Islamic Clock

Wednesday, December 28, 2011

Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)

Perbincangan JPA-CUEPACS isu Saraan Baru Perkhidmatan Awam berhasil

PUTRAJAYA 27 Dis. - Perbincangan hampir lima jam antara Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dgn Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) hari ini membawa hasil apabila markah prestasi untuk kenaikan gaji dan markah pelaksanaan Dasar Pemisah (Exit Policy) diselaraskan serta-merta dalam mesyuarat itu.

Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman berkata, JPA bersetuju untuk menurunkan markah penilaian prestasi bagi kenaikan gaji di bawah skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) daripada 75 kepada 65.

"Di bawah SBPA yang asal kalau prestasi di bawah 75 markah maka tak ada kenaikan gaji berlaku, tetapi kita telah mengubahnya kepada 65 markah.

"Untuk pelaksanaan Dasar Pemisah pula, markah diubah daripada 70 kepada 60. Ini bermakna penjawat awam hanya akan dimasukkan ke dalam Dasar Pemisah kalau gagal mencapai 60 markah," katanya selepas perbincangan itu yang melibatkan pegawai kanan JPA termasuk Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu Bakar Abdullah.

Perbincangan tersebut turut dihadiri oleh lebih 100 Ahli Majlis dan pemimpin CUEPACS dari seluruh negara.

Mengulas lanjut Omar berkata, JPA pada masa sama telah bersetuju untuk mengkaji cadangan2 CUEPACS yg melibatkan implikasi kewangan atau peruntukan tambahan kerajaan.
"Perkara2 yg tidak melibatkan soal kewangan spti markah prestasi tlah diputuskan dlm perbincangan hari ini. JPA bagaimanapun memerlukan masa untuk mengkaji cadangan lain.

"Semua perkara yg dibangkitkan akan dikaji dlm tempoh tiga bulan sehingga perundingan seterusnya yg dijadualkan pada hujung Februari tahun depan, ini termasuk isu gaji maksimum dan gred jawatan yg tertinggal," katanya.

Omar berkata, setiap gred perkhidmatan awam akan dikaji scra teliti dan beliau meminta supaya penjawat awam mengemukakan sebarang masalah yg timbul kepada CUEPACS untuk dibawa kepada JPA.

Beliau bagaimanapun menegaskan SBPA secara keseluruhannya adalah baik untuk masa depan perkhidmatan awam negara. "Tetapi SBPA mempunyai bahagian2 tertentu yg perlu dikaji semula dan ditambah baik," katanya.

No comments:

Post a Comment