Islamic Clock

Showing posts with label isu2semasa. Show all posts
Showing posts with label isu2semasa. Show all posts

Sunday, December 5, 2021

PERBEZAAN MINYAK ZAITON DAN KEGUNAANNYA



Selama ni main pakai jer minyak zaitun.. Rupanya ada perbezaan cara penggunaan ikut jenis minyak zaitun..

👇👇👇
TAK SEMUA MINYAK ZAITUN BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MEMASAK .
Ramai yang masih buat kesilapan dalam penggunaan minyak zaitun / olive oil.

Dibawah saya share sedikit berkenaan jenis2 minyak olive oil:

1️⃣EXTRA VIRGIN OLIVE OIL.
Hasil pertama dari buah zaitun dan memiliki kualiti yg paling bagus dibanding jenis olive oil yg lain. Olive oil jenis nie tak sesuai utk memasak kerana mudah teroksida. Apabila terkena panas, zat-zatnya mudah menjadi lemak berbahaya. Beli kat sini :

2️⃣ORIGINAL VIRGIN OLIVE OIL.
Jenis ini diperolehi daripada proses memerah buah zaitun, sbb tu lg murah dari extra virgin. Jenis ini digunakan utk menumis. Beli kat sini :

3️⃣LIGHT/EXTRA LIGHT OLIVE OIL.
Jenis ini digunakan utk proses memasak dengan suhu tinggi seperti menumis atau memanggang. Walaupon ia melalui proses penyulingan lebih dr sekali, jenis ini lebih sihat dibandingkan minyak goreng biasa. Beli kat sini :

SEKARANG ANDA TAHU
Sumber : KURUS TANPA LAPAR

Wednesday, April 3, 2019

Israk & Mikraj

SELAMAT HARI ISRAK & MIKRAJ

Monday, February 29, 2016

29 Februari 2016 adalah tahun lompat

Hari ini 29 Februari 2016 adalah tahun lompat, yg hanya ada empat tahun skli.

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

29 Februari merupakan hari ke-60 dalam tahun lompat menurut kalendar Gregory. Tinggal 306 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Mengikut takrif, tahun yg mengandungi 29 Februari dikira tahun lompat. Hanya terdapatnya tarikh ini kira2 setiap empat tahun dalam tahun2 yg mempunyai angka yg boleh dibahagikan dengan empat tanpa baki, seperti 1992, 1996, 2004 kecuali tahun-tahun abad.
Tahun abad, iaitu tahun yg berakhir dgn dua angka sifar (1800, 1900, 2000, dll), bukan tahun lompat kecuali ia boleh dibahagikan dengan 400 tanpa baki.

Tahun biasa mengandungi 365 hari dalam setahun sementara tahun lompat pula mengandungi 366 hari dengan ditambah 1 hari pada akhir bulan Februari.

Taqwim hari ini berasaskan kpda pergerakan bumi mengelilingi matahari. Satu pusingan lengkap bumi mengelilingi matahari disebut sbg satu tahun suria.

Kalendar yg digunakan kebanyakan negara pada hari ini adalah calendar Gregorian iaitu mengambil sempena nama Pope Gregory (1502-1585).Beliau adalah orang yang bertanggungjawab membuat pembetulan terhadap kesilapan dalam Taqwim Julian.
Kenapa Wujudnya Tahun Lompat? 

Kewujudan tahun lompat adalah bertujuan memperbetulkan masa. Bumi mengelilingi matahari dalam 365 hari setahun, namun ia bukan betul-betul tepat dengan angka tersebut Tempoh bumi mengelilingi matahari adalah sekitar 365.25 hari. Ini bermakna terdapat perbezaan di antara 1 tahun mengikut Taqwim Gregory dengan 1 tahun suria sebanyak ¼ hari.

29 Februari adalah hari yang ke-60 dalam tahun lompat. Hanya ada 306 hari sebelum memasuki tahun seterusnya. Tahun yang mengandungi 29 Februari dikira tahun lompat. Tarikh ini berlaku hanya 4 tahun sekali dan berlaku dalam tahun-tahun yang mempunyai angka yang boleh dibahagi dengan empat tanpa ada berbaki seperti 1992, 1996, 2004 melainkan tahun-tahun abad.

Kaedah Mengetahui Tahun Lompat 

Tahun abad adalah tahun yang berakhir dua angka sifar seperti 1700, 1800, 1900, 2000 dan lain-lain tidak dikira sebagai tahun lompat kecuali ia boleh dibahagikan dengan 400 tanpa ada baki. Ini bermakna tahun 2000, 2400, 2800, adalah tahun lompat akan tetapi 1800, 1900, 2100, 2200 2300 bukanlah tahun lompat. 

