Islamic Clock

Friday, October 2, 2009

Khasiat Bunga Roselle




Pada masa sekarang Roselle merupakan tanaman generasi alaf baru. Pada masa yg sama juga, usahawan mula berjinak2 dgn tanaman ini dan ianya juga membantu mempopularkan buah Roselle sbg industri baru. Buah roselle ini mengadungi Vitamin C dan pelbagai Vitamin lain termasuk B jg antosianin iaitu sejenis antioksidan. Kejayaan penanaman Roselle ini telah memberi sinar baru kepada pengusaha2 makanan dan minuman berasaskan Roselle menerusi penghasilan jus, halwa dan pelbagai makanan lg termasuk kek.

ROSELLE atau nama saintifiknya Hibiscus Sabdariffa L. yg dikatakan berasal dari Sudan, Afrika ini merupakan tumbuhan dlm keluarga bunga raya tetapi masih ramai yg belum benar2 mengetahui khasiatnya. Kebanyakan semua bahagian Bunga Roselle boleh digunakan antaranya bunga, daun, kelopak buah, biji dan akar

Menurut satu artikel yg pernah mama baca ia mengatakan bahawa Jus Roselle mengandungi Vitamin C sebanyak 9x ganda jk dibandingkan Oren, 3x ganda berbanding Anggur dan 2.5x ganda berbanding Blackcurrant.

Antara Kegunaan Bunga Roselle adalah seperti berikut :-

1. Batuk
2. Merawat demam
3. Darah tinggi
~ Kelopak buahnya dibuat ulam.
4. Merawat ketagihan arak(alcohol)
5. Hepatitis.
6. Menurunkan kandungan kolestrol dan lemak dalam darah
7. Membantu melancarkan pengaliran darah
8. Melawaskan pembuangan air besar
~Kelopak buah diblend dibuat jus dan diminum
9. Mengurangkan penyakit ulser perut
~Amalan meminum rebusan daunnya dapat mengurangkan penyakit ini
~ akar tunjang rozel direbus menjadi segelas air ditambah air perahan kunyit,diminum bagi ulser yang kronik
10. Melancarkan pembuangan air kecil dan mengubati kencing kotor
~Bunga rozel direbus dengan air dan diminum air rebusan tersebut.
11. Menyejukkan badan dan meningkatkan pengeluaran peluh.
~Biji rozel dibuat jus dan diminum.
12. Merawat cirit birit dan berak berdarah.
13. Membantu meningkatkan kesihatan mata dan mencegah rabun malam
~Daun dibuat ulam
14. Menghilangkan parut dan mengubati luka
15. Kelopak buahnya dibuat jus, kordial dan bahan campuran dalam pembuatan biskut dan kek.
16. Daunnya boleh dijadikan campuran ddalam masakan seperti tom yam dan sup.

Mama pun dah mula menanam Pokok Buah Roselle ni, insyallah semoga berjaya nnti leh kita sama2 menikmati hasilnya...best tau...seronok bila buah roselle ni kita petik n hasilkan jus yg fresh sendiri......terasa kenikmatannya.....inilah menu mama dihari lebaran tempohari......

No comments:

Post a Comment