Islamic Clock

Friday, September 9, 2011

Kelebihan Jumaat Penghulu Segala Hari

HARI Jumaat adalah penghulu segala hari @ disebut ‘sayyidul aiyyam’ krna mempunyai kemuliaan dan keistimewaan di sisi Allah SWT. Bg umat Islam, hari itu amat berharga dan hari untuk beramal ibadat bg merebut kelebihan penghulu segala hari.

Berdasarkan penjelasan hadis, hari Jumaat adalah hari pertama kemunculan matahari di dunia, pada hari itu Allah SWT menciptakan Nabi Adam, berlakunya hari Kiamat dan Allah SWT mengizinkan ahli syurga untuk memasuki syurga. Manakala malaikat pula menamakan hari Jumaat sbg hari penambahan disebabkan banyaknya pintu rahmat dibuka dan Allah SWT akan melimpahkan kurnia-Nya serta menabur kebaikan-Nya. Hakikatnya, menjadi tetamu Allah SWT pd penghulu segala hari adalah saat istimewa krna memberi peluang menilai ketakwaan dan membersihkan dosa.

Kita perlu insaf walaupun pada zahirnya penampilan diri kelihatan cemerlang ttpi dr segi batin orang yg melakukan dosa spti rasuah, menzalimi, menganiaya, memfitnah, minum arak, berzina dsbnya bagaikan berada di tempat kotor diselaputi najis. Malah, apa yg menakutkan kita ialah meninggal dunia dlm keadaan berdosa dan tidak sempat bertaubat. Oleh itu, insaf dan sedarlah bhwa untuk keluar dr tempat bernajis @ kotor, caranya ialah meninggalkan, menjauhi tempat itu serta mencari tempat yg suci.

Kemuncak ibadat bg tetamu Allah di masjid ialah mendengar dua khutbah dan solat fardu Jumaat. Firman Allah yg bermaksud: “Wahai orang yg beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu (ke masjid) untuk mengingati Allah dan tinggalkanlah berjual-beli; yg demikian adalah baik bg kamu, jika kamu mengetahui.” (Surah al-Jumaah, ayat 9). Perjumpaan tetamu Allah setiap minggu di rumah Allah mampu membaiki keimanan, meningkatkan persaudaraan sesama Muslim dan perpaduan ummah. Oleh krna besar pengaruh perjumpaan tetamu Allah ini, maka sesiapa yg meninggalkan solat Jumaat tiga kali berturut2 tanpa uzur dibenarkan syarak, mrka dikira sbg orang yg lalai.

Rasulullah SAW bersabda yg bermaksud: “Sesiapa yg meninggalkan Jumaat tiga kali berturut2 tanpa uzur, Allah akan menutup mata hatinya.” (Hadis riwayat al-Nasa’ie) Menurut Imam al-Ghazali dlm kitab Ihya Ulumudin, pd malam dan siang hari Jumaat ada sesaat yg mulia di mana segala permohonan doa akan dimakbulkan dan saat itu dirahsiakan. Siapa meninggal dunia pd hari Jumaat atau malam Jumaat, Allah mencatat untuknya pahala orang syahid dan menjaganya dari azab kubur.

Amalan sunat hari Jumaat seperti qiamulail, sujud syukur, berzikir, beriktikaf dan membaca al-Quran spti surah al-Kahfi, Yaasin, Sajjadah dan al-Mulk. Hadis Rasulullah SAW yg bermaksud: “Barang siapa yg membaca surah al-Kahfi pd hari Jumaat nescaya Allah menerangi cahaya yg akan menerangi dirinya antara dua Jumaat.” (Hadis riwayat al-Bukhari). Hari Jumaat adalah hari penuh keberkatan. Bagi mengambil peluang keemasan ini, mari kita membudayakan bersama keluarga dan anak memuliakan hari Jumaat sbg penghulu segala hari. Mudah2an dgn cara ini ia mampu memperkukuhkan institusi keluarga dan memantapkan keimanan anak kita. Ini amalan nabi, wali n orang salih. Bagaimanapun, berdasarkan pemerhatian, krna kesibukan dunia dan pengaruh sosial menyebabkan kita lupa kemuliaan hari Jumaat. Malah apa yg menyedihkan, ada kalangan umat Islam menjalankan aktiviti pd malam dan hari Jumaat yg menyemarakkan lagi gejala sosial.

Rebutlah peluang untuk membersihkan diri dan bertaubat pada penghulu segala hari. Marilah bersama merenung firman Allah SWT yg bermaksud: “Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi dan carilah apa yg kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatkanlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya di dunia dan di akhirat.” (Surah al-Jumaat, ayat 10)

No comments:

Post a Comment