Islamic Clock

Showing posts with label papa. Show all posts
Showing posts with label papa. Show all posts

Monday, April 1, 2019

Berakhir Sudah Cuti Sekolah Anak2

LamanyĆ  tak menulis blog...banyak info dan cerita2 anak2 xsempat nak dicoretkan di sini..
Insyaallah mama akan cuba untuk update untuk kenang2an kita bersama....

Jom layan gambar2 anak2 sepanjang cuti sekolah 23-31 Mac 2019....

Monday, February 29, 2016

Alhamdulillah Syukur...Anugerah dari Mu

Alhamdulillah syukur.......anugerah anniversary paling bermakna tahun 2016... setelah hampir lima tahun lebih alhamdulillah sekali lagi Allah swt anugerahkan kami sekeluarga zuriat buat penyeri dan pengikat kasih sayang kami sekeluarga....alhamdulillah syukur....

Demam teruk yg tiba2 rupanya membawa berita gembira buat kami sekeluarga..... hampir dua minggu mama demam..... mula2 kak iqa demam hampir 10 hari, setiap hari berulang-alik klinik untuk ujian darah. selepas kak iqa baik dari demam mama plak yg demam dlm 3-4 hari kemudian mama pun beransur pulih. Selepas mama baik dari demam, Adik dan abg ngah plak demam, pastu mama demam lagi sekali dan last sekali papa plak yg demam. setiap hari plak berulang-alik ke klinik untuk ujian darah sebab demam yg tinggi yg hampir mencecah 40 darjah.... papa terpaksa di dripkan air untuk turunkan suhu panas dan diikuti mama terpaksa di dripkan 2 botol air kerana terlalu lemah dan letih. selepas drip air barulah ok sikit walaupun tak sihat sepenuhnya... 

Alhamdulillah selepas itu anak2 dan papa beransur pulih seperti sediakala. Sekarang hanya tinggal mama sahaja yg belum pulih sepenuhnya, mama bukan lagi demam tapi alahan bagi ibu mengandung. Agak teruk jugak alahan mama kali ini tapi mama terpaksa kuatkan diri untuk teruskan semua ini.... cuma doktor sarankan mama kene lebih banyak berehat sehingga kandungan mencecah usia 14 minggu. Mama kene banyak bersabar menempuh semua dugaan alahan ini, Ini adalah untuk keselamatan mama dan juga baby. Ya Allah kau berilah mama kekuatan dan semangat untuk tempuhi semua dugaan dan halangan ini dengan sebaik2nya, semoga mama selamat melahirkan baby nnti.....amin.......Insyaaallah.........

Wednesday, February 17, 2016

happy anniversary ke 11

Happy anniversary yg ke 11....semoga kekal bahagia hingga ke jannah...amin...Mama doakan moga rumahtangga dan ikatan kasih sayang antara kita akan terus kekal hingga ke syurga.....mama love papa so much...moga Anak2 permata hati mama n papa akan jadi pengikat kasih antara kita...kehadiran anak2 bagaikan permata yg tiada galang gantinya...moga anak2 mama akan jadi anak2 yg soleh n solehah penyejuk dan pendamai hati kita semua...amin......


Friday, December 18, 2015

Tuesday, April 2, 2013

Tok Chik Meninggal

Pada awal pagi jumaat (29 Mac 2013) mama sekeluagra dikejutkan dengan berita kematian Tok Chik. Lebih kurang jam 2.30 pagi kami sekeluarga dikhabarkan Tok Chik meninggal dunia akibat terjatuh dari flet umahnya dari tingkap 8 terus ke bawah. Alhamdulillah kami sempat melawat jenazah beliau di Hospital HUKM sebeluam jenazah beliau dibawa pulang ke kamgpung halamannya di Perak untuk dikebumikan...

Salam takziah..........

Monday, October 1, 2012

Besday Papa

1 Oktober.....
Hepy Besday papa, mama doakan semoga papa dipanjangkan umur n dimurahkan rezeki...... semoga menjadi SUAMI n PAPA yg lbih bertanggungjawab kpda ayang n jg anak2 kita....... LOVE U PAPA...... moga keluarga kita akan kekal bahagia hingga ke hujung nyawa......

