Islamic Clock

Tuesday, October 25, 2011

Tips Menangani Anak

1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jgn gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dgn tangan dan jgn sesekali menampar anak pakai tangan kita nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya. Secara saintifiknya ada kaitan dgn refleksologi dan merangsang ke bahagian otak

Sabda Rasulullah s.a.w. "Berguraulah dgn anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dgn mrka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sbg pengajaran)" dimana yg nak dipukul tu? Tapak kakinya ... bukan muka, punggung, telinga dan ditempat2 yg sensitif... itu salah...

4). Mulakanlah hidup anak anda dgn nama panggilan yg baik. Nama panggilan yg kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yg baik adalah digalakkan).

5). Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yg dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat drpd anak yg jarang dipeluk)

6). Pandanglah anak anda dgn pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dgn persekitaran)

7). Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang2nya senyuman untuk setiap kebaikan yg dilakukannya).

8). Janganlah mengharapkan anak anda yg belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak2 yg sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9). Apabila anda berhadapan dgn masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak2 terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10). Di dalam membesarkan dan mendidik anak2, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak2 merasakan diri mereka beban.

11). Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12). Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13). Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14). Buatkan sedikit persediaan untuk anak2 menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yg unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yg menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15). Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16). Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak2 apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17). Dengarlah mimpi ngeri anak2 anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18). Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka jg dlm masa yg sama akan menghargai barang2 kesayangan anda. Elakkan drpd membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19). Janganlah membiarkan anak2 anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

20). Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21). Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22). Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak2 anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

"anak2 ibarat kain pUtih. iBu bApa laH yG mencoRakkanNya menjaDi yAhudI, nAsRani atAu mAjusI"

No comments:

Post a Comment