Contoh 1:
Tahun:
2012  ÷ 4 = 503
2016  ÷ 4 = 504
2020  ÷ 4 = 505

Penjelasan: Setelah 2012, 2016 dan 2020 di bahagi dengan 4, hasilnya adalah nombor bulat yang tidak berbaki iaitu tiada sebarang titik perpuluhan (503, 504 dan 505). Jadi tahun 2012, 2016 dan 2020 adalah tahun lompat.

Contoh 2:
Tahun: 
1999 ÷ 4 = 499.75 2001 ÷ 4 = 500.25
2010 ÷ 4 = 502.5

Penjelasan: Setelah 1999, 2001 dan 2010 dibahagi dengan 4, hasilnya adalah nombor pecahan iaitu terdapat baki . Jadi tahun 1999, 2001 dan 2010 adalah bukan tahun lompat.

Manakala bagi tahun abad seperti 1700, 1800, 1900 dan 2000 jika boleh dibahagi 400 ia adalah tahun lompat.

Contoh tahun:
1700 dibahagi 400 mempunyai baki ( 4.25 ), ini bukan tahun lompat.
Tahun 2000 boleh dibahagi 400 dan tiada baki ( 5 ), tahun 2000 adalah tahun lompat.

Friday, February 13, 2015

Kenangan Bersama TGNA

Ribuan rakyat jelata mengambil peluang untuk memberi penghormatan terakhir kpda TGNA... semoga roh beliau ditempatkan di kalangan golongan org2 yg beriman dan beramal soleh.... TGNA meninggal dunia kerana kanser prostat tahap 4....








Tuesday, October 1, 2013

Cacat Fizikal Bukan Penghalang

FELDA BUKIT BADING - “Walaupun sekadar berkenalan melalui facebook, namun saya dapat rasakan suami seorang yg baik hati. Melihat sendiri dia memandu kereta walaupun tiada tangan, suara hati saya kuat mengatakan dia bukan OKU biasa.” Demikian secebis kisah cinta antara Hedza Azwin Hasbullah, 25, yng disatukan dengan seorang OKU dari Felda Bukit Bading, Mat Jamil Ramli, 29, pada 6 September lalu, manakala majlis sambut menantu pula diadakan di sini, kelmarin.
Hedza Azwin yg berasal dari Melaka berkata, dia mula berkenalan dgn suaminya menerusi facebook sekitar 2010 dan pada awalnya hanya menganggap Mat Jamil sebagai kawan biasa serta rakan sekerja memandangkan mereka bernaung di bawah syarikat sama, tetapi berlainan cawangan. Namun katanya, lama-kelamaan perasaan sayang mula bercambah kerana sikap Mohd Jamil yg begitu mengambil berat dan baik hati.

“Suami bekerja sbg pereka grafik di Subang Jaya, manakala saya di Melaka. Mulanya saya sukar mempercayai dia boleh memandu kereta, namun tanggapan itu berubah ketika kami bertemu apabila dia (suami) datang sendirian sambil memandu kereta. "Ketika itu hati saya kuat mengatakan suami bukan calang2 orang. Walaupun OKU, saya yakin dia seorang yg berdikari dan kuat semangat. Biarpun suami tidak sempurna, namun saya tidak rasa kekurangan itu, sebaliknya bersyukur kerana bertemu jodoh dengan insan yg sentiasa berfikiran positif,” katanya, kelmarin.

Sementara itu, Mat Jamil yang merupakan anak ketiga bagi pasangan Ramli Husin, 55 dan Jarah Mohamad, 52, berkata, dia tidak mempunyai kedua2 belah tangan sejak lahir dan bersyukur kerana dikurniakan isteri yg cukup memahami. “Walaupun tidak mempunyai tangan, saya sentiasa berfikiran positif. Sejak kecil saya dididik berdikari, malah saya turut mengambil SPM bersama pelajar normal pada 2003 di SMK Ajil,” katanya.

Tuesday, June 4, 2013

Seniman S. Shamsudin Meninggal Dunia



Pelakon veteren terkenal seniman S. Shamsudin telah kembali ke rahmatullah pagi tadi jam 10.56 pagi tadi di rumahnya. Semoga Allah mencucurkan rahmat terhadap rohnya. Al-Fatihah..

Friday, May 10, 2013

Azizan Selamat Jalani Pembedahan

Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak selamat menjalani pembedahan memotong kedua-dua belah kakinya yang dijangkiti kuman di Hospital Pulau Pinang (HPP) semalam. Setiausaha Akhbar beliau, Mohd. Helmi Khalid berkata, Azizan dibawa masuk ke dewan bedah pada pukul 6.30 petang dan pembedahan memotong kaki kanannya selesai dua jam kemudian. Beliau selamat menjalani pembedahan kaki kanan dan keadaannya dilaporkan stabil tetapi belum sedarkan diri,” katanya ketika dihubungi malam tadi.