Monday, June 18, 2012

Happy Father's Day

SELAMAT HARI BAPA buat ayah dan jg buat suamiku yg tersayang (bapa kpda anak2ku)..... moga menjadi contoh tauladan yg baik buat anak2....Syafiqah, Syahmi n Syafarisya..... Sesungguhnya anak2 adalah ANUGERAH n AMANAH yg Allah swt kurniakan kpda kita yg tak ternilai.......

Terima kasih yg tak terhingga kpda Ayah krna berjaya membesarkan dan mendidik kami adik2 dgn hasil titik peluh Ayah tanpa mengenal erti PENAT LELAH.....Kami semua doakan semoga Ayah dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan yg baik...AMIN...INSYAALLAH...

Thursday, February 9, 2012

Anniversary Day Ke-7


Hari ini 9 Februari adalah Anniversary Day mama n papa yg ke-7. Doa2kanlah semoga bahtera rumahtangga yg telah mama n papa bina akan terus berkekalan hendak-NYA hingga ke akhir hayat mama n papa. Moga kasih dan sayang mama n papa akan terus mekar selama2nya, Insyaallah......AMIN.....

Selamat ulangtahun perkahwinan kita yg ke-7 papa,

Friday, June 24, 2011

Perjumpaan Ibubapa

Hari Sabtu, 25hb. Jun 2011, pihak Prasekolah mengadakan Majlis Perjumpaan bersama Ibubapa bagi melihat perkembangan persekolahan anak2 dan menandatangani Buku Rekod Laporan Pelajar bg pertengahan tahun 2011.

Hari Ahad pula, 26hb. Jun 2011, Jawatankuasa Penduduk akan mengadakan Majlis Gotong-royong sekitar taman perumahan dan semua penduduk dikehendaki hadir untuk sama2 menjayakan aktiviti gotong-royong tersebut.

Saturday, May 14, 2011

Wah Bestnya.....


Akhirnya...dapat juga mama n papa beli buah durian...hhmmmhmm bestnya...cam orang mengidam nak makan buah duriannya hehe2...cari2 dapatla sekilo RM 8.00 tapi puas hati la isinya kuning betul puas la mama, papa n anak2 nyantapnya....

Monday, April 18, 2011

Jalan2 Santai Di Hari Minggu

Cam biasala petang2 ari minggu mama n papa mesti bawa anak2 jalan2 walaupun sekejap... walaupun penat mama n papa tetap akan luangkan masa bawa anak2 berjalan2 santai......

Cian papa, penat balik keje xilang lagi...dah kuar bawa anak2 jalan2 plak.....

Ape la yg Kak Iqa n Abg Syahmi buat tu.....tengok arnablaa mama papa....

Nie la antara pic yg sempat dirakamkan....

Thursday, April 14, 2011

Bersantai Di Playground

Saja mama n papa bawa putera puteri bersantai di playground. Jom layan gambo anak2 sepanjang di playground....

Apelaa mama nie Adik Iesya kan lum pandai jalan lg....

Kak Iqa tengah khusyuk naik buai.......

Abg Syahmi pun naik buai jgak....

Adik Iesya pun nak naik buai jgak la mama...jom layannn.....

Pic Mama, Abg Syahmi n Adik Iesya di playground......

Tengok anak2 mama semua berebut nak duduk kat mama.........

Pic Adik Iesya n Papa di playground.......

Pic Papa, Abg Syahmi n Adik Iesya di playground

Pic Papa, Kak Iqa n Adik Iesya di playground.....

Pic Mama n Adik Iesya.....
Macam2 gelagat anak2 mama tp ini jee yg sempat mama uploadkan, nnti next time mama upload lg....

Thursday, March 24, 2011

Tips Mendidik Anak2

TIPS mendidik anak2 mengikut ajaran ISLAM!!

