Islamic Clock

Wednesday, December 28, 2011

Susu Ibu Elak Bayi Gemuk

PENGGUNAAN botol dan puting susu perkara biasa di kalangan ibu bg menggantikan susu ibu untuk memastikan bayi mrka mendapat khasiat mencukupi untuk tumbesaran terutama apabila berada di tempat asuhan kanak2.

Namun, tahukah anda penggunaan botol susu dan puting susu boleh memberi kesan jangka panjang kpda bayi. Keadaan itu disebabkan teknik penyusuan berbeza krna apabila bayi menyusu badan, lidah dan rahangnya perlu bergerak seiring dgn lidahnya yg perlu berada di bwh areola iaitu kawasan berpigmen (coklat) di sekeliling puting payudara dan menekannya ke lelangit. Keadaan itu menyebabkan tisu di bahagian berkenaan mengalami tekanan dan memanjang mengikut corak hisapan penyusuan bayi terbabit.

Kemudian, bayi akan menjatuhkan bahagian belakang lidahnya untuk membentuk alur bagi membolehkan susu mengalir dari puting ke tekaknya. Dia akan berhenti seketika untuk menelan susu sebelum mengambil nafas manakala bibirnya akan tetap berada di kawasan sekeliling payudara dan membentuk keadaan yg rapat dan ketat dalam mulutnya.

Pakar Pediatrik dan Penasihat Penyusuan, Dr Balkees Abdul Majeed berkata, keadaan berbeza apabila bayi menggunakan botol. Katanya, susu akan terpancut keluar dgn laju dan anda boleh menyedarinya apabila susu menitis jika anda memegang botol secara terbalik. Menurutnya, untuk memastikan bayi tidak tercekik, secara automatik dia akan mengangkat lidahnya dan menggunakannya sebagai penahan aliran susu terbabit.

“Sepanjang proses menyusu, bayi hanya perlu menekan puting getah yg keras tanpa menggunakan rahangnya untuk menghisap susu. “Tidak seperti penyusuan susu ibu iaitu bayi perlu berusaha untuk mengeluarkan susu krna mgkn aliran susu akan banyak pada peringkat awal dan menjadi semakin perlahan. Ini menyebabkan bayi perlu mengulangi proses hisapan berkenaan dengan lebih kuat,” katanya.

Dr Balkees berkata, kaedah penyusuan susu ibu menyebabkan bayi kurang cenderung menjadi gemuk berbanding bayi menggunakan botol susu krna mrka mengawal pengambilan susu sendiri dnan cara tempoh serta corak meminum susu yg lama dan bersungguh2.

“Bayi yg minum menggunakan botol susu biasanya akan menghabiskan susu mrka bukan disebabkan rasa lapar tetapi disebabkan gemar menghisap krna proses mendapatkan susu lebih mudah. “Disebabkan perbezaan kaedah susuan ini ia mewujudkan permasalahan terutama pada awal minggu kelahiran apabila bayi cuba memahirkan diri dgn teknik menghisap susu yg berbeza,” katanya.

Katanya, pdperingkat awal penyusuan, bayi jg boleh terkeliru dgn penggunaan puting berkenaan sama ada ia diperkenalkan secara khusus ataupun tidak krna teknik penyusuan susu ibu memiliki faktor pembelajaran yg tinggi walaupun ada kalanya terdapat bayi yg dilahirkan seolah2 mengetahui dgn tepat apa yg perlu dilakukan mrka untuk makan (minum susu).

Di samping itu, sesetengah ibu yg memberikan puting pada anak untuk dihisap, mendapati penghasilan susu badan mrka sedikit. Ini disebabkan badan mrka tidak mendapat rangsangan secukupnya untuk menghasilkan susu untuk si kecil. Jika bayi terjaga drpd tidur dan membuat gerakan atau bunyi2an dgn mulut ataupun menghisap genggaman tangannya, ia menunjukkan bayi terbabit dlm keadaan lapar dan ingin menyusu. Adalah penting untuk ibu menyusukan bayi mrka pada awal tanda yg menunjukkan bayi mrka lapar bg membolehkan bekalan susu yg baik boleh dihasilkan.

Dr Balkees berkata, teknik menghisap puting berkenaan memerlukan kemahiran otot yg berbeza berbanding penyusuan badan dan ia boleh menyebabkan bayi sukar mempelajari cara menghisap susu badan yg betul sekiranya mereka didedahkan dgn penggunaan bahan terbabit pada peringkat awal.

Bagaimanapun, katanya, Akademi Pediatrik Amerika (AAP) pernah mengemukakan cadangan pada 2005 mengesyorkan penggunaan puting pada waktu tidur bayi adalah untuk mengelakkan berlakunya Sindrom Kematian Bayi Secara Tiba-Tiba (SIDS).

Bagaimanapun, mereka memberi penekanan ia tidak seharusnya dimulakan sebelum bayi berusia satu bulan, namun cadangan yang cuba diketengahkan ini menjadi kontroversi kerana ramai pakar beranggapan ia tidak disertakan dengan bukti kukuh yang menyokong kepada cadangan yang ingin dilakukan itu.

Selain itu, Dr Balkees berkata, antara kesan yang boleh dilihat kepada bayi yang menggunakan botol susu adalah mereka akan mengalami masalah pertuturan.

“Kesan penggunaan jangka lama botol susu dan puting pada gigi bagi kanak-kanak berusia bawah tiga tahun akan menyebabkan proses pertuturan mereka menjadi lambat.

“Ia akan menyebabkan banyak permasalahan kepada kanak-kanak terbabit terutama dari segi kualiti pembelajaran mereka,” katanya.

Di sebabkan itu, pemberian susu ibu adalah sumber makanan terbaik bagi bayi.
Bagaimanapun, bagi wanita yang pertama kali menjadi ibu, teknik penyusuan yang tidak betul mungkin mengurangkan motivasi untuk menyusukan bayi.

Namun ibu muda masih memberikan susu awal atau kolustrum walaupun bukan secara penyusuan terus daripada payudara. Keadaan inilah yang menyebabkan ramai cenderung menggantikan kaedah penyusuan badan dengan botol.

Dr Balkees berkata, jika keadaan ini berlaku, penggunaan cawan dianggap lebih sesuai untuk menggantikan botol dan puting bagi mengelakkan dan mengurangkan kekeliruan antara kaedah penyusuan badan dengan botol. Ia perlu diperkenalkan scra berperingkat seawal usia enam bulan supaya bayi tidak mengalami kejutan disebabkan peralihan itu. Selepas 12 hingga 18 bulan, sepatutnya ibu bapa sudah mula memastikan bayi tidak lg bergantung kpda botol susu dan puting kerana ia boleh memberikan kesan yg kurang baik.

Di samping itu, untuk memastikan keselesaan antara ibu dan bayi ketika memberikan susuan, bayi hendaklah diletakkan dalam posisi yg betul iaitu:

* Kepala dan badan perlu tegak bukan membongkok.
* Muka bayi menghadap payudara dan mencapai payudara (bayi sepatutnya mampu melihat wajah ibu bukan dada ataupun perut).
* Kedudukan bayi dekat dengan ibu.
* Keseluruhan badan bayi disokong sepenuhnya bukan hanya kepala dan bahu.

Penggunaan botol boleh menyebabkan hubungan kurang baik antara ibu dan anak iaitu bayi hanya berpaut pada puting ibu saja mengakibatkan kesakitan pada puting, pengurangan pengeluaran susu badan disebabkan ketidakaktifan penyusuan serta menjadikan payudara membengkak disebabkan mastitis (penyakit radang (bengkak) susu).

No comments:

Post a Comment