Islamic Clock

Wednesday, December 26, 2012

Agong Beri Penghormatan Kpda Mendiang Keng Yaik

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah hari ini berkenan berangkat memberi penghormatan terakhir kepada bekas Presiden Gerakan, mendiang Tun Dr. Lim Keng Yaik.

Keberangkatan tiba Seri Paduka disambut Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon.

Seri Paduka meluangkan masa kira-kira 10 minit di kediaman mendiang di sini dengan diiringi anak mendiang yang juga Ketua Pemuda Gerakan, Datuk Lim Si Pin.

Sebelum itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor hadir memberi penghormatan terakhir kepada mendiang.

Turut berbuat demikian isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.

Keng Yaik yang merupakan menteri Kabinet selama 22 tahun meninggal dunia Sabtu lepas pada usia 73 tahun.

Beliau yang menjadi Menteri Tenaga, Air dan Telekomunikasi dari 2004 hingga 2008 meninggalkan isteri, Toh Puan Wong Yoon Chuan dan tiga anak.

Mayatnya akan dibakar di Krematorium Cheras dekat sini Rabu ini selepas diberi penghormatan negara.

No comments:

Post a Comment