Islamic Clock

Showing posts with label puteri mama. Show all posts
Showing posts with label puteri mama. Show all posts

Monday, April 1, 2019

Berakhir Sudah Cuti Sekolah Anak2

Lamanyà tak menulis blog...banyak info dan cerita2 anak2 xsempat nak dicoretkan di sini..
Insyaallah mama akan cuba untuk update untuk kenang2an kita bersama....

Jom layan gambar2 anak2 sepanjang cuti sekolah 23-31 Mac 2019....

Tuesday, October 16, 2018

Simpan Sini Untuk Kenang2an

Gambar anak2 masa kecil banyak dah yg xder sebab external lama tu rosak...huhu sedih sangat sebab banyak gambar2 di simpan dalam disk tu.....

Gambar2 Izzara...















Hepy Besday Izzara 2 Years

Hepy besday buat permata hati mama Nursyafirah Izzara...Hepy Besday yg ke 2Y... mama doakan anak mama dipermudahkan dalam segala urusan. Mama doakan semoga anak mama membesar dengan sihat dan menjadi anak yg solehah.....

Mama attach gambo sebagai kenang2an.....










Monday, August 22, 2016

Heppy Besday Iesya

Hepy Besday kak chik......

Tanggal 10 Ogos 2010 adalah detik kelahiran puteri mama yg ke 3....alhamdulillah 10 ogos 2016 genap sudah 6 tahun usia kak Iesya @ kak chik....mama doakan moga kak chik menjadi anak yg solehah penyejuk dan pendamai hati mama n papa di dunia n di akhirat....

Gambo Konvo Iesya

Di sebabkan mama akan bersalin bulan depan, so mama terpaksa ambik alternatif ambik gambar konvo kak chik kat studio sahaja sebagai tanda kenang2an di zaman tadika...
So tahniah kak chik....


Tuesday, December 22, 2015

Hepy Besday Kak Iqa & Abg Syahmi

tanggal 21 Disember n 28 Disember...........detik yg dinanti2 lahirlah puteri dan putera permata hati mama....Selamat Hari Làhir semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki...mama doakan moga anak2 mama di permudahkan dalam segala urusan....








Monday, May 20, 2013

Adik Jatuh Di Nursery

Pada hari Khamis yg lepas bersamaan 16 Mei 2013, mama menjemput anak2 di nursery seperti biasa. Bila ambik Adik Iesya mama agak terkejut melihat dahi adik benjol yg amat.....tersentap kejap mama melihatnya. Bila tanya cikgunya, katanya Adik Iesya jatuh. Tapi yg peliknya mcm mana adik jatuh sampai lebam n benjol cam tu skli.... yg mama rasa xsedap hati bukan apa Adik dok cakap cikgu ida yg buat adik....sampai tido pun ngigau cakap xnak g sekolah nnti cikgu ida buat adik lg....so lepas ambik dari nursery malam tu jgak mama n papa bawa adik ke klinik untuk follow up dgn Doktor...terkejut Doktor cam mn jatuhnya sampai benjol cam tu skli tanya Doktor?

Kata Doktor, saraf darah adik kat dahi mungkin pecah tu yg benjol besar semacam...Ya Allah risaunya mama....Doktor mnta mama pantau keadaan adik dlm masa seminggu ini takut efek lain. Doktor kata kalau xder simpton lain seperti muntah2 ker Insyaallah xder apa la. Mama pun berharap adik akan beransur pulih sepenuhnya seperti sediakala.

So pagi ini (Isnin, 20hb. Mei 2013)mama menghubungi pengetua sekolah untuk memaklumkan akan hal ini dan untuk mendapat penjelasan yg sebenarnya. Mama harap perkara ini xkan berulang lg. Ikhlaskanlah diri kita dalam mencari rezeki.

Thursday, January 10, 2013

Adik Iesya at 2 Tahun 5 Bulan

Hari ini telah genap 2 tahun 5 bulan usia Adik Iesya. Alhamdulillah Adik Iesya sihat hendaknya dan makin petah berceloteh.....dan Adik Iesya jg masih lg menyusu sampai skrg....ada x cara2 cam mn nak hentikan nyusu nie...mama dah xtau nak try cam mn lg...

