Islamic Clock

Showing posts with label raya. Show all posts
Showing posts with label raya. Show all posts

Wednesday, October 24, 2012

Raya AidilAdha

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA kepada semua muslimin n muslimat.....

Tuesday, October 16, 2012

Aidiladha Bakal Disambut Pada 26 Oktober 2012

Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidiladha pada 26 Oktober, demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Syed Danial Syed Ahmad.

"Bagi menyempurnakan titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijah, 1433 Hijrah ialah pada 17 Oktober, 2012.

"Oleh yang demikian, Hari Raya Korban (10 Zulhijah) bagi negeri2 seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Jumaat, 26 Oktober 2012,".

Wednesday, August 15, 2012

Last Day Kerja Before Raya

Ari nie last day mama kerja sebelum bercuti raya, ada member2 yg dah start cuti dah pun arini....mama Insyaallah mlm nie bertolak balik kampungnya.......semua org dah mood raya agaknya...betul x kawan2....

Balik Raya

Sempena Raya yg bakal menjelma tiba tak brpa hari saja lg, mama mengambil kesempatan untuk memohon jutaan ampun n maaf sekiranya ada sebarang salah n silap diantara kita n harap dimaafkan n dihalalkan segalanya.

Insyaallah malam ni mama, papa n anak2 akan bertolak balik kelantan untuk sambut Raya Aidilfitri......Semoga perjalanan kami sekeluarga selamat sampai hendak-NYA... harap2 jalan tak jem lg la malam nie.........

Thursday, November 10, 2011

Salam Aidiladha

Mama mengucapkan SALAM AIDILADHA kpda semua pembaca dan sahabat yg berada di mana shja. Semoga Aidiladha kali ini akan menjadi perayaan yg begitu bermakna pada diri kita berdasarkan pengorbanan yg telah kita laksanakan selama ini.

Mari lah kita sama2 menghayati kisah Nabi Ibrahim dan puteranya Nabi Ismail dalam menunaikan dan memenuhi perintah Allah swt.

Asal-Usul Aidiladha

Pada suatu hari Nabi Ibrahim bermimpi, dlm mimpinya itu Allah menyuruh Nabi Ibrahim menyembelih anaknya yg bernama Ismail. Slps dari mendapat mimpi itu, Nabi Ibrahim pun memberitahu isterinya yg bernama Siti Hajar. Maka berbincanglah Nabi Ibrahim, Siti Hajar dan Ismail. Siti Hajar berkata, “Mungkin mimpimu itu hanya mainan tidur saja ttpi kalau mimpi itu merupakan wahyu, wajiblah dituruti.” Apabila mendengar kata2 ibunya, Ismail berkata kpda bapanya, “Ayahku, sekiranya ini merupakan wahyu dari Allah S.W.T., aku sedia merelakan diriku untuk disembelih.”

Setelah persetujuan dicapai, keesokan harinya Nabi Ibrahim pun membawa puteranya Ismail untuk disembelih. Perkara Nabi Ibrahim hendak menyembelih anaknya telah sampai kpda pengetahuan orang ramai. Hal ini membuat orang ramai takut sehingga ada yg mengatakan, “Nampaknya Nabi Ibrahim mungkin sudah gila hinggakan mahu menyembelih anaknya sendiri. Kalau kita biarkan perkara ini, nanti kitapun akan dibunuhnya.”

Walau apapun tuduhan orang terhadapnya, namun Nabi Ibrahim tetap menjalankan tugas yg diperintahkan oleh Allah S.W.T terhadapnya. Stlh Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail sampai pada tempat yg dituju, berkatalah anaknya, “Wahai ayahku, aku fikir cara yg baik utk menyembelih adalah dgn cara aku disembelih dlm keadaan menelungkup tapi mata ayah hendaklah ditutup. Kemudian ayah hendaklah tahu arah pedang yg tajam dan ayah kenakan tepat kepada leherku.”

Kemudian Nabi Ibrahim pun melaksanakan perintah yg Allah S.W.T perintahkan dlm mimpinya. Baginda pun mengucapkan kalimah atas nama Allah lalu memancungkan pedangnya pada leher anaknya itu. Maka terperciklah darah mengenai badan Nabi Ibrahim. Sbg seorang manusia biasa, Nabi Ibrahim pun menggeletar dan membuka penutup matanya.

Tetapi alangkah terperanjatlah apabila melihat yg disembelihnya itu bukanlah anaknya melainkan seekor kibas. Dengan memuji kebesaran Allah S.W.T, kedua2nya pun berpeluk2 sambil bersyukur kpda Tuhan krna memberi kekuatan sehingga dapat melaksanakan amanat dari Allah S.W.T.

