Islamic Clock

Monday, October 3, 2011

Elak Kemarahan Kuasai Diri

Bersikap positif hadapi ujian boleh semai sikap sabar........

ORANG yg lekas marah ialah orang yg tidak sabar n apabila krg sabar, selalunya kita akan cepat marah. Akibatnya, byk perkara dilakukan @ keputusan dibuat didorong emosi bukan rasional akal fikir kita. Rasa marah bukan saja kpda mrka yg ada di sekeliling kita disebabkan pelbagai punca, malah perasaan itu turut ditunjukkan kpda Allah terutama apabila kehendak n permintaan tidak dipenuhi slps puas berdoa memohon.

Diriwayatkan drpd Abu Hurairah, seorang lelaki berkata kepada Nabi SAW: “Berwasiatlah kepadaku. Lalu Nabi SAW menjawab: Janganlah engkau menjadi seorang yg pemarah. Orang itu mengulangi permintaan bbrpa kali, Nabi SAW menjawab: Janganlah engkau menjadi seorang yg pemarah.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Berbeza dgn kebanyakan kita, apabila ada yg cuba mententeramkan jiwa yg sdg bergolak dgn perasaan marah, rasa itu bukan semakin berkurangan, sebaliknya terus membara hingga api kemarahan sukar dikawal. Perubahan gaya hidup hari ini tidak dinafikan lebih mencabar berbanding dulu krna masa yg bergerak pantas menuntut kita terkejar2. Akibatnya, banyak benda membuatkan kita mudah dicuit rasa marah.

Kesesakan lalu lintas, buat kita marah. Beratur panjang untuk membayar bil, membeli makanan @ berurusan di bank jg selalu menimbulkan rasa hendak marah. Boleh kata, jk tiada kesabaran, agaknya kita asyik marah2 saja. Oleh itu, ubat marah ialah sabar ttpi apabila hendak marah jg kita akan kata, sabar mmg sabar ttpi ada hadnya. Itulah kita manusia yg sentiasa berdepan dugaan dan bagaimana kita menghadapinya yg membezakan kita dgn orang lain.

Hakikatnya, bukan mudah untuk membina sifat sabar dlm diri ttpi nilai murni itu bleh dipupuk jika kita sentiasa berlapang dada apabila berdepan dgn ujian dan tidak mudah berputus asa. Sabda Rasulullah SAW yg bermaksud: “Sesungguhnya orang mukmin akan menerima tekanan hidup krna tidak ada satu bencana sama ada krna terkena duri @ yg lebih besar, tidak jg ketakutan melainkan Allah akan mengangkat darjatnya satu darjat dan menghapuskan satu kesalahan dgn kesabarannya menghadapi bencana dan kesusahan itu.” (Hadis riwayat al-Hakim)

Berfikiran positif jg boleh membantu kita menyemai sifat sabar terutama apabila kita menyedari hakikat ujian yg didatangkan Allah adalah untuk mengukur sejauh mana keimanan kita kepada-Nya bukan saja melalui tindakan ttpi jg perkataan. Semuanya itu menuntut kesabaran dan yg pasti dalamnya ada ganjaran pahala yg besar drpd Allah SWT dgn syarat kita reda serta ikhlas. Lagi satu, lawan bg sabar ialah mengeluh dan ia perbuatan yg amat dilarang krna mengeluh membuatkan semangat menjadi lemah, terbitnya perasaan kecewa dan putus asa. Mengeluh juga boleh menyebabkan kita suka menyalahkan keadaan.

Saya pasti semua kita biasa mendengar nasihat bhwa Allah tidak mendatangkan ujian kpda hamba-Nya yg di luar kemampuan mrka. Maknanya, ujian yg datang sebenarnya mampu kita tanggung berbekalkan ketabahan serta kesabaran. Jika diteliti, setiap kesukaran dihadapi selalunya diakhiri dgn kemudahan dan nikmat dirasakan apabila kita berjaya mengatasi segala kesusahan tidak dapat digambarkan atau diluahkan dgn kata2. Berserta dgn nikmat itu jg selalunya akan hadir perasaan syukur yg mendekatkan lagi kita dgn Allah krna apabila berdepan musibah, kuasa yg paling layak kita berpaling memohon pertolongan ialah Allah SWT. Alangkah bangganya perasaan kita sbg hamba apabila doa serta permohonan dimakbulkan Allah. Itu tanda kita termasuk dlm golongan yg dikasihi krna permintaan kita dipenuhi.

Oleh itu, biar betapa besar dugaan, kesusahan @ kesakitan yg terpaksa kita tanggung, jgn mudah marah. Sebaliknya, cuba tangani dgn sabar serta berusaha mencari jalan keluar krna janji Allah setiap kesukaran akan ada jalan keluarnya. Malah, ada antaranya yg kita tidak pernah terduga. Jadi bagi yg kecewa krna doa masih belum makbul, jgn putus asa. Perancangan Allah adil untuk hambanya. Jika bukan di dunia, hadiahnya menanti di akhirat nanti. Bersamalah kita berusaha mengawal marah dan menyemai sabar.

No comments:

Post a Comment