Jelasnya, doktor yg mengawasi jangkitan pada kaki kiri Azizan kemudiannya membuat keputusan untuk memotong kaki berkenaan selepas mendapati jangkitannya semakin serius. Katanya, pembedahan memotong kaki kiri selesai pada pukul 11.30 malam tadi. Terdahulu, katanya, keluarga Azizan sukar untuk menerima nasihat doktor agar kedua-dua kaki Azizan dipotong bagi mengelak jangkitan kuman merebak ke seluruh badan.

“Doktor menasihatkan supaya kedua2 belah kaki Azizan dipotong dari bawah paras lutut. Kedua2 isteri dan anak2 beliau akur dgn nasihat tersebut selepas perbincangan dilakukan,” katanya. Azizan, 69, yg juga Pesuruhjaya Pas Kedah dimasukkan ke HPP selepas mendapat jangkitan kuman di kaki dan menerima rawatan di Kedah Medical Centre sejak Isnin lepas.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 Ahad lepas, Azizan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Sungai Limau dgn mengalahkan sepupunya, Fazillah Mohd. Ali yg mewakili Barisan Nasional dengan majoriti 2,774 undi. Sebelum dibedah, beberapa orang kenamaan melawat Azizan termasuk Ahli Parlimen Jerai, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mahadzir Khalid dan bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin.

Wednesday, May 8, 2013

Bekas MB Kedah kritikal

Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dilaporkan berada dalam koma dan kini dirawat di Hospital Pulau Pinang. Azizan ditempatkan di Unit Penjagaan Koronari (CCU) hospital tersebut. Bekas Setiausaha Politik Azizan, Muhammad Sanusi Md Nor mengesahkan Azizan, 70, kini dipantau rapi oleh doktor dan dalam keadaan koma.

“Azizan koma sejak pukul 5.30 pagi tadi. Beliau dipindahkan dari sebuah hospital swasta di sini petang kelmarin selepas mengalami jangkitan virus di bahagian kaki. Jangkitan itu melarat dan setelah diberi antibiotik, Azizan alah dan koma,” katanya. Muhammad Sanusi berkata, beliau sempat membacakan Yasin dan berzikir di sebelah Azizan, dan dilihat memberi respons dengan kejip matanya.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) Azizan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Sungai Limau dengan mengalahkan sepupunya Fazillah Mohd Ali yang mewakili Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 2,774 undi. Bagaimanapun, Pas kehilangan kuasa pentadbiran kerajaan negeri apabila BN memenangi 21 dari 36 kerusi Dun untuk membentuk kerajaan dengan majoriti mudah.

Friday, April 19, 2013

Rumah Mampu Milik Utk Penjawat Awam

Putrajaya: Sebanyak 10,336 unit rumah mampu milik dibina di sini menerusi projek Program Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) sebagai satu usaha terbaru kerajaan membantu penjawat awam memiliki rumah mampu milik yang berkualiti.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, harga yang ditawarkan bagi skim perumahan itu sangat istimewa iaitu antara RM150,000 dan RM300,000 mengikut keluasan lantai minimum tidak kurang 1,000 hingga 1,500 kaki persegi. Menurutnya, penjawat awam yang berkhidmat dan bermastautin di Putrajaya dengan pendapatan isi rumah bulanan tidak melebihi RM8,000 sebulan akan diberi keutamaan untuk memiliki kediaman itu.

“Lebih istimewa mereka hanya perlu perlu membayar minimum RM2,000 (sebagai deposit), lepas itu tak payah bayar sehingga rumah siap maknanya bila rumah siap dan sudah masuk baru mula bayar. “Mana ada kerajaan lain macam ini. Kita bantu, mengisi harapan rakyat dan menepati janji...kita membawa harapan, yang benar-benar boleh membawa transformasi kepada negara, dan Insya Allah kalau rezeki bertambah, hasil negara bertambah, saya tak akan lupa jasa penjawat awam,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran PPA1M di sini, semalam.


Aishah Ghani Meninggal Dunia


Salam takziah dan AL-FATIHAH......AMIN........
Veteran Umno Tan Sri Aishah Ghani, 90, meninggal dunia di Hospital Gleneages Kuala Lumpur di sini pada 12.50 tengah hari Jumaat kerana sakit tua, demikian menurut cucunya Ahmad Arif Astaman.

Bekas Menteri Kebajikan Masyarakat Tenat

KUALA LUMPUR 18 April - Veteran UMNO yang juga Bekas Menteri Kebajikan Masyarakat, Tan Sri Aishah Ghani, 90, hari ini dilaporkan dalam keadaan tenat dan tidak stabil selepas dimasukkan di sebuah hospital swasta sejak Sabtu lalu. Menurut salah seorang ahli keluarganya, Aishah telah beberapa kali keluar masuk hospital kerana mengalami masalah kesihatan akibat sakit tua dan dikatakan stabil sebelum keadaannya menjadi semakin tenat hari ini.

