Islamic Clock

Showing posts with label kehidupan. Show all posts
Showing posts with label kehidupan. Show all posts

Sunday, September 4, 2022

Pergi-Mu Buat Selama-lamanya.......

 Tanggal 31 Ogos 2022 kami sekeluarga dikejutkan dengan berita abg Joe kritikal di Institut Jantung Negara (IJN).. Makanya kami sekeluarga bergegas ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk menziarah dan bertanya khabar selanjutnya.... Semoga dipermudahkan segala urusan kak sekeluarga....

Namun Allah swt lebih menyayanginya..... pada pagi 1 September 2022 kami sekeluarga dikejutkan dengan berita duka.... abg joe telah kembali ke negeri abadi buat selama2nya.....

Selamat jalan ke negeri abadi.........    

kami akan menyusulmu nanti..........

Sesungguhnya kita semua adalah milik Allah dan kepada-NYA jua lah kita akan kembali serta ditempatkan bersama hamba2-NYA yang soleh dan dikasihi Allah. Semoga disatukan semula dengan keluarga tercinta kelak. Amiin Amiin ya Rabbal ‘Aalamiin.

Untuk my sister, Allah menguji hamba2-NYA mengikut kemampuan setiap hamba-NYA itu. Dan sesungguhnya setiap ujian itu tidaklah diberikan melainkan untuk mengangkat darjat hamba-NYA. Ujian hebat begini adalah untuk hamba2-NYA yang terpilih dan sangat DIA sayangi dan kasihi. Allah telah berjanji bahawa sesungguhnya dengan setiap kesusahan itu adalah berserta dengan kemudahan pada kemudiannya. Sesungguhnya Allah TIDAK PERNAH memungkiri janji dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.

ALFATIHAH.......semoga roh Allahyarham mendapat rahmat, ketenangan dan bersama dalam golongan hambaNya yang soleh di syurga sana...amennn... 



Sunday, December 5, 2021

KELEBIHAN SOLAT SUNAT

Tidur sebentar dan kemudian bangun malam seawal 2 pagi - 5 pagi (sebelum masuknya waktu subuh). Pilihlah mana-mana yang dihajati…

1 - Solat sunat wuduk.
2 - Solat sunat tahajud.
3 - Solat sunat taubat.
4 - Solat sunat tasbih.
5 - Solat sunat hajat.
6 - Solat sunat istikharah.
7 - Solat sunat witir.
Selepas Azan Subuh
1 - Solat sunat subuh.
2 - Solat fardu subuh (bacaan
terbaik
ialah Surah Waqiah).
7.15 pagi - 8.15 pagi
1 - Solat sunat isyrak.
8.15 pagi - 11.00 pagi
1 - Solat sunat duha.
Apabila Gelincir Matahari
1 - Solat sunat zohor.
2 - Solat fardu zohor.
3 - Solat sunat selepas zohor.
Selepas Azan Asar
1 - Solat sunat asar.
2 - Solat fardu asar.
Selepas Azan Maghrib
1 - Solat sunat Maghrib.
2 - Solat fardu maghrib.
3 - Solat sunat selepas maghrib.
4 - Solat sunat awwabin.
5 - Solat sunat taubat.
Selepas Azan Isyak
1 - Solat sunat isyak.
2 - Solat fardu isyak.
3 - Solat sunat selepas isyak.
4 - Sola sunat witir.
Hari Jumaat
1 - Solat sunat Tahiyatul Masjid (apabila tiba di masjid).
2 - Solat sunat wuduk
3 - Solat sunat taubat.
Semoga dapatlah kita amalkan insha Allah
Semoga bermanfaat.Aamiin
Wallahualam
Kredit Kisah Para Rasul Allah

Monday, June 6, 2016

salam Ramadhan 1437H

Salam Ramadhan kepada semua muslimin n muslimat, syukur alhamdulillah kita masih berkesempatan bertemu Ramadhan lagi pada tahun ini.....

Wednesday, March 9, 2016

Bina Jati Diri

Kosongkan fikiran, hilangkan beban hidup sejenak, pejamkan mata, bersyukur atas nikmat dan rahmatMu hari ini. Semoga hari esok akan lebih indah dan lebih baik lagi... aku bersyukur dia atas segala pemberianMU... 

Hidup ini tak selalunya indah, hari ini kita dipuji, di sanjung tapi esok hari belum tentu lagi. Carilah keberkatan dalam segala perkara@hal yang kita lakukan, Allah swt lebih mengetahui akan segala2nya....

Seluruh tubuh tak akan ada gunanya,jika hati tak tersambung pada Tuhan yang maha Esa.Mulailah banyak menyebut asma-Nya. Rasakan pancaran energi positif nya. Nikmati hidup dgn penuh ketenangan, niscaya segala kesulitan sedikit demi sedikit akan terbuka.....segalanya akan terjawab akhirnya..kebenaran pasti akan terbukti........

Friday, December 18, 2015