Pakar perubatan mengakui ia tidak boleh ditandingi oleh apa jenis susu formula sekali pun. Hakikatnya susu ibu mengandungi segala kebaikan yg diperlukan oleh bayi dalam jumlah yg betul iaitu protein, karbohidrat, lemak, vitamin dan mineral. Khasiat susu ibu terlalu banyak berbanding apa juga jenis susu formula. Antaranya ia mempunyai kolestrum, iaitu cecair berwarna kekuningan yg keluar sblum susu keluar, yg membantu sistem pencernaan bayi dan menambah baik sistem imunisasi badan bayi. "Susu ibu adalah zat makanan paling ideal untuk bayi sekurang2nya bagi tempoh enam bulan pertama". Ia cukup berkesan memastikan pembesaran sempurna, mengelak jangkitan penyakit, menggalakkan perkembangan kecerdasan anak dan menghindari obesiti serta penyakit. Bayi yg diberikan susu ibu kurang mengalami alahan, sakit usus, pencernaan dan asma kerana susu ibu juga mempunyai antibodi.
Make Our Travels Safe
1 week ago
No comments:
Post a Comment