"Sejak dimasukkan semula ke hospital Sabtu lalu, keadaan beliau masih lagi stabil malah mampu untuk bercakap dan mengenali seluruh ahli keluarga serta kenalan yang datang melawat. "Namun, sejak pagi tadi keadaannya menjadi tidak stabil malah keupayaannya untuk bercakap sudah tiada. Bagaimanapun tiada sebarang tanda-tanda sakit luar biasa yang ditunjukkan beliau, hanya sakit biasa yang dialaminya kerana tua," katanya ketika di temui di sini hari ini.

Ahli keluarga Aishah kini hanya mampu berdoa yang terbaik buat beliau dan reda dengan segala kemungkinan yang akan berlaku. Mereka turut mengharapkan agar seluruh rakyat Malaysia khususnya yang mengenali beliau agar turut sama mendoakan kesihatan tokoh politik itu kembali pulih seperti sedia kala.

Aishah merupakan wanita pertama di Malaysia yang dilantik sebagai senator pada 1963 dan merupakan wakil wanita pertama dari Malaysia ke Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Beliau juga pernah dilantik menjadi Menteri Kebajikan Masyarakat dari 1973 hingga 1984.

Azean Irdawaty Kritikal

Seniwati Azean Irdawaty kritikal, barah merebak

Seniwati Azean Irdawaty, 56, kini sedang berada dalam keadaan kritikal apabila doktor pakar mendapati barah tumornya sudah merebak ke kawasan vaskular tubuh beliau. Kawasan vaskular terkandung banyak urat-urat pengaliran darah. Ada kemungkinan, kehilangan darah yang banyak memerlukan darah tambahan. Antara risiko yang mungkin Azean hadapi ialah jantungnya boleh berhenti berdenyut. Seorang doktor dari Hospital Sungai Buloh di mana Azean akan dibedah memaklumkan kepada keluarganya bahawa komplikasi-komplikasi lain memberikan risiko satu hingga lima peratus.

Azean sepatutnya dibedah semalam, Khamis 18 April 2013 tetapi terdapat insiden kemalangan maut mangsa lain yang lebih memerlukan pembedahan dengan segera. Untuk itu, pembedahan Azean telah dijadualkan semula pada Isnin, 22 April 2013. Berdasarkan pengemaskinian laman Facebook anak bongsunya, Inessa Irdayanty, pembedahan tersebut perlu dijalankan dengan teliti kerana tumor tersebut perlu dikeluarkan daripada selaput perlindungan otak ibunya.

Justeru, pembedahan ini nanti akan memakan masa yang panjang. Pihak hospital juga kini tidak membenarkan pelawat bermula Khamis hinggalah beliau dibawa ke Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas pembedahan nanti. Inessa merayu orang ramai yang mengenali ibunya mendoakan agar pembedahan ibunya selamat tanpa komplikasi dan tenaga ibunya itu kembali pulih.

Tuesday, April 2, 2013

Salam Takziah...AL-FATIHAH..amin

Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un انا لله وانا اليه راجعون |

Terkejut jg mendengarnya, Mama baru mendapat berita sedih, Gee atau Fauziah baru saja menghembuskan nafas yg terakhir sebentar tadi. Mohon semua sedekahkan Al Fatihah untuk Gee. Semoga Allah swt merahmati dan menempatkan Gee di kalangan yg terbaik..Fauziah telah di serang asma pada Jun 2011 yg telah menyebabkan beliau mengalami kerosakan pada saraf otak, suaminya Abil Fikri Ahmad menjaganya dengan penuh kasih sayang dan sanggup bekorban apa saja demi isteri tercinta hingga nafas yg terakhir. Semoga Allah menempatkan Fauziah di tempat orang-orang yg beriman. AMin..

Mama mmg xpernah mengenali saudari/a Gee n Abil tapi mama selalu membaca n mengikuti kisah beliau di blog aje...
Bagi yg ingin mengetahui lebih lanjut tentang pengorbanan seorang suami(Abil) terhadap isterinya(Gee) boleh klik http://abil4fauziah.blogspot.com/

Semoga saudara Abil kuat n tabah menghadapinya....mama betul2 tabah n kagum dgn kecekalan n ketabahan saudara Abil dlm menjaga n menguruskan isterinya yg terlantar sakit....kalau suami lain mama tak tau la sanggupkah???.....susah nak cari seorang suami yg sekuat n setabah saudara Abil......AL-FATIHAH....amin...