Dah pelbagai usaha mama cuba nak hentikan nyusu, tp Adik Iesya ni susah sangat nak bandingkan ngan kakak n abangnya dulu.....mama dah cuba macam2 tapi masih lum berjaya, mama dah try letak bunga cengkih yg ditumbuk hancur pun xberjaya, Adik Iesya kata : mama nape nenen nie pedas mama....Adik xmakan cili pun nape pedas nenen nie???dok ckap pedas2 pun tetap isap jg....mama xberjaya jg....

lagi skli mama cuba plak tumbuk lada hitam n sapu.....hisap2....mama nape nenen adik nie pedas???mama kata dah pedas xyahla hisap lg nnti terbakar mulut tuu...alahhh cian adik iesya jawabnya...lepas pedas2 tu xisapla kejap...pastu dtg plak...mama adik nak nenen, nenek kan pedas xyahla hisap, alah nak nenenla mama...aik napela nenen adik ni pedas mama adik xmakan cili pun pedas jgak.... skli ingt ciannya adik mama nie....

Tapi bila fikir2 sampai bila la Adik Iesya nie nak nyusu...umur dah nak masuk 2 tahun setengah....ada ape2 pandangan atau cara yg boleh kita syer@kongsikan bersama.........

Friday, December 28, 2012

Hepy 7th Besday Nursyafiqah Hazirah

Selamat Ulangtahun Kelahiran Ke-7 buat Kakak Nursyafiqah Hazirah....

Mama doakan Kakak membesar sihat menjadi anak yg solehah, anak yg cerdik pintar, cemerlang akhlak dan semoga dirahmati Allah swt dunia dan akhirat disepanjang usiamu wahai anakku... Semoga menjadi Kakak yg dapat melindungi Abang serta Adik-adik bila mama tiada nanti.

Papa, Mama, Abang Syahmi dan Adik Iesya sayang Kakak selamanya.

Wednesday, December 26, 2012

Pelajar Sekolah Dilindungi Insuran Mulai 2013

Kira-kira 1.5 juta pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh negara yg menggunakan perkhidmatan bas sekolah akan diberi perlindungan skim insurans bermula Januari depan, kata Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar.

Syed Hamid berkata skim dikenali sebagai skim perlindungan insurans kemalangan diri, hilang upaya kekal dan kematian dgn had sebanyak RM100,000 seperti yg diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najid Tun Razak semasa membentangkan Belanjawan 2013 September lepas di Parlimen. Katanya SPAD telah membuka tender kepada syarikat insurans yg berminat untuk menghantar kertas cadangan yg disertakan dengan sebut harga untuk perlindungan skim insurans itu.

"Kita akan memilih syarikat insurans yang mengemukakan kertas cadangan yang terbaik serta sebut harga yang munasabah bagi tujuan itu sebelum dilantik sebagai penyedia skim insurans. "Kita sasarkan apabila sekolah dibuka tahun depan, semua pelajar sekolah rendah dan menengah seluruh negara akan diinsuranskan sebagai perlindungan sekiranya berlaku kemalangan,".

Thursday, November 8, 2012

Sayu Hati Tapi Mama Mesti Tabah

sekadar nak luahkan rasa, dah banyak kali berusaha nak lepaskan Adik Iesya dari menyusu, pelbagai cara dibuat, InsyaAllah mama akan kongsikan kaedah /cara tersebut selepas saya berjaya weaning off ya.

Adik Iesya: Mama bukan sengaja untuk berbuat demikian, mama terpaksa kerana Adik Iesya sudah berumur 2 tahun 3 bulan, dan mama telah membuat bacaan waktu2 terbaik untuk menghentikan penyusuan anak2 dan bertekad untuk menghentikannya dalam tempoh waktu ini.
Mama harap Adik Iesya faham, mama terpaksa tabahkan hati tatkala tengok Adik Iesya sayu n sedih aje setiap kali mama cakap nak lepaskan nyusu, bila diberikan susu botol, Adik Iesya menolak.. Adik tak nak Adik tak nak katanya. Mungkin Adik Iesya rasa seperti ada sesuatu kekosongan bila tak dapat nyusu. Bila mama cakap nak lepaskan nyusu jer muka Adik Iesya dah mula berubah n buat muka sedih....sayu plak mama rasa...Adik Iesya sebenarnya faham apa yg mama maksudkan....mungkin adik marah pada mama kan??? takpe,,, mama faham..mama akan berikan Adik Iesya masa untuk adik terima keadaan ini ya..lambat atau cepat adik kena terima juga.. segalanya adalah utk kebaikan kita bersama :)



Thursday, October 11, 2012

Adik Iesya @ 2 Tahun 2 Bulan

Semalam 10/10/2010... Alhamdulillah bersyukur mama kehadrat Illahi kerana diberi kesihatan yg baik untuk membesarkan n mendidik anak2 mama n Alhamdulillah bersyukur mama Adik Iesya dah menjangkau usia 2 tahun 2 bulan n Alhamdulillah Adik Iesya masih lg nyusu..... agak2nya sampai bila..... mungkin rezeki Adik Iesya agaknya.....

