Islamic Clock

Friday, July 8, 2011

Pelajar Prasekolah Direhatkan

Hari ini Kak Iqa xsekolah, semua pelajar Prasekolah direhatkan hari ini sempena memberi laluan kepada guru2 untuk menghadiri Majlis Perasmian Buku Panduan Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di Sekolah Kebangsaan Seksyen 7, Bandar Baru Bangi yang dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap masalah keciciran murid dlm pembelajaran dapat diatasi dgn pelaksanaan sistem Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) terutamanya dlm menguasai kemahiran 4M, membaca, menulis, mengira dan menaakul. Muhyiddin, yg jg Menteri Pelajaran, berkata ini krna usaha memperkenalkan PBS dlm proses menilai dan mentaksir pencapaian murid merupakan langkah penting untuk menentukan tahap penguasaan murid scra bersistematik pada setiap peringkat pengajaran dan pembelajaran.

Ketika melancarkan Buku PBS, beliau berkata PBS, yg merupakan penambahbaikan kepada sistem pentaksiran untuk Ujian Pencapaian Sekolah Rendah dan Penilaian Menengah Rendah, dilaksanakan mulai Tahun 1 pada tahun ini dan Tingkatan 1 pada 2012. Muhyiddin berkata kangkah itu bersesuaian dgn konsep "no child is left behind" (tidak ada seorangpun kanak2 tercicir) spti yg diamalkan di Amerika Syarikat yg meletakkan standard tertentu dan mewujudkan matlamat yg boleh diukur dan menjurus kepada penambahbaikan hasil pembelajaran.

Melalui maklumat yg dikumpul dlm pentaksiran yg dijalankan semasa proses pengajaran dan pembelajaran, guru atau pihak sekolah dapat memberi maklumat balas yg konstruktif serta mengambil langkah susulan yg bersesuaian bagi memastikan kelemahan setiap murid dapat diatasi agar tidak ketinggalan dalam pembelajaran.

No comments:

Post a Comment