Islamic Clock

Friday, May 10, 2013

Azizan Selamat Jalani Pembedahan

Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak selamat menjalani pembedahan memotong kedua-dua belah kakinya yang dijangkiti kuman di Hospital Pulau Pinang (HPP) semalam. Setiausaha Akhbar beliau, Mohd. Helmi Khalid berkata, Azizan dibawa masuk ke dewan bedah pada pukul 6.30 petang dan pembedahan memotong kaki kanannya selesai dua jam kemudian. Beliau selamat menjalani pembedahan kaki kanan dan keadaannya dilaporkan stabil tetapi belum sedarkan diri,” katanya ketika dihubungi malam tadi.

Jelasnya, doktor yg mengawasi jangkitan pada kaki kiri Azizan kemudiannya membuat keputusan untuk memotong kaki berkenaan selepas mendapati jangkitannya semakin serius. Katanya, pembedahan memotong kaki kiri selesai pada pukul 11.30 malam tadi. Terdahulu, katanya, keluarga Azizan sukar untuk menerima nasihat doktor agar kedua-dua kaki Azizan dipotong bagi mengelak jangkitan kuman merebak ke seluruh badan.

“Doktor menasihatkan supaya kedua2 belah kaki Azizan dipotong dari bawah paras lutut. Kedua2 isteri dan anak2 beliau akur dgn nasihat tersebut selepas perbincangan dilakukan,” katanya. Azizan, 69, yg juga Pesuruhjaya Pas Kedah dimasukkan ke HPP selepas mendapat jangkitan kuman di kaki dan menerima rawatan di Kedah Medical Centre sejak Isnin lepas.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 Ahad lepas, Azizan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Sungai Limau dgn mengalahkan sepupunya, Fazillah Mohd. Ali yg mewakili Barisan Nasional dengan majoriti 2,774 undi. Sebelum dibedah, beberapa orang kenamaan melawat Azizan termasuk Ahli Parlimen Jerai, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mahadzir Khalid dan bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin.

No comments:

Post a Comment