Islamic Clock

Monday, April 19, 2010

Dugaan Buat Mama....

Mungkin ini dugaan Allah pada mama, mama bersyukur di atas rezeki dan anugerah yg kau berikan tapi kali ini mama diduga dengan masalah Diabetes, Dr. menasihatkan mama agar lebih berhati2 dalam pemakanan harian dengan mengamalkan diet yang berterusan. Ini adalah untuk kebaikan mama dan juga baby. Ini adalah kerana, bermacam2 kemungkinan boleh berlaku jika keadaan ini tidak dikawal dari peringkat awal.

Dr. menyarankan agar mama menukar diet/pemakanan harian bermula dari sekarang. Ini adalah penting untuk kesihatan mama dan juga baby yg dikandung. Mama tidak boleh mengambil sebarang makanan yang manis2, susu pekat manis xboleh diambl lgsg (tp mama mmg xminum susu pekat manis pun, tp skli-sekala tu adala ambk cth kalau mama buat jus carrot dll), susu pun mama hanya boleh minum susu yg rendah lemak sahaja so mulai skrg Dr. galakkan mama ambik susu Omega rendah lemah untuk mengawal kadar Diabetes agar terkawal(so dah xbleh ambik susu Anmum & susu Fenleaf lg sbb susu tu manis), banyakkan/lebihkan sayuran hijau, xboleh ambik sebarang makanan yg berubi (cthnya spti kentang,carrot,keledek dll, boleh ambik tp kena kawal bergantung kpda makanan apa yg diambil ) dll2 lg yg disarankan oleh Dr.

Dr. juga,menyarankan agar mama merujuk terus kepada mn2 Hospital sekiranya mama ada mengalami tanda2 Hipoglisemia atau Hiperglisemia. Hipoglisemia ialah kekurangan paras gula di dalam darah. Manakala Hiperglisemia pula ialah lebihan paras gula di dalam darah. Keadaan ini merbahaya kepada ibu dan juga bayi yang dikandung. So mama kenalah sentiasa berhati2, peka dgn keadaan smsa dan sentiasa mengawasi diet pemakanan harian. Selain itu, mama juga hendaklah selalu mendapat rawatan atau pemerhatian Dr. agar kadar Diabetes mama adalah terkawal.

Tanda2 kekurangan paras gula di dalam darah atau Hipoglisemia ialah :

* Cemas.
* Berdebar-debar.
* Berpeluh.
* Menggeletar.
* Terasa lapar.
* Terkeliru.
* Penglihatan kabur.
* Pening lalat.
* Tidak sedarkan diri.

Manakala tanda2 lebihan paras gula di dalam darah atau hiperglisemia ialah :

* Sering membuang air kecil, terutama pada sebelah malam.
* Kerap terasa haus.
* Muntah-muntah.
* Badan semakin kurus.
* Koma.
* Sukar bernafas.
* Sakit perut.

Doa2kanlah semoga mama & baby selamat semuanya dan dijauhi dari segala perkara yg tidak diingini...Amin...INSYAALLAH...

No comments:

Post a Comment