Islamic Clock

Friday, December 23, 2011

Solat Itu Doa Senjata Muslim

Jika sebuah rumah memerlukan tiang sbg asas utama pembinaannya, begitulah jg dgn agama yg memerlukan asas dlm menegakkan syiarnya dan asas tersebut adalah solat. Fakta ini telah terpahat dlm sebuah hadis Nabi Muhammad SAW bermaksud “Solat itu tiang agama, sesiapa yg mendirikannya sesungguhnya dia sudah mendirikan agama, sesiapa meninggalkannya sesungguhnya dia meruntuhkan agama.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Solat berasal drpd terminologi Arab bermaksud doa. Manakala solat mengikut fuqaha bererti bbrpa perbuatan yg dimulakan dgn takbiratul ihram dan disudahi dgn salam. Kedua2 definisi ini saling melengkapi apabila solat itu berfungsi sbg doa seorang hamba kepada ALLAH Maha Pencipta menerusi perbuatan sujud dalam solatnya.

UNIKNYA SOLAT

Pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia (Usim), Nabilah Yusof berkata, solat berfungsi sbg asas dlm menegakkan agama, ia jg adalah rukun Islam kedua selepas mengucap dua kalimah syahadah.

Walau sempurna Muslim itu dari segi akhlak dan akidahnya, namun jika tidak melaksanakan solat, ia tetap menjejaskan kesempurnaan yg dimilikinya.

“Solat berfungsi sbg kriteria utama bagi seseorang untuk layak atau tidak dinobatkan sebagai Muslim sejati,” katanya.

Antara lima Rukun Islam itu, mengucap dua kalimah syahadah dan solat tidak boleh diwakilkan kpda orang ln utk disempurnakan ketika hayat mahupun slps kematiannya. Ini membuktikan betapa penting dan uniknya solat yg hakikatnya bertujuan sbg satu permohonan doa oleh hamba terhadap pencipta-NYA.

Nabilah berpandangan bahawa, peristiwa Israk dan Mikraj telah mentarbiahkan umat Islam mengenai pensyariatan solat. Pada awalnya, ketika Baginda dinaikkan ke Sidratul Muntaha bersama malaikat Jibrail dalam peristiwa itu dan dihadiahkan ALLAH untuk solat sebanyak 50 rakaat sehari semalam.

Ketika hendak turun, baginda bertemu dgn Nabi Musa yg mengajar utk merayu pada ALLAH agar dikurangkan kuantiti solat tersebut. ALLAH itu Maha Pemurah, maka rayuan Baginda diterima dan pengurangan sebanyak sepuluh kali ganda diberi setelah bbrpa siri rayuan dilakukan. Rayuan ini dilihat sbg bukti keprihatinan Rasulullah terhadap umat agar dapat menunaikan kewajipan solat dgn sempurna krna jumlah lima waktu sehari adalah sangat ringan untuk ditunaikan.

HIKMAH SOLAT

Tujuan solat disyariatkan adalah utk melaksanakan perintah ALLAH yg memerintahkan hambanya agar menunaikan solat tepat pada waktunya. Namun di sebalik ketaatan itu tersembunyi banyak hikmah mengapa solat menjadi suatu ibadat yang sangat eksklusif.

“Hikmah pensyariatan solat dapat mendisiplinkan hamba terhadap perintah ALLAH," kata Nabilah.

ALLAH SWT berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya solat itu dapat mencegah manusia daripada perkara2 yg kejahatan dan kemungkaran”. (Surah Al Ankabut: 45)

“Pencegahan yg dijamin merangkumi pencegahan drpd sudut akidah dan kehidupan sosial atas individu serta masyarakat.

"Solat merupakan senaman rohani yg sangat mendamaikan kerana ia dipenuhi dgn bacaan ayat suci al-Quran dan zikrullah yg menenteramkan setiap jiwa pembacanya,” katanya panjang lebar. Menurutnya, solat jg dihiasi dgn perbuatan dan lenggok tubuh yg dapat menundukkan sifat mazmumah insan terhadap Pencipta-NYA.

Ibadat itu hakikatnya mendekatkan diri seorang hamba terhadap al-Khaliq sbg tempat mengadu, memohon perlindungan dan menyerahkan takdir kehidupan mereka di bawah kekuasaan Maha Esa.


JANGAN PANDANG REMEH


Tanggungjawab Muslim dalam menunaikan solat seharusnya tidak dipandang remeh.Solat pada waktunya adalah wajib kecuali jika keadaan tidak mengizinkan spti dlm majlis ilmu, mesyuarat yg penting, sakit yg menyukarkan utk bergerak, menjaga pesakit dan seumpamanya.

“Walaupun solat dapat ditunaikan, namun nilai kesempurnaan solat itu sendiri berbeza drpd individu ke individu yg lain. ALLAH berfirman bermaksud: “Maka, musnahlah bg mereka yg sembahyang! Yg mana mrka telah lalai dlm menunaikan solat.”(Surah al-Ma’un : 4-5)

“Justeru ayat ini membuktikan bahawa melewatkan sembahyang dgn perkara yg lalai akan menjejaskan kesempurnaan solat individu serta mendatangkan implikasi negatif di akhirat kelak,” tambahnya.

Keunikan dan sifat eksklusif solat terserlah apabila ia boleh ditunaikan dlm pelbagai kaedah mengikut keadaan individu sama ada individu normal, kelainan upaya mahupun yang terlantar sakit.

Nabilah berkata, gabungan solat tertentu dalam keadaan tertentu yang diistilahkan fuqaha sebagai rukhsah melalui solatjamak dan qasar adalah bukti serta tanda rahmat ALLAH terhadap hamba-NYA.

“Di sinilah keajaiban solat terbukti apabila ia menjadi terapi jiwa dan minda bagi golongan yg normal, bermasalah, kelainan upaya mahupun bagi mereka yg sakit," tambahnya.

ALLAH berfirman yang maksudnya: “Serulah aku (doa) nescaya aku akan makbulkan seruan kamu (doamu)” (Surah Al Ghaafir 40:60)

Antara waktu doa yg paling mustajab adalah selepas menunaikan solat. Menurutnya, banyak kajian membuktikan kebaikan solat ke atas fizikal dan kerohanian. Menunjukkan dgn menundukkan kepala ke bumi dgn berkiblatkan Kaabah yg berfungsi sbg pusat tarikan graviti melalui perbuatan sujud dapat mengurangkan keserabutan minda dan penyakit migrain yg diakibatkan oleh pencemaran radiasi dan seumpamanya.

Oleh itu, solat wajib dipelihara dan cara pelihara solat adalah dgn bersembahyang pada awal waktu agar dapat memperoleh kesempurnaan dan kejayaan dunia akhirat.

ALLAH dalam firman-NYA yang bermaksud: “Peliharalah solat dan solat Wusta dan berdirilah kamu dalam keadaan tunduk kepada ALLAH.” (Surah Al Baqarah: 238).

Firman ALLAH SWT yang bermaksud: “Sesungguhnya telah berjaya orang yang beriman iaitu orang yang khusyuk dalam solatnya, orang yang menjauhkan diri daripada perbicaraan yang tidak berguna.” (Surah al-Mukminun : 1-3)

No comments:

Post a Comment