Thursday, March 14, 2013

Bank Rakyat Agih Dividen 18% u 2012

Bank Rakyat Agih Dividen 18% Bagi Tahun Kewangan 2012. Setelah mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM1.74 bilion pada tahun kewangan 2012, bank kesayangan penjawat awam satu Malaysia ini semalam akhirnya mengumumkan pemberian dividen untuk ahlinya. Menurut laporan BH Online, Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd. (Bank Rakyat) telah mengumumkan pengagihan dividen sebanyak 18 peratus atau RM495 juta bagi tahun kewangan 2012 berbanding 20 peratus pada tahun sebelum.

bonus bank rakyat 2012
Pengagihan itu membabitkan pembayaran dividen tunai sebanyak 16 peratus atau RM440 juta dan dividen bonus dalam bentuk syer sebanyak dua peratus yang berjumlah RM55 juta kepada 947,541 orang ahli.

Parlimen Automatik Bubar 30 April

Parlimen bubar secara automatik pada 30 April dan bukan 28 April seperti diuar-uarkan sebelum ini bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dilangsungkan. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjelaskan, tarikh cukup tempoh satu penggal atau lima tahun PRU, dikira berdasarkan tarikh sidang pertama Dewan Rakyat selepas pilihan raya berlangsung, bukan tarikh pilihan raya umum diadakan dan pengiraan berkenaan sudah disahkan penasihat undang2 suruhanjaya berkenaan.
Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (gambar), berkata Negeri Sembilan akan menjadi negeri pertama yg Dewan Undangan Negeri (DUN) terbubar secara automatik iaitu 27 Mac ini jika Parlimen tidak dibubarkan sebelum itu. Ramai termasuk pemimpin politik tidak sedar perkara ini hingga buat andaian Parlimen sepatutnya terbubar sendiri 9 Mac lalu. Sidang pertama Dewan Rakyat selepas PRU-12 ialah 28 April 2008, tetapi disebabkan 28 April 2013 jatuh pada Ahad, ia dibawa kepada 29 April dan Parlimen bubar secara automatik 30 April, katanya.

PM masih berkuasa

Aziz berkata, sehingga 30 April itu, Perdana Menteri masih berhak bersuara dan segala keputusan kerajaan adalah sah, malah apabila Parlimen dibubarkan, kerajaan sedia ada bertindak selaku kerajaan sementara dan Perdana Menteri boleh membuat keputusan atau menasihati Yang di-Pertuan Agong. Sementara itu, Setiausaha SPR, Datuk Kamaruddin Mohamed Baria menolak dakwaan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim jumlah pengundi di daerah mengundi (DM) Bestari Jaya, Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok melebihi penduduk. Tindakan beliau menyebarkan perkara itu melalui akhbar partinya dilihat tidak ikhlas dan cuba mengelirukan orang ramai, sedangkan SPR memberi ruang kepada mana-mana pihak yang mencurigai daftar pemilih untuk membantah ketika Rang Daftar Pemilih Tambahan suku tahun dipamerkan, katanya dalam satu kenyataan. Kamaruddin, berkata, DM Bestari Jaya Utara lebih luas dan tidak terhad dalam kawasan pekan Bestari Jaya, sebaliknya bermula dari sempadan Ladang St Andrew dan berakhir di sempadan Kampung Sungai Darah dengan dipisahkan jalan utama Batang Berjuntai-Kuala Selangor. DM Bestari Jaya Utara mengandungi 18 lokaliti iaitu taman perumahan, kampung tradisi, kuarters kerajaan dan penempatan utama. Kenyataan Menteri Besar Selangor itu dipercayai hanya merujuk Bestari Jaya Utara yang didakwa mempunyai hanya 1,788 penduduk dan ia adalah tidak benar.

Berdasarkan daftar pemilih sehingga Disember 2012, pemilih di DM Bestari Jaya ialah 3,558 orang, peningkatan 1,317 orang berbanding 2006 disebabkan pertambahan sembilan lokaliti baru iaitu taman perumahan, katanya. Beliau berkata, hasil semakan bagi 2006 ketika Pilihan Raya Kecil DUN Ijok 2007, pemilih di sana 2,241 orang, tetapi perkara itu tidak pernah dibangkitkan atau dibantah ketika Khalid bertanding seterusnya menang kerusi itu.

