Islamic Clock

Showing posts with label Yg Hidup Pasti mati. Show all posts
Showing posts with label Yg Hidup Pasti mati. Show all posts

Tuesday, October 16, 2018

Mama Papa Dan Anak2

Inilah mama...gambar kenang2an bersama anak2 mama....
 
Papa, Mama & Kakak Iqa














Tuesday, August 2, 2016

Salam Syawal 1437H

6/6/16 kita semua sambut puasa ramadhan 1437H
6/7/16 kita semua sambut raya Aidilfitri.........

sedar xsedar bulan syawal pun dah nak berakhir...........
moga dipanjangkan umur kita berjumpa lagi pada syawal akan datang........

Wednesday, March 9, 2016

Bina Jati Diri

Kosongkan fikiran, hilangkan beban hidup sejenak, pejamkan mata, bersyukur atas nikmat dan rahmatMu hari ini. Semoga hari esok akan lebih indah dan lebih baik lagi... aku bersyukur dia atas segala pemberianMU... 

Hidup ini tak selalunya indah, hari ini kita dipuji, di sanjung tapi esok hari belum tentu lagi. Carilah keberkatan dalam segala perkara@hal yang kita lakukan, Allah swt lebih mengetahui akan segala2nya....

Seluruh tubuh tak akan ada gunanya,jika hati tak tersambung pada Tuhan yang maha Esa.Mulailah banyak menyebut asma-Nya. Rasakan pancaran energi positif nya. Nikmati hidup dgn penuh ketenangan, niscaya segala kesulitan sedikit demi sedikit akan terbuka.....segalanya akan terjawab akhirnya..kebenaran pasti akan terbukti........

Friday, December 18, 2015

Kehidupan dan Kedamaian Hidup

Kehidupan adalah sesuatu yg indah dan bermakna dalam kehidupan seharian, namun hidup ini tak semestinya akan indah selama2nya.... kitalah yang perlu mencorak dan melakarkan sejauhmana keindahan serta kedamainya.....

Wahai insan...janganlah bermegah di bumi Allah swt, hidup kita hanyalah sementara, hidup ini adalah pinjaman sementara sahaja. Bersyukurlah pada anugerah dan nikmat yg Allah swt kurniakan kepada kita semua. Di bumi yg indah ini hidup kita hanyalah sementara sahaja sementara menunggu kehidupan yg kekal abadi.....

Maafkanlah  akan segala salah dan silapku.....hidup ini hanyalah sementara sahaja dan kita tak tahu bila dan di mana noktah terakhirnya......

Thursday, June 4, 2015

Indahnya Kelahiranmu

Indahnya kelahiranmu......
hadirmu bagaikan sinaran dalam hidupku
dikau adalah A M A N A H yang besar buat diriku....
moga aku akan terus membesar dan mendidikmu tanpa erti jemu..

Wednesday, June 3, 2015

Setiap Luka Pasti Ada Penawarnya

 walaupun perit ku terpaksa tempuhi segalanya...
padaMu  ku berdoa moga diberi kekuatan untuk menempuhinya....
 mungkin ini hakikat yang terpaksa kuterima......
walau perit dan pedih kuterpaksa tempuhinya.........
 walaupun perit kan ku tempuhi jua......
 walaupun menderita ku terpaksa tempuhinya...........
 mungkin ini pengakhirannya...
walaupun jiwaku hilang....namun jasadku akan terus bertahan....
demi insan2 yang kusayangi.....bertabahlah......
janji Allah swt itu pasti....
siapalah A K U di sisinya.......

Tuesday, June 2, 2015

Nisfu Syaaban


Alhamdulillah, sekali lagi kita telah diberi peluang dari-NYA untuk sampai ke Bulan Sya’ban pada tahun ini. InsyaAllah dalam beberapa jam lagi, kita bakal berjumpa dengan Malam Nisfu Sya’ban. Mari kita ikuti pesanan Al-Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid berkenaan Malam Nisfu Sya’ban:
Daripada Abu Hurairah r.a : Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم telah bersabda,
Yang bermaksud :
Jibril a.s pernah datang kepadaku pada malam Nisfu Sya’ban seraya berkata : Wahai Muhammad, inilah malam yang dibuka padanya pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat. Maka bangunlah kamu, bersolatlah dan angkatlah kepala dan kedua tanganmu ke langit. Maka aku bertanya: Wahai Jibril malam apakah ini? Maka jawabnya : Inilah malam yang dibuka padanya 300 pintu rahmat, ALLAH SWT mengurniakan keampunan bagi mereka yang tidak menyekutukan sesuatu dengan-NYA dan rahmat ini tidak diberikan kepada tukang sihir, tukang tenung nasib, orang yang bermarah-marahan, orang yang kekal meminum arak, orang yang berzina, orang yang makan riba, orang yang derhaka kepada ibu bapanya, tukang mengadu domba dan orang yang memutuskan silaturrahim. Maka sesungguhnya mereka itu tidak diampunkan sehingga mereka bertaubat dan meninggalkan perbuatan tersebut.

