Islamic Clock

Friday, January 27, 2012

Universiti Diberi Kuasa Autonomi

Selepas Universiti Teknologi Malaysia (UTM), empat lg universiti, Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) diberi autonomi semalam, bg membolehkan pusat pengajian terbabit membuat perancangan sendiri dlm usaha menjadi institusi bertaraf antarabangsa.

Pemberian autonomi itu hanya diberikan dlm empat bidang iaitu tadbir urus institusi, kewangan dan penjanaan kekayaan; pengurusan sumber manusia dan pengurusan akademik serta kemasukan pelajar.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata autonomi adalah prasyarat penting untuk mewujudkan persekitaran kampus yg dinamik melalui pengurusan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yg lebih berdaya saing, kreatif dan anjal. “Universiti selalu menyatakan mrka tidak mendapat kecemerlangan krna wujud halangan dan kekangan akibat terikat dgn kaedah dan polisi kerajaan, jd pemberian autonomi dgn penurunan kuasa bermakna tiada lg alasan untuk mrka mencapai kecemerlangan,” katanya kpda pemberita slps menyampaikan Amanat Tahun Baru 2012 yg bertemakan ‘Berfikiran Global Bertindak Glokal’ di sini, semalam.

Pemberian autonomi kpda lima universiti itu dibuat slps melaksanakan proses audit menggunakan instrumen ‘Tadbir Urus Baik Universiti’ dan ‘Petunjuk Tadbir Urus Baik Universiti’. Beliau berkata, walaupun lima universiti diberikan autonomi dlm kemasukan pelajar, pelajar tetap perlu memohon kemasukan universiti menerusi Unit Pusat Universiti (UPU). “Bagaimanapun, lima universiti akan dapat memilih dulu mana2 pelajar yg memohon menerusi UPU dan mrka sendiri yg akan menentukan kesesuaian kursus kpda pelajar berkenaan serta pemberitahuan mengenai kemasukan ke lima universiti itu dibuat oleh pihak universiti sendiri,” katanya.

Mengenai Pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971, Mohamed Khaled berkata, ia bukan tiket kebebasan mutlak, jauh sekali membenarkan pelajar melakukan aktiviti subversif sehingga mengganggu keselamatan awam. Beliau berkata, pindaan AUKU jg akan mengekalkan persekitaran kampus yg terus menjamin kebebasan akademik. “Kita amat sedih krna akhir2 ini, kebebasan akademik disalah guna, disalah erti, disalah tafsir dan lebih membimbangkan, ia menjadi modal politik jalanan sesetengah pihak tidak bertanggungjawab,” katanya.

Mohamed Khaled juga melahirkan kebimbangan dgn kurangnya pelajar yg berminat mengikuti aliran sains di sekolah dan universiti yg semakin kritikal. “Tahun ini, hanya 29 peratus pelajar jurusan sains di sekolah. Keadaan ini berterusan ke tahap universiti yg mana hanya 40 peratus pelajar bidang sains sedangkan sasaran kita adalah 60 peratus. Jika ini berterusan, ia boleh membantutkan usaha meningkatkan inovasi teknologi ke arah tranformasi ekonomi negara maju berpendapatan tinggi,” katanya.

No comments:

Post a Comment