1) Jangan pukul anak dari lutut ke atas
Jgn gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dgn tangan n jgn sesekali menampar anak pakai tangan kita nanti anak jd bertambah degil n nakal n tak boleh control) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintificnya ada kaitan dgn refleksologi n merangsang ke bahagian otak
Sabda Rasulullah s.a.w. "Berguraulah dgn anak kamu kala usianya satu hgga tujuh tahun. Berseronok dgn mrka, bergurau hgga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar @ usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hgga 14 tahun kita didik n ajar, kalau salah pukullah dia (sbg pengajaran)" dimana yg nak dipukul tu? Tapak kakinya ... bukan muka, punggung, telinga n ditempat2 yg sensitif...itu salah. Jika dia bijak an menang dlm sebarang pertandingan sekolah , ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium @ peluk mrka sbg tanda penghargaan. Kala umur mrka 14 hgga 21 tahun jadikan kawan. Ttpi selalunya usia beginilah ibubapa mula merenggangkan hubungan n ini menyebabkan anak derhaka". Yg penting anak2 harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan n peluk penuh kasih n sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka.

Jom kita kongsi sama2 tips ini :-
1. Mulakanlah hidup anak anda dgn nama panggilan yg baik. Nama panggilan yg krg baik akan menyebabkan anak anda malu n merasa rendah diri. (Dlm Islam sendiri nama panggilan yg baik adalah digalakkan).

2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yg dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat drpd anak yg jarang dipeluk)

3. Pandanglah anak anda dgn pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dgn persekitaran)

4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang2nya senyuman utk setiap kebaikan yg dilakukannya) .

5. Jgnlah mengharapkan anak anda yg belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik scra berterusan, mrka hanya kanak2 yg sedang berkembang. Perkembangan mrka buatkan mrka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

6. Apabila anda berhadapan dgn masalah kerja n keluarga, pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak2 terus membesar. Masa itu terus berlalu n tak akan kembali).

7. Di dlm membesarkan n mendidik anak2, jgnlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak2 merasakan diri mereka beban.

8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lg pd masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

10. Tunjukkan kpda anak anda bagaimana cara utk menenangkan diri.Mrka akan menirunya.

Peringkat Pendidikan Anak2

Anak2 adalah amanah Allah kpda ibubapanya. Kalau diibaratkan mutiara yg diserahkan kpda seseorang utk menjaganya,maka mestilah orang yg berkenaan itu menjaganya agar tetap terpelihara keasliannya sbgmn ketika ia diserahkan.

Anak2 yg Allah amanahkan itu mestilah dijaga sptimana yg dikehendaki oleh Allah. Peribahasa melayu ada menyebut ‘melentur buluh biarlah dr rebungnya'. Sungguh pun begitu, ini tak bermakna mendidik anak2 di waktu kecil boleh dianggap mudah sehgga dibuat dgn sesuka hati kita. Sbnrnya perumpamaan melayu di atas kalau difahami sungguh2 ternyata membawa maksud susahnya tugas mendidik anak2, sesusah membentuk rebung. Apa tidaknya, rebung itu lembut, kalau dilentur semahu kita scra kasar pastinya akan patah, akhirnya buluh tak menjadi, kalau menjadi pun buluh yg cacat. Begitulah dlm mendidik anak2. Tidak boleh ambil sambil lewa saja. Ia mesti dirancang n disusun dgn rapi agar apa yg kita harapkan itu terhasil dgn sempurna.

Untuk itu anak2 hendaklah dilatih n ditanamkan dgn rasa bertuhan n rasa kehambaan sedari kecil lg sepertimana sabda Rasullallah. S.A.W :
"Awal2 agama mengenal Tuhan"
Jg sedari kecil lg anak2 perlu dibiasakan melakukan perbuatan n perkerjaan yg baik.

"Setiap anak adam itu dilahirkan suci bersih n sesungguhnya kedua ibubapanya yg akan menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi" - Bukhari Muslim

Anak2 ini perlu disuburkan rohnya, akalnya n fizikalnya. Ketiga2 faktor ini perlu seimbang tidak boleh ditekan pd satu faktor sj. Krna ketidak seimbangan ini akan merosakkan samada akalnya, fizikalnya @ rohnya.

Jika pendidikan hanya tertumpu pd akal shja, anak2 akan membesar tanpa mengenali Tuhan. Jk berjaya dia akan merasakan itu semua krna usahanya semata2.

Jika hanya fizikal anak2 saja yg disuburkan, nanti mrka akan jadi malas, tiada ketahanan diri, banyak makan n malas berfikir.

Manakala jk rohnya sj diberi pengisian, anak2 akan jd jumud. Perkembangan fikirannya tdk mengikut arus perdana, sensitif n emosional tdk pd tempatnya. Tdk mahu ambil tahu apa yg berlaku disekelilingnya. Tidak berfikiran terbuka (open minded) dsbnya.