Lalu Nabi صلى الله عليه وآله وسلم pun keluar dan bersolat sambil menangis dalam sujudnya dan diucapkannya : “Sesungguhnya aku berlindung kepada ENGKAU daripada seksaan dan kemurkaan-MU. Dan tidaklah aku dapat menghitung segala pujian kepada-MU, sebagaimana ENGKAU memuji diri-MU sendiri maka bagi-MU segala pujian sehingga ENGKAU redha”.
Imam Syafie rahimahullah berkata: Lima malam yang dimustajabkan doa ialah malam Jumaat, malam 2 hari raya, malam awal Rejab dan malam NISFU SYA’BAN.
Amalan malam Nisfu Sya’ban :
Membaca surah Al-Fatihah & Yasin sebanyak 3 kali dengan dihadirkan niat berikut :
1] Niat pertama memohon untuk dipanjangkan umur dalam ketaatan.
2] Niat kedua memohon diberi rezeki yang banyak dan barokah.
3] Niat terakhir memohon ditetapkan iman.

‪#‎islamituindah‬ ‪

Bertabahlah Wahai Hati

 Inikah kehidupan......
 beratnya dugaanku.......
T A P I kenapa aku........
 S A L A H aku kah semua ini.........
mungkin aku bukan yang terbaik buatMu...
Perlukah aku mengundurkan diriku..........
mungkinkah ini jalan terbaik buat semua insan......

Inikah Cinta.......



Bertabahlah..................

Ya Allah kau berkatilah kehidupanku....
mampukah aku nak rentasi semua dugaan, cubaan dan halangan dalam meneruskan sisa-sisa kehidupanku... 
Kau kuatkan dan tabahkanlah diriku..........


Pilihan Hidup


Bunga Kehidupan


Salam Nisfu Syaaban


Friday, February 13, 2015

Kenangan Bersama TGNA

Ribuan rakyat jelata mengambil peluang untuk memberi penghormatan terakhir kpda TGNA... semoga roh beliau ditempatkan di kalangan golongan org2 yg beriman dan beramal soleh.... TGNA meninggal dunia kerana kanser prostat tahap 4....








Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat meninggal Dunia

Perginya seorang ulamak.....kehilangan yg tiada galang gantinya....takziah dan Alfatihah buat allahyarham tuan guru....

Tanggal 12 februari 2015, bersamaan khamis malam jumaat lebih kurang jam 9.45pm TGNA telah pergi meninggalkan kita semua...sebuah pemergian yg kekal abadi selamaNya....Alfatihah
..amin......


Datuk Hasbullah Awang Meninggal Dunia

Pengulas sukan tersohor tanah air, Datuk Hasbullah Awang meninggal dunia selepas menerima rawatan di Institut Jantung Negara semalam bersamaan 12 februari 2015 lebih kurang jam 12.23 tengahari.

Allahyarham meninggal dunia pada usia 63 tahun. Takziah dan Alfatihah buat arwah dan keluarga moga tabah menghadapinya....Amin....

Wednesday, February 13, 2013

Jiranku Meninggal..Al-Fatihah

Mama baru mendapat khabar jiran kat kampung Abg Sidik suami kpda Kak Nah (abah Ime=kawan baik arwah adikku)meninggal dunia lebih kurang kol 10.00 malam tadi di Spital Machang. Katanya arwah di masukkan ke spital lebik kurang seminggu yg lalu, puncanya beliau jatuh di rumah n disahkan kene strok n mati separuh badan dan terus tak sedarkan diri n disahkan meninggal dunia malam tadi. Beliau juga dikatakan mengidap penyakit darah tinggi. Jenazah beliau telah selamat dikebumikan lebih kurang jam 11.00 pagi tadi....AL-FATIHAH....AMIN....

Salam takziah buat keluarga arwah moga tabah menghadapinya...........