Islamic Clock

Tuesday, April 20, 2010

Suka Duka Kehidupan

Dalam menyusuri rencah kehidupan ini, pelbagai dugaan dan cabaran perlu kita tempuhi dalam meneruskan perjalanan hidup yang penuh onak dan duri. Kesabaran dan kecekalan diri amat penting untuk terus bertahan demi untuk kebaikan bersama, itulah lumrah kehidupan. Hari2 berlalu begitu pantas... tahun 2010 dah pun berada di penghujung bulan April. Dengan kesibukan aktiviti di ofis membuatkan aku tak berkesempatan nak merehatkan diri dari segala kepenatan. Walaupun xsihat, aku tetap meneruskan kerja2ku di opis walaupun DR. memberikan aku cuti sakit (MC) untuk berehat. Balik umah aku menyambung tugasku sebagai isteri dan jg mama kepada putera puteriku dlm menguruskan rumahtangga plak. Tapi kalau kat umah mama tak keseorangan papa akan membantu sedikit sebanyak meringankan beban tugas mama.

Begitulah lumrah kehidupan, putaran roda kehidupan insan bergelar manusia. Kadang kala mengembirakan, kdg ada yg menyedihkan, kdg ada yg menakutkan dan mcm2 lg. Ianya tak semudah yg kita sangka, rentak dan rencah kehidupan ini ada pelbagai ragam dan karenahnya yg tersendiri....susuri dan perhalusilah kehidupam kita dgn nilai kasih sayang yg berpanjangan agar kehidupan kita akan menjadi lebih bermakna..........

No comments:

Post a Comment