Kesimpulannya, utk mendidik roh, akal n fizikal anak2 perlu serentak n pembinaannya hendaklah berperingkat2 mengikut tumbesaran dan umur anak2.

Pendidikan ketika baru lahir hinga 2 tahun

Pd masa ini pendengaran anak2 cukup senitif. Usahakan agar anak2 tidak didedahkan dgn muzik2 yg boleh mengeraskan hati. Tumbesaran masa ini lebih byk bergantung kpda susu ibu. Permulaan pembentukan akalnya dari memberi makanan yg boleh mencerdikkan spti kismis, badam, limau dsbnya. Elok sangat jika anak2 dibuai dgn nasyid yg boleh mendidik hati. Ataupun alunan bacaan zikir n ayat suci Alquran. Tuhan dikenalkan dlm bentuk bersahaja pd peringkat awal lagi.

Pendidikan ketika 2 tahun hingga 4 tahun

Pd peringkat ini kepekaan anak2 mula bertambah iaitu penglihatannya pula mula berkembang. Medium Media Massa byk mempengaruhi pembentukan akal n roh anak2 pd umur demikian. Oleh itu dinasihatkan agar jgn mendedahkan anak2 terlalu byk kpda pengaruh t.v, video, CD, games dsbnya. Walau pun apa yg dilihat kurang difahami, ia tetap akan mempengaruhi fikirannya hingga dewasa.

Pendidikan ketika 4 tahun hingga 7 tahun

Dari lahir hingga umur sebegini ibu bapa perlulah memberi kasih sayang, dibelai, diberi kemanjaan sepenuhnya. Pada umur begini ibu bapa masih boleh memeluk, mencium, meriba dan sebagainya.
-Makanan yg diberi hendaklah berzat untuk tumbesarannya.
-Mrka sudah mula berfikir, ajarkan pd mrka perbezaan antara perkara yg baik n buruk.
-Sudah mula disuruh sembahyang.

Pendidikan ketika 7 tahun hingga 10 tahun

Faktor2 yg mempengaruhi kenakalan, hendaklah mula diambil perhatian pada umur begini.
Seperti : - Terlalu dimanjakan
- Belanja wang saku yg mewah dan berlebihan
- Pengaruh kawan dan alam sekitar

Pisahkan tempat tidur :- daripada ibu dan bapa
- adik-beradik antara lelaki dan perempuan
- menyediakan segala keperluannya

Untuk melatih anak2 mempunyai fizikal yg kuat perlu jg sesekali dilatih lasak spti :
- Tidur beralaskan tikar.
- Tidak menggunakan kipas atau aircond (supaya tahan panas)
- Makan hanya satu jenis lauk sahaja.
- Kesalahan mereka, terutama yg dibuat berulang2 kali, perlu disoal siasat, dan dihukum setelah diberi nasihat.
- Sudah boleh dikenalkan Tuhan dgn sifat-sifatnya.
Contoh : Tuhan Maha Pengasih, Maha Pemurah, Maha Baik, Maha Pelembut dan diajar anak bersifat dengan sifat yang disukai Tuhan

*Waktu ini kasih kpda anak tidak boleh lg ditunjukkan dlm bentuk dibelai, dipangku, dicium dsbnya. Buat2 macam tak peduli supaya mrka dlm keadaan tertanya2, sayangkah ayah aku dgn aku ini? Nak kata sayang tidak, nak kata tak sayang pun tidak!

Ini penting supaya perasaan itu akan membuatkan seseorang anak tidak terlalu manja, tidak terlalu berani dan tidak terlalu takut. Jadi mudahlah kita disiplinkan mereka dgn jadual2 yg telah ditetapkan. Perasan itu jugalah yg akan mengawal mrka agar berbuat apa yg diarahkan.

Pendidikan ketika 10 tahun hingga 15 tahun

Didiklah anak agar takut n kasih pd kita. Adakala kita perlu tegas supaya mrka takut, tp ada masanya kita ikutkan kehendaknya sbg tanda kasih spti membeli makanan, pakaian n keperluan sekolahnya. Latih mrka menyelesaikan masalah sendiri. Sekiranya ada masalah, mengadulah kepada Tuhan n berdoa. Tuhan dijadikan tempat rujuk yg utama, namun ibu bapa masih lg boleh memberi panduan n dijadikan tempat rujuk apabila perlu.