Peristiwa ini ada diterangkan dalan surah Ash-Shaffat ayat 101 hingga ayat 111

Tuesday, September 6, 2011

Kerja After Aidilfitri

Hari ini adalah firstday mama bekerja after Hari raya Aidilfitri. Opis pun masih lagi sunyi mungkin mood raya belum habis lg kot. Tapi bg mama seleluarga, Hari Raya tahun nie adalah hari raya yg paling suram, tanpa apa2 sambutan atau persiapan raya macam kebiasaan hari raya, kami sambut raya ala kadar sahaja. Balik raya pun x g jalan mana2 sekadar beraya di umah atok n menziarah saudara terdekat shja, Hari2 mama sekeluarga berulang ke Hospital untuk melihat Pak Su. Mama doakan semoga Pak Su beransur pulih spti sediakala, Insyaallah...AMIN.....

Semoga Pak Su akan terus tabah mengharungi dugaan ini, kita sekeluarga akan sama2 berusaha dan beriktiar untuk mengubati-NYA.......marilah kita sama2 berusaha dan berdoa kpda ALLAH SWT smga beliau mempermudahkan segala-NYA.....Insyaallah.

Friday, August 26, 2011

Cuti Balik Kampung

Mybe malam nie mama sekeluarga akan bertolak balik Ipoh sempena cuti Hari Raya Aidilfitri. Tahun nie turn beraya di Ipoh dan mybe petang raya ke 2 kami sekeluarga akan bertolak balik kampung kelate plak. Semoga Selamat sampai dan selamat kembali ke destinasi yg di tuju dgn selamat. Insyaallah. Berhati2 di jalan raya, Biar lambat asal selamat, Ingatlah orang2 tersayang....

Salam Aidilfitri


Salam AIDILFITRI buat smua rakan2 yg mengenali diri mama... Dikesempatan ini mama susun sepuluh jari memohon jutaan ampun dan maaf diatas keterlajuran kata sama ada sengaja atau tidak disengajakan... semoga lebaran kali ini dpt mengeratkan ukhuwah sesama kite.....

Kepada yg nak balik kampung tu, hati2 semasa memandu, semoga selamat sampai ke destinasi yg dituju dan semoga selamat jg kembali ke rumah kediaman msg2 selepas sambutan raya nanti.. Semoga kita berjumpa lg selepas raya ni..Insyaallah....

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI....MAAF ZAHIR & BATIN dari kami sekluarga..
(Mama, Papa, Kak Iqa, Abg Syahmi & Adik Iesya)

Thursday, November 25, 2010

Salam Aidiladha

Rasanya masih belum terlambat mama nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua muslimin n muslimat. Pada 10 Zulhijjah 1431H bersamaan 17 November 2010 (Rabu) umat islam telah sama2 menyambut Hari Raya Aidiladha @ dikenali juga dgn Raya Korban. Mama n Papa buat akikah untuk bby Iesya sempena Raya Korban pd tahun ini.

Tuesday, November 24, 2009

Jom balik kampung

Raya tinggal hanya beberapa hari saja lg tp keje tak abis2 lg...keje keje and keje... bilala keje2 mama nie nak selesai yee...

Apalagi yg ditunggu2 jomla kita sama2 balik kampung kawan2 raya dah makin hampir dah nie....tp tu laa skrg ni plak musim banjir tengah melanda Pahang, Terengganu, Kelantan, Kedah, Perak dan yg terbaru Johor jugak bakal dilanda banjir.... teruk jgak banjir kali nie dah ramai jgak yg terpaksa berpindah tapi alhamdulillah kampung halaman mama xpernah banjir...syukur sesangat...cuma bila musim tengkujuh nie air sungai banyakla melimpah2 dah jadi cam lautan tak bertebing plak...klau kat kampung musim2 tengkujuh cam ni ramaila orang menahan pukat tangkap ikan, memancingla...

Mengikut laporan akhbar yg dikeluarkan hari ini mengatakan :

KOTA BHARU - Keadaan banjir di Kelantan dan Terengganu kini semakin buruk apabila seramai 12,085 penduduk di kedua-dua negeri berkenaan terpaksa berpindah setelah kediaman mereka ditenggelami air semalam.

Di Kelantan, jumlah mangsa banjir terus meningkat apabila seramai 3,376 mangsa daripada 859 keluarga dari enam daerah dipindahkan semalam berbanding 2,004 mangsa daripada 480 keluarga kelmarin.

Jurucakap Pusat Kawalan Operasi Banjir negeri berkata, jumlah mangsa banjir yang paling ramai dipindahkan ialah penduduk di daerah Pasir Mas iaitu seramai 1,743 mangsa daripada 500 keluarga.

Daerah lain yang turut terlibat ialah Kuala Krai sebanyak 880 mangsa (192 keluarga), Tanah Merah 391 mangsa (85 keluarga), Tumpat 266 mangsa (59 keluarga), Machang 60 mangsa (13 keluarga) dan Kota Bharu 36 mangsa (10 keluarga).