Tuesday, March 12, 2013

Durian Runtuh

'Durian runtuh' jadikan skim ATM, PDRM lebih menarik
Kerajaan dilihat amat menghargai jasa dan pengorbanan pasukan keselamatan apabila mengambil langkah menyetarakan pangkat Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dgn perkhidmatan awam. Mengalu-alukan pengumuman yg dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini, Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman berpendapat penyetaraan itu bersesuaian dgn beban tugas dan tanggungjawab anggota keselamatan yg berdepan risiko melibatkan nyawa demi mempertahan negara dan kesejahteraan rakyat. "Kita bersimpati dgn apa yg berlaku terhadap anggota PDRM dan tentera (di Lahad Datu). Sudah tiba masa untuk menaikkan gred kerana dulu skim itu dipakejkan seperti kalau Inspektor, ASP, DSP, Superintenden, dipakejkan dalam gred 41," katanya di ibu negara.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pula melihat langkah itu bakal menarik lebih ramai golongan muda menyertai pasukan pertahanan dan keselamatan. "Skim ini akan menjadikan kerjaya ATM, yg dahulunya pilihan kedua, tetapi dgn skema gaji yg baharu, pastinya akan menarik lebih ramai rakyat untuk menyertai ATM," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein berkata pengumuman itu jelas memberi suntikan semangat baharu kepada penjawat awam dan pasukan keselamatan negara, termasuk PDRM dan ATM. Beliau mewakili seluruh agensi dan petugas kementeriannya dalam satu kenyataan menyambut baik pengumuman itu, yg secara tidak langsung membawa seribu makna kepada pasukan keselamatan negara yg sedang berjuang di Sabah demi menjaga kedaulatan negara.

Perdana Menteri hari ini mengumumkan berkuat kuasa 1 Jan 2013, kerajaan bersetuju pangkat dalam ATM dan PDRM disetara dgn Perkhidmatan Awam Am selaras perubahan lapisan gred jawatan atau gaji. Najib berkata ia mencakupi skop fungsi tugas, struktur pangkat serta kelayakan bagi skim perkhidmatan ATM dan PDRM.

Bekas Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Samshuri Arshad pula berkata, langkah itu menunjukkan kerajaan sentiasa menghargai jasa anggota keselamatan. Turut berkongsi sentimen yg sama ialah bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Tan Sri Mohd Zaman Khan yang berkata: "Ini menunjukkan kerajaan prihatin dan tidak meminggirkan pasukan keselamatan negara." Ketua Penerangan dan Perhubungan Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM), Mohd Zainan Yunus berkata kenaikan itu akan memberi impak besar dlm menyemarakkan Semangat anggota keselamatan negara. Koperal Abdul Razak Ngah pula berterima kasih kpda kerajaan dgn pemberian gred gaji baharu itu yg disifatkannya sbg 'durian runtuh'

Di SARAWAK, Pesuruhjaya Polis Sarawak SAC Datuk Law Hong Soon berkata, pengumuman itu amat dinanti2kan seluruh anggota polis, dan beliau percaya anggota polis akan terus memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat. Pegawai Staf Dua Perhubungan Raya Markas 1 Divisyen Kapten Mohd Said Adam Mohamed Said, 32, bersyukur dgn pengumuman Perdana Menteri sambil menyifatkan perkhidmatan keselamatan seperti tentera mempunyai tugas yg berisiko dalam mengawal kedaulatan negara. "Kami perlu bersedia untuk berkhidmat tanpa mengira waktu dan ketika, kami boleh dipanggil bertugas dengan hanya notis pendek dan sentiasa mendahulukan tugas kepada negara... boleh kata negara dahulu, kemudian baru keluarga," katanya yang telah berkhidmat selama tujuh tahun.

Bagi Sarjan Che Othman Awi, 52, dan Koperal Abdul Taib Tajol, 52, yg bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuching, mereka sangat gembira dgn pengumuman itu serta berterima kasih kepada kerajaan dan Perdana Menteri yg prihatin dgn kebajikan anggota polis.

Di SABAH, Penolong Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam) ACP Ramli Mohammed Yusoff berkata, kerajaan hari ini membuktikan apa yg dijanjikan dalam Belanjawan 2013. "Ini memberi manfaat begitu tinggi spti yg diharapkan penjawat awam terutama polis yg mana kesetaraan ini dapat mengimbangi jurang perbezaan yg wujud dalam perkhidmatan awam," katanya. Jurugambar Unit Komunikasi Koporat Kementerian Pertahanan Prebet Zaidi Zulkefli pula berpendapat pengumuman itu mampu menaikkan lagi imej pasukan keselamatan.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata, langkah itu pasti memberi motivasi, sekali gus meningkatkan komitmen penjawat awam. Dua anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) 15 dari Sandakan Koperal Yusof dan Lans Koperal Helmi berkongsi pendapat yg sama kerana peranan anggota polis kini dipandang tinggi atas sumbangan besar menjaga keselamatan dan ketenteraman awam.

"Itu bukti sumbangan dan jasa kami terhadap negara dipandang tinggi... kami 24 jam bekerja menjaga keselamatan dalam negara. "Tanggungjawab kami berat terutama ketika krisis pencerobohan pengganas militan Sulu di Sabah," kata mereka ketika ditemui mengawal situasi di Hospital Duchess of Kent di Sabah.