Pendidikan ketika 15 tahun hingga 18 tahun

Pd peringkat remaja, anak2 jgn dibiarkan membuat keputusan sendiri. Ibubapa menjadi rakan tempat anak2 merujuk segala masaalah. Ibubapa yg berjaya menjadikan watak diri sbg rakan kpda anak2, bererti anak2 tidak mudah merujuk masaalahnya dgn orang luar (rakan sebaya) yg belum tentu dapat menyelesaikan masalahnya.

Kesimpulan:

Ibubapa yg terlalu garang akan membuat anak2 rasa benci n sikapnya akan jd liar n sukar dikawal. Manakala ibubapa yg memberikan sepenuh kasih sayang tanpa dibatasi akan menjadikan anak mengada2, terlalu manja@spoilt, tidak bertanggung jawab n sukar didisplinkan. Dalam masa yg sama jg ia menjadi salah satu punca masalah gejala sosial iaitu sumbang muhram!

Perlu menjadi ingatan kpda ibu ayah dlm hal mendidik anak bhwa kita tidak mampu mendidik anak kita menjadi soleh ataupun baik dgn kemampuan diri sendiri. Anak2 adalah amanah dari Tuhan maka hendaklah kita berusaha sambil berdoa bersungguh2 kepada Allah. Agar Allah kawal hati mrka dr perkara2 maksiat n jaga kehidupan mrka dr tipuan dunia yg merosakkan.

Monday, March 21, 2011

Belon Udara Di Putrajaya


Semalam (Ahad, 20hb Mac 2011) mama n papa bawa putera n puteri2 mama jalan2 di sekitar Putrajaya. First skli, mama n papa bawa putera n puteri2 mama g tengok Pesta Belon Udara Antarabangsa Putrajaya yg ke-3 yg berlangsung di Menara Alaf Baru Putrajaya. Fiesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya 2011 bermula dr 17hb. Mac n berakhir pd 20hb. Mac 2011.


Wah....terpegunnya tengok anak2 mama tengok belon udara tuu......
Setelah selesai tengok belon udara, mama n papa membawa putera n puteri2 mama jalan2 di sekitar Masjid Putrajaya n bw g tengok ikan kat tepi tasik Masjid Putrajaya skli.

Tengokla gelagat anak2 mama, cam mn nak bergambo..pandang sinilah anak2 mama....

Dan Last sekali mama n papa bawa putera n puteri2 mama main kat taman permainan plak, bila dapat bermain kat taman permainan putera n puteri mama lg la seronok sampai tak nak balik umah....lama memujuk balik tak nak balik2 jg....last2 skli mama cakap jom balik kita g makan KFC plak hhmmmm barulah semua nak balik sbb nak g makan KFC.... Last2 mama belanjala putera n puteri2 mama g makan KFC dl sblm balik umah....

Wednesday, February 9, 2011

Anniversary Day



Rasanya kejap jer masa berlalu, sedar tak sedar hari ini 9 Februari adalah Anniversary Day mama n papa yg ke-6. Doa2kanlah semoga bahtera rumahtangga yg telah dibina mama n papa berkekalan hendak-NYA hingga ke akhir hayat mama n papa insyaallah......AMIN.....

Selamat ulangtahun perkahwinan kita yg ke-6 papa,

semoga kehidupan mama n papa selepas ini akan lebih bermakna ......
semoga papa adalah satu2nya 'jejaka' di dalam hati mama selama2nya ...
semoga mama adalah satu2nya 'suri' di dalam hati papa selama2nya ...
semoga diberikan lebih keredhaan n keberkatan ke atas keluarga kita ..
semoga kita dapat menempuhinya semua onak duri bersama2.........
semoga pintu rezeki kita sentiasa terbuka buat kita sekeluarga.
semoga kasih sayang kita berdua makin bertambah erat selama2nya ...
semoga ikatan kasih sayang kita n anak2 menjadi pengikat kasih yg utuh selama2nya ...
semoga kita berjaya membentuk n membimbing anak2 menjadi anak2 yg soleh n solehah....
semoga kita sentiasa dibawah lindungan rahmatnya ........

