Islamic Clock

Tuesday, October 1, 2013

Cacat Fizikal Bukan Penghalang

FELDA BUKIT BADING - “Walaupun sekadar berkenalan melalui facebook, namun saya dapat rasakan suami seorang yg baik hati. Melihat sendiri dia memandu kereta walaupun tiada tangan, suara hati saya kuat mengatakan dia bukan OKU biasa.” Demikian secebis kisah cinta antara Hedza Azwin Hasbullah, 25, yng disatukan dengan seorang OKU dari Felda Bukit Bading, Mat Jamil Ramli, 29, pada 6 September lalu, manakala majlis sambut menantu pula diadakan di sini, kelmarin.
Hedza Azwin yg berasal dari Melaka berkata, dia mula berkenalan dgn suaminya menerusi facebook sekitar 2010 dan pada awalnya hanya menganggap Mat Jamil sebagai kawan biasa serta rakan sekerja memandangkan mereka bernaung di bawah syarikat sama, tetapi berlainan cawangan. Namun katanya, lama-kelamaan perasaan sayang mula bercambah kerana sikap Mohd Jamil yg begitu mengambil berat dan baik hati.

“Suami bekerja sbg pereka grafik di Subang Jaya, manakala saya di Melaka. Mulanya saya sukar mempercayai dia boleh memandu kereta, namun tanggapan itu berubah ketika kami bertemu apabila dia (suami) datang sendirian sambil memandu kereta. "Ketika itu hati saya kuat mengatakan suami bukan calang2 orang. Walaupun OKU, saya yakin dia seorang yg berdikari dan kuat semangat. Biarpun suami tidak sempurna, namun saya tidak rasa kekurangan itu, sebaliknya bersyukur kerana bertemu jodoh dengan insan yg sentiasa berfikiran positif,” katanya, kelmarin.

Sementara itu, Mat Jamil yang merupakan anak ketiga bagi pasangan Ramli Husin, 55 dan Jarah Mohamad, 52, berkata, dia tidak mempunyai kedua2 belah tangan sejak lahir dan bersyukur kerana dikurniakan isteri yg cukup memahami. “Walaupun tidak mempunyai tangan, saya sentiasa berfikiran positif. Sejak kecil saya dididik berdikari, malah saya turut mengambil SPM bersama pelajar normal pada 2003 di SMK Ajil,” katanya.

No comments:

Post a Comment