Bersyukurlah...


Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman mengakui menerima maklum balas kurang menyenangkan drpd kakitangan awam berikutan insentif saraan baru yg diumumkan oleh kerajaan semalam tetapi mahu pihak terbabit bersabar menanti pengumuman susulan akhir tahun ini. Sehubungan itu kata beliau, Cuepacs akan turun padang untuk memberi penjelasan kepada kakitangan awam mengenai kesan dan implikasi dan langkah susulan yg dikaji oleh kerajaan. Beliau berkata, ramai yg keliru dgn pengumuman yg dibuat kerana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hanya menyentuh kepada dasarnya sahaja.

Cuepacs sebelum ini antara lain menuntut kajian semula bayaran elaun sara diri (cola) dan imbuhan tetap perumahan. Omar berkata, walaupun elaun cola dan perumahan tidak diumumkan kerajaan, namun kenaikan gaji tahunan (KGT) lebih baik untuk kakitangan awam. Saya akan turun padang memberi penjelasan kepada kakitangan awam. Ramai yg beritahu dan bagi maklum balas mengenai pengumuman Najib itu, tapi apabila saya beri penjelasan, mereka faham. "KGT itu lebih penting, akan dinaikkan dari semasa ke semasa, tuntutan dua perkara itu akan diumumkan hujung tahun ini," katanya kepada Sinar Harian Online hari ini.

Mengulas lanjut, Omar juga berkata, kerajaan memberi keutamaan kepada pasukan keselamatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam kenaikan pangkat adalah tepat pada masanya. Katanya, kerajaan telah menyuntik semangat pasukan keselamatan dan tuntutan ya dibuat oleh kakitangan awam juga akan terus diperjuangkan. Ini masa terbaik untuk kerajaan umumkan perkara baik buat pejuang kita, boleh naikkan semangat mereka di sana (Lahad Datu). Namun tuntutan kita sebelum ini juga akan terus kita perjuangkan," katanya lagi.

Tambah beliau, kakitangan kerajaan perlu bersyukur dan menanti pengumuman yg bakal dibuat oleh kerajaan tidak lama lagi kepada 1.4 juta kakitangan awam. Bukan mudah kerajaan nak laksanakan kepada hampir 1.4 juta kakitangan awam, kita perlu bersyukur dan menanti dengan sabar," katanya

Amanat 11 MAC 2013

Isi Kandungan Amanat Perdana Menteri Kepada Penjawat Awam 11 Mac 2013 | Sudah tentu ramai yang tertunggu-tunggu pengumuman atau amanat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang berlangsung sebentar tadi. Dibawah ammboi kongsikan beberapa kandungan yang sempat ammboi ingat dan petik daripada beberapa sumber.

Untuk Warga ATM dan Polis (PDRM):
* Berkuat kuasa 1 Januari 2013, kerajaan setuju pangkat anggota di Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) disetarakan dengan gred perkhidmatan awam lain. Perdana Menteri berkata, ia mencakupi skop tugas, struktur pangkat dan kelayakan ATM dan PDRM.
* Gred jawatan dan gaji mejar dlm ATM dan timbalan superintendan PDRM dlm Gred 41, disetarakan dgn gred 46A dlm perkhidmatan awam.
* Gred jawatan dan gaji sarjan dalam ATM dan PDRM yg kini dlm Gred 17, disetarakan dgn Gred 22 perkhidmatan awam. Datuk Seri Najib berkata, melalui penyelelarasan gred itu, gred jawatan dan gaji koperal dlm ATM dan PDRM disetarakan dgn Gred 22 perkhidmatan awam.
* Jawatan Kapten ATM dan Superintendan PDRM dalam Gred 41 kini disetarakan dgn Gred 44 perkhidmatan awam.
* Gred jawatan dan gaji kolonel ATM dan Asisten Komisioner (ACP) polis yg kini dlm Gred 48, disetarakan dgn Gred 52 perkhidmatan awam.
* Gred jawatan dan gaji Kapten ATM dan Penolong Penguasa Polis yg dahulunya dlm kelompok gred jawatan 41 disetarakan dgn gred jawatan 44.
*Gred jawatan dan gaji Mejar ATM dan Timbalan Penguasa Polis yg dahulunya dlm kelompok gred jawatan 41, diletakkan dgn gred jawatan baru iaitu 46A.

Untuk Kakitangan Awam Berstatus Kontrak:
* Kakitangan awam yg kontraknya tamat pada 31 Disember 2013 akan disambung selama setahun lagi.
* Kira2 50,000 kakitangan kontrak yg akan tamat perkhidmatan pada 31 Disember tahun ini akan disambung setahun lagi sementara kajian menyeluruh dilaksanakan.

