusuan ibu. Di sinilah keunikan yg ada pd penyusuan ibu jk si ibu mengamalkannya dlm erti kata sbnr.

Ibu bekerjaya harus memperbanyakkan amalan penyusuan scra terus pd setiap peluang yg ada dan jgn terlalu bergantung kpda pemberian susu perahan. Amalan lebih byk memberi susu perahan saja inilah yg menyebabkan ramai ibu berkerjaya tidak mendapat manfaat menyusu. Menyusu adalah titik permulaan ikatan kasih sayang sesebuah institusi keluarga dan melahirkan keluarga yg penuh kasih sayang.

INFO:

Persediaan puasa ibu menyusu
# Melewatkan sahur
# Berbuka di awal waktu dgn mengambil makanan sihat seimbang. Minum cukup air.
# Moreh
# Memerah susu di awal hari
# Berdoa
# Bertawakal

Kebaikan menyusu buat ibu
# Membantu mengecutkan rahim selepas bersalin dan mengurangkan pendarahan
# Menjarakkan kehamilan secara semula jadi
# Mengurangkan risiko kanser payu dara dan ovari
# Mengurangkan risiko penyakit osteoperosis
# Membantu ibu kembali ke berat badan asal selepas melahirkan bayi
# Mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak

Kebaikan susu ibu kepada bayi
# Kolostrum adalah sumber imunisasi pertama bayi
# Mengurangkan masalah alahan
# Mengurangkan masalah sistem penghadaman
# Membekalkan zat untuk tumbesaran optimum
# Mengurangkan risiko obesiti dan juga diabetes untuk bayi apabila dewasa kelak
# Kajian menunjukkan bayi yg menyusu badan mempunyai perkembangan daya intelek yg lebih baik (IQ yg lebih tinggi iaitu sebanyak lima mata berbanding dgn bayi yg menyusu susu formula)

Kebaikan ibu menyusu kepada keluarga dan masyarakat
# Mengurangkan kos perbelanjaan kerana tidak perlu membeli susu formula
# Mengurangkan kos perubatan kerana bayi kurang sakit
# Merapatkan hubungan kekeluargaan
# Mesra alam - mengurangkan pencemaran dan melindungi alam sekitar krna tidak perlu menggunakan sebarang pemprosesan, pembungkusan dan pemasaran
# Menjimatkan kos perbelanjaan perubatan sesebuah negara utk merawat masalah spti jangkitan telinga, cirit2 & masalah pernafasan yg sering berlaku kpda bayi dan kanak2
# Mengurangkan kos untuk mengimport susu formula dari luar negara.

No comments:

Post a Comment