Amin ....Ya Rabba na .. alamin...

Tuesday, July 6, 2010

Klinik Ortopedik Hospital Serdang

Semalam mama menemankan papa g check-up kat Klinik Ortopedik Hospital Serdang. Oppoiment jam 11 pagi, bagi rawatan susulan tangan papa yg patah tu. Mama bertolak dari opis agak lewat skit, dah hampir 11.20 am baru bertolak ke Hospital. Slps mendaftar di kaunter utama penndaftaran, mama n papa terus mendaftar di Klinik Ortopedik dan terus buat x-ray. Masa mendaftar di klinik ortopedik, ramai giler pesakit tgh menunggu giliran msg2. Dalam hati mama, nie entah bila la plak turn papa silap2 lewat petang baru dapat turn. Bab menunggu lama2 ni la yg plg memboringkan. Tapi nak wat cam mn nak xnak mama terpaksa tunggu ikut giliran jgak.....banyak2la bersabar.....

last2 dkat kol 4pm baru turn papa, barula dapat jmpa DR. n DR. pakar. n DR pakar suggestkan utk buka dulu balutan utk tgk perkembangan jari yg patah. DR. mnta papa buat terapi tgn sndiri dlm masa sebulan untuk memastikan agar jari yg patah itu boleh berfungsi semula seperti sebelumnya. Jari yg patah tu still nmpak cam bengkak n still rasa sakit, xboleh nk gerakkan sgt. Tapi DR. nasihatkan agar jgn paksa sgt tangan tu utk bergerak n buat perlahan2 [jgn paksa] n oppoinment seterusnya ialah pd 2 Ogos 2010 nnti.

Monday, June 21, 2010

Selamat Hari Bapa

Semalam 20 Jun 2010 adalah Hari Bapa, so mama mengambil kesempatan mengucapkan "SELAMAT HARI BAPA" kpda semua bapa2 smga menjadi bapa yang baik dan ketua yg bertanggungjawab dalam menjalankan amanah Allah swt........

Friday, June 18, 2010

Rawatan Di Hospital Serdang

Semalam mama temankan papa untuk dapatkan rawatan susulan di spital serdang, jumpa Dr. Pakar Ortopedik untuk melihat semula hasil sebelum n selepas tangan papa disimen tempoh hari.Lama jugak kat spital dari kol 2-5pm lebih baru settle. Terkejut jgak mama bila tengok result x-ray tulang tangan papa yg patah tu agak teruk jgakla. Terdapat 3 tulang yg patah terus n memerlukan rawatan,penjagaan n pemerhatian n mybe mengambil masa yg agak lama untuk pulih sepenuhnya.

Semalam jgak Dr. pakar mnta agar tangan papa disimen lagi skli dari aras 3 tulang yg patah sampai lengan. Dr. bg tempoh 3 minggu untuk lihat hasilnya. Dr. sambung MC shgga 5hb Julai 2010. Rawatan pakar yg seterusnya ialah pd 5hb julai nnti jam 11am.
Mama doakan agar papa cepat sembuh n bersabarlah dalam menghadapi dugaan Allah swt....

Wednesday, June 16, 2010

Malang tak Berbau

Balik keje petang isnin papa xcident motor kat jalan motor dekat plaza tol Puchong, mengelak orang punya pasal xpasal2 papa yg terbabas sbb break emergency tambahan plak jalan licin sbb petang tu ujan, lastnya papa terbabas n terlanggar pagar. Nasib baik laluan motor bukan jalan highway klau tak xtaula mama cam mn keadaan papa, lukanya nak kata teruk nampak cam xteruk just luka calar2 kat kaki n yg sedihnya jari n tapak tangan papa patah. Hasil dari X-ray kat spital Serdang mmg Dr. kata patah so papa kena simen dr tapak tangan shgga keparas lengan.

Dr. bg mc dari 14hb hgga 17hb (4 ari), 17hb ini jumpa Dr. pakar ortopedik n mgkin tangan papa kena masuk besi plak (esok petang). Dr. bgtau kecederaan papa tu agak teruk jgak n mgkin ambik masa yg agak lama untuk pulih. Banyak2kanlah berehat papa. Mama doakan semoga papa cepat sembuh. INSYAALLAH...........