Islamic Clock

Wednesday, August 10, 2011

Berpuasa Tanpa Solat Ibadah Sia-sia

BERPUASA ttpi tidak menunaikan solat. Mrka sanggup berlapar dahaga ttpi tidak sanggup menunaikan solat. Ada yg berpuasa, ttpi meninggalkan solat @ hanya solat ketika Ramadan. Kita bimbang nanti puasa dan sedekah tidak bermanfaat kepadanya krna solat tiang agama. Ada jg kalangan kita menyuruh anak berpuasa ttpi membiarkan mrka tidak solat.

Tidak menjaga batas agama sprti pergaulan lelaki dan wanita serta menutup aurat. Lelaki masih berseluar pendek ketika membeli juadah berbuka puasa dan ada wanitanya pula tidak bertudung malah memakai baju tidur kelawar semasa mencari juadah. Ada jg wanita tidak berpuasa krna uzur syarie (haid dan nifas) pula tidak menghormati Ramadan krna berani makan di khalayak tanpa segan silu. Menghabiskan masa menonton televisyen, video cakera padat (VCD), sedangkan hari dan malam yg datang setahun sekali itu patut digunakan bg memperbaiki amalan serta mengingati kesalahan lalu.

Sepatutnya pd bulan ini kita gandakan bacaan al-Quran, cuba menghafal bbrpa surah pendek dan sentiasa pasangkan niat berkhidmat kpda insan lebih memerlukan. Membazir ketika berbuka puasa disebabkan nafsu membeli tinggi. Semua hendak dibeli tetapi apabila tiba masa berbuka, makanan yg dibeli tidak dihabiskan. Membiarkan anak bermain mercun sehingga mengganggu jemaah yg menunaikan solat tarawih di masjid atau surau berdekatan. Sebaiknya galakkan anak solat tarawih dan tilawah al-Quran bersama.

Hanya puasa makan dan minum, ttpi tidak menjaga pancaindera spti mata, lidah dan telinga ketika berpuasa. Rasulullah SAW bersabda yg bermaksud: “Siapa tidak meninggalkan ucapan dan perbuatan dusta, maka Allah tidak mengharapkan puasanya dari makan dan minum." Tidak mahu bersahur mengurangkan berkat dan pahala puasa krna tidak menurut wasiat Rasulullah yg bersabda maksudnya: “Sahurlah kamu krna dlam sahur itu ada berkat.”

Abu Hurairah berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Sebaik-baik makanan sahur bagi orang mukmin adalah kurma.” Semoga kita dapat memperbaiki puasa kali ini dan menjadikannya lebih baik dari tahun lalu.

No comments:

Post a Comment