Islamic Clock

Wednesday, October 28, 2009

Kisah Putera Puteri Mama

Dah agak lama mama tak bercerita pasal putera puteri permata hati mama nie,, sebenarnya mood nak menulis tu yg xder tu yg dah lama xupdate blog niee...umo putera mama dah masuk 10 bulan and then tengah belajar bertatih buat masa skrg, kalau berpegang tu dah merata2 tempat dah dia jalan tp nak jalan sendiri lum boleh lg laa...tp satu perkara yg mama perasan putera mama nie dah mula tak nak makan bubur sangat dah buat masa skrg nie....agaknya putera mama dah jemu kot, putera mama lebih suka makan nasi lecek. Tapi yg bestnya putera mama dah mula makan pelbagai jenis sayur2an. Putera mama makan semua makanan yg orang lain makan...putera juga sangat aktif....tak terlayan kadang2 tuuu........hehehehee

Tak lupa juga puteri mama, umor puteri mama dah nak masuk 3 tahun 10 bulan..kejap jer masa berlalu. Skrg nie hari2 puteri minta mama n papa hantar g sekolah, nak sekolah katanya. Harap2 semangat puteri mama kali nie berkekalanlah sampai bila2. Sebab sebelum nie pun mama dah pernah hantar sekolah tapi bertahan untuk sebulan jer. Alasan yg puteri mama bagi "kakak tak nak dah la g sekolah mama...bila petang cikgu paksa suruh kakak tido...kakak tak nak tido"..rupanya tuu sebabnya nape puteri mama dah tak nak g sekolah... bila mama ingat2kan semula rasa cam geram jee tp kdg tu rasa cam nak tergelak pun ada,, masa ari yg last mama jemput puteri kat sekolah puteri bgtau mama "mama esok kakak tak nak g sekolah dah, bekas susu pun kakak dah bawa balik umah dah, esok kakak nak g umah umi sama adik...". Mama ingatkan sajalaa puteri mama ckap cam tu, rupanya betul2..esok paginya bila mama kejutkan bangun pagi nak suruh mandi nak g sekolah kakak cakap tak nak. Kakak dah tak nak g sekolah nak dok umah umi. Jenuhla mama n papa pujuk g sekolah mmg kakak tak nak pegi sekolah, tak pasal2 mama n papa g keje lambat aritu...last2 mama n papa mengalah "ok xperla kalau kakak tak nak g sekolah arini mama hantar umah umi sama adik tup tup bila mama cakap cam tu automatik terus bangun nak g umah umi sama adik.

Apa yg mama harapkan ialah agar putera puteri mama sihat2 selalu hendak-NYA. Dan insyaallah tahun depan kakak akan mula sekolah... buat masa skrg nie mama masih servey2 mencari sekolah untuk kakak. Sesungguhnya setiap ibubapa pastinya mengharapkan yg terbaik untuk anak2 mereka. Mama n papa akan buat yg terbaik untuk anak2 mama selagi berupaya/mampu demi untuk masa depan putera puteri permata hati mama n papa.

No comments:

Post a Comment