"Kebanyakan mangsa berpindah malam semalam (kelmarin) dan hari ini (semalam) selepas air sungai-sungai utama melimpah di kawasan terlibat," katanya di sini semalam

Ape2 pun doa2kanlah semoga perjalanan balik kampung berjalan lancar dan selamat hendak-NYA. Insyaallah...........

Wednesday, November 18, 2009

Aidiladha Jumaat depan

Hari Raya Korban atau Aidiladha bagi Malaysia telah ditetapkan pada Jumaat depan, 27 November, bersamaan 10 Zulhijjah 1430H. “Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dengan ini diisytiharkan bahawa 1 Zulhijjah 1430 Hijrah ialah pada 18 November 2009 Masehi.(arinila ye...)

“Hari Raya Korban seluruh Malaysia ditetapkan 27 November 2009 Masehi.

So minggu depan mama, papa, putera dan puteri mama akan berangkat pulang ke kampung mama untuk menyambut Hari Raya Aidiladha (Raya Haji). Raya kali ni mama dan papa buat akikah untuk putera mama...insyaallah ada rezeki kita buat korban plak.....

nnti ada masa mama sambung lg......

Wednesday, September 16, 2009

Salam Aidilfitri

Salam Ramadhan dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Maaf zahir dan Batin kepada semua umat islam sejagat dimuka bumi ini. Sempena di Aidilfitri yg mulia ini mama mengambil kesempatan memohon jutaan kemaafan kepada semua jika mama ada salah dan silap sama ada mama sedari atau tidak disengajakan. Semoga di Aidilfitri ini kita semua dapat menyambutnya dgn tenang.

Berhati2lah memandu semasa pulang berhari raya ke kampung halaman, biar lambat asalkan kita selamat, pandu cermat jiwa selamat. Hargailah nyawa anda dan keluarga tersayang. Insyaallah malam ini mama and family akan bertolak balik kampung untuk menyambut Aidilfitri bersama family.

Di Penghujung Ramadhan 1430H

Kita semua telah berada di penghujung Ramadhan 1430H [di 10 malam terakhir], hari ini adalah hari ke-26 umat islam berpuasa semoga Ramadhan kali ini lebih baik berbanding Ramadhan sebelumnya dan jika diizinkan Allah S.W.T. insyaallah kita akan berjumpa di Ramadhan akan datang. Di 1o hari yg terakhir dlm bulan Ramadhan kita sering diingatkan dgn satu malam, malam Lailatul Qadar iaitu malam yg menyamai 1000 bulan yg pastinya akan muncul. Barangsiapa beribadah pd malam tersebut, maka akan tercatit amalannya seumpama dia membuat amalan selama 1000 bulan, Maha Agung dan Maha Kasihnya Allah yg tiada tuhan selainnya menganugerahkan hadiah sebegini untuk diraih oleh umat Muhammad S.A.W. Semoga kita semua melipatgandakan amalan kita di penghujung Ramadhan ini dan seterusnya pd bulan2 yg lain. Semoga kita sama2 beroleh keberkatan-NYA.

oklaa dl untuk kali nie..................

Tuesday, September 8, 2009

Aidilfitri Bakal Menjelma

Pejam celik pejam celik, kita dah masuk fasa kedua bulan Ramadhan... hari ini dah masuk hari ke-18 umat islam berpuasa. Hari Raya Aidilfitri bakal menjelma tiba tidak lama lagi. Cam mn ngan persiapan raya????kawan2 cam mn???mama cam biasalaa persiapan anak2 mesti menjadi keutamaan kalau raya @ tak kisahla ape2 pun, anak2 mama mesti menjadi keutamaan mama. Alhamdulillah untuk mengembirakan dan menceriakan Aidilfitri pada tahun ini semua keperluan untuk putera puteri mama semuanya sudah beres. Tambahan pula tahun ini merupakan tahun pertama [first time] putera mama menyambut lebaran [mesti bestkan, mesti comel/cute putera mama pakai baju melayu ngan kopiah hihihii...].

Cam mn plak dengan kuih muih/biskut raya???cam xseronok jee kalau raya tak buat biskut raya sendiri.... selalunya tiap2 tahun mama buat kuih muih/biskut raya sendiri jee, bukanlaa pandai sangat pun tp bolehlaa.... biasanya mama buat biskut taklaa byk sangat lebih kurang 3/4 jenis jee. Selalunya biskut tart nenas gulung mesti jd keutamaan mama [favourite-family (adik2) mama pun suka tart], begitu jg dgn rempeyek [favourite papa] dan tak lupa jg ngan kek coklat/kek span [puteri & anak2 buah mama cukup suka ngan kek span nii].

SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI yg bakal menjelma tiba........