Untuk Semua Penjawat Awam:
* Kerajaan setuju beri kaedah pemindahan gaji sebanyak satu kenaikan gaji tahunan yg diawalkan pada 1 Julai 2013 kpada semua penjawat awam.
* Semua struktur gaji maksimum diperuntukkan tambahan kenaikan gaji tahunan sebanyak 3 kenaikan berkuatkuasa 1 Jan 2013. Kenaikan itu membabitkan 182,434 penjawat awam yg berada pada paras gaji maksimum pada 2013 dan tidak dapat menikmati KGT.

Friday, March 8, 2013

CUEPACS Harap Berita Gembira

Kongres Kesatuan Pekerja2 Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berharap ada berita gembira yg akan diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk kakitangan awam pada Sesi Amanat Perdana Menteri kepada kakitangan kerajaan di Putrajaya pada 11 Mac ini. Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, pengumuman Perdana Menteri itu diharap akan menceriakan hampir 1.4 juta kakitangan awam termasuk 15,000 kakitangan awam yg dijadual menghadiri pertemuan tersebut. Apa sahaja keputusan Perdana Menteri biarlah menjadi penyuntik semangat dan melegakan kakitangan awam.

Saya percaya mereka juga telah lama menanti khabar selepas pembatalan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) September lalu," katanya kepada Utusan Malaysia pada Persidangan Kebangsaan Anggota Badan Berkanun di sini hari ini. Omar mengulas harapan CUEPACS terhadap pengumuman yg dinanti-nantikan oleh kakitangan awam melibatkan tuntutan yg dikemukakan oleh kesatuan itu sepanjang tahun lalu. Antaranya membabitkan kadar kenaikan elaun tetap dan elaun perumahan, semakan kenaikan gaji maksimum, kenaikan gred dan penambahbaikan sistem perkhidmatan sekarang berikutan pembatalan SBPA. Adalah penting tuntutan2 itu dipenuhi kerana perkara tersebut merupakan antara pemangkin dalam memastikan kakitangan awam menjalankan tugas secara lebih gigih dan berintegriti," katanya.

Friday, March 1, 2013

PKNS Siasat Jambatan Runtuh

Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menubuhkan jawatankuasa siasatan teknikal bagi mengenal pasti punca kejadian jambatan runtuh di persimpangan bertingkat berdekatan Taman Sains Selangor 2, tengah hari semalam. Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, struktur jambatan yg dibina melintasi Lebuhraya Plus Putrajaya menghubungkan laluan ke Johor Bahru, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Ipoh, Shah Alam dan Subang Jaya itu patah di bahagian tengah.

Bagaimanapun kejadian itu tidak menganggu perjalanan lalu lintas dan tiada kematian atau kecederaan dilaporkan. Pengurus Besar PKNS Othman Omar berkata, pihaknya akan membuat kerja pembersihan yg dijangka mengambil masa tiga minggu dan seterusnya melaksanakan kerja membaik pulih selama lapan bulan. Menurutnya, PKNS mengambil tindakan proaktif terhadap insiden berkenaan dengan kadar segera serta tidak mahu menuding jari menyalahkan mana2 pihak.

Jambatan ini mula dibina pada Oktober 2007 dan beroperasi pada November 2009. Bagaimanapun, ia mengalami masalah dan terpaksa ditutup awal Disember tahun lalu bagi memberi peluang kepada perunding bebas menyiasat. Antara masalah yg dikenal pasti ialah empat tiang pada jambatan berkenaan condong sedikit, malah ada beberapa tempat berdekatan mengalami masalah struktur tanah kerana kawasan itu sebelum ini adalah paya, katanya pada sidang media, semalam. Sementara itu, Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, sebelum ini beliau pernah melawat jambatan berkenaan selepas dimaklumkan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) yg menyatakan ada pergerakan pada satu drpd tiang jambatan itu. Ketika lawatan itu, saya diberi taklimat mengenai keadaan jambatan dan saya membuat keputusan menutup laluan di bawahnya atas faktor keselamatan. Bagi saya, keselamatan pengguna tidak boleh dikompromi dan wajib diberi keutamaan. Sehubungan itu, jambatan dan laluan di bawahnya ditutup kepada lalu lintas sejak 7 Disember lalu, katanya dalam kenyataan. Beliau berkata, satu lencongan dibuat membabitkan persimpangan bertingkat Taman Sains Selangor 2 (antara Plaza Tol Putrajaya dan Putrajaya/Cyberjaya) di laluan Lingkaran Putrajaya bagi memudahkan kerja pemeriksaan dilakukan pihak bertanggungjawab. Saya juga menandatangani satu warta bagi membolehkan jalan ini ditutup sehingga 31 Disember depan tertakluk pada tarikh siap sebenar kerja membaiki jambatan itu,” katanya.