Islamic Clock

Tuesday, November 24, 2009

Jom balik kampung

Raya tinggal hanya beberapa hari saja lg tp keje tak abis2 lg...keje keje and keje... bilala keje2 mama nie nak selesai yee...

Apalagi yg ditunggu2 jomla kita sama2 balik kampung kawan2 raya dah makin hampir dah nie....tp tu laa skrg ni plak musim banjir tengah melanda Pahang, Terengganu, Kelantan, Kedah, Perak dan yg terbaru Johor jugak bakal dilanda banjir.... teruk jgak banjir kali nie dah ramai jgak yg terpaksa berpindah tapi alhamdulillah kampung halaman mama xpernah banjir...syukur sesangat...cuma bila musim tengkujuh nie air sungai banyakla melimpah2 dah jadi cam lautan tak bertebing plak...klau kat kampung musim2 tengkujuh cam ni ramaila orang menahan pukat tangkap ikan, memancingla...

Mengikut laporan akhbar yg dikeluarkan hari ini mengatakan :

KOTA BHARU - Keadaan banjir di Kelantan dan Terengganu kini semakin buruk apabila seramai 12,085 penduduk di kedua-dua negeri berkenaan terpaksa berpindah setelah kediaman mereka ditenggelami air semalam.

Di Kelantan, jumlah mangsa banjir terus meningkat apabila seramai 3,376 mangsa daripada 859 keluarga dari enam daerah dipindahkan semalam berbanding 2,004 mangsa daripada 480 keluarga kelmarin.

Jurucakap Pusat Kawalan Operasi Banjir negeri berkata, jumlah mangsa banjir yang paling ramai dipindahkan ialah penduduk di daerah Pasir Mas iaitu seramai 1,743 mangsa daripada 500 keluarga.

Daerah lain yang turut terlibat ialah Kuala Krai sebanyak 880 mangsa (192 keluarga), Tanah Merah 391 mangsa (85 keluarga), Tumpat 266 mangsa (59 keluarga), Machang 60 mangsa (13 keluarga) dan Kota Bharu 36 mangsa (10 keluarga).

"Kebanyakan mangsa berpindah malam semalam (kelmarin) dan hari ini (semalam) selepas air sungai-sungai utama melimpah di kawasan terlibat," katanya di sini semalam

Ape2 pun doa2kanlah semoga perjalanan balik kampung berjalan lancar dan selamat hendak-NYA. Insyaallah...........

No comments:

Post a Comment