Adik Iesya juga dah makin aktif n lasak skrg nie n sejak dah masuk nursery dah makin pandai berkawan n bercampur ngan kawan2 yg lain....... mama doakan moga anak2 mama sihat2 selalu hendak-NYA.....AMIN.....

Friday, February 10, 2012

Adik Iesya @18 Bulan

Alhamdulillah, alhamdulillah..... today genap 1 tahun 6 bulan usia Adik Iesya Insyirah. Ini bermakna perjalanan penyusuan mama dah sampai 1 tahun 6 bulan dan ada 6 bulan lg mama perlu bertahan dlm menjayakan misi penyusuan mama... Semoga mama sentiasa diberi sekeping hati yg "degil" dan cekal utk terus berusaha dan menjayakan penyusuan susu ibu untuk Adik Iesya Insyirah. Doakan mama berjaya. Tuhan shja yg dapat membalas segala doa anda itu...

Smlm 8 Februari 2012 Adik Iesya dah g klinik utk suntikan tambahan bg bby umo 1 tahun 6 bulan. ALhamdulillah, Adik Iesya masih lg fully breasfeeding mama sampai skrg. Kalau bekerja siang, Adik Iesya akan menyusu melalui botol + bekalan susu yg dah siap dipump, tp bila mama balik keje jer Adik Iesya akan terus reject botol susunya. Alhamdulillah, mama masih boleh maintainkan susu dan stok susu pun masih banyak dlm freezer.

Susu lama2 memang akan kering dan kering sebab pam electric tak sama dgn mulut baby, stimulation dari mulut baby tu sangat penting dibandingkan dgn mesin. Oleh itu ibu2 kenelah mainkan peranan n berusaha mengumpul stok susu demi anak tersayang atleast sampai usia dua tahun....

Juga agak tidak adil gak membandingkan wanita yg Full Time House Wife (FTHM) dgn wanita bkerjaya..memang diakui besar pengorbanan ibu2 yg sanggup meninggalkan kerjaya utk menjaga anak Tapi tak semestinya wanita bekerjaya tak boleh fully BF... nak seribu daya tak nak seribu dalih.....betul tak moms........

Thursday, December 29, 2011

Pendaftaran Sekolah Kak Iqa

Hari ini mama n papa g ke sekolah kak iqa untuk pendaftaran Tahun 1, beli buku, ambik buku teks, beli baju sukan dll urusan. Dari jam 8am lg mama tiba di sekolah dan semuanya selesai lbih kurang sekitar jam 10.15am.

Setelah selesai urusan di sekolah kebangsaan, mama bergegas ke sekolah agama plak untuk membuat pendaftaran dan bayaran yuran tuhanan sekolah. Alhamdulillah semuanya dah selesai, so tunggu buka sekolah 4hb Januari 2012 nntila.

Kak Iqa mesti belajar bersungguh2 tau sampai berjaya. Good Luck n selamat maju jaya..

Wednesday, December 21, 2011

Birthday Syafiqah Hazirah

Happy Besday to Nursyafiqah Hazirah,
Selamat Hari Lahir yg ke 6 semoga anak mama dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki dan semoga menjadi anak yg solehan dan menjadi penyejuk hati mama dan papa, Kak Iqa mesti belajar bersungguh2 sampai berjaya dunia dan akhirat dan semoga Kak Iqa menjadi contoh teladan yg baik kepada Adik2, Insyaallah...AMIN.....

Sunday, November 13, 2011

Hari Graduasi Kak Iqa



Pada Hari Sabtu bersamaan 12/11/11 bertempat di SK Seksyen 7, Bandar Baru Bangi, Selangor darul Ehsan

Wednesday, September 14, 2011

Adik Iesya Plak Muntah2

Malam tadi tiba2 Adik Iesya plak yg muntah2, asal makan n minum jer muntah smla. Ala risaunya hati mama nie nape la tiba2 plak jd cam ni. Nak kata tersalah makan mama n Adik Iesya xder makan ape2 pun. Malam td mama masak Ns Goreng n Sotong Goreng Berempah jer. Tak tido plak la mama malam ni, jam dah hampir nak subuh barula Adik Iesya tido lena n mama pun dapatla tido n melelapkan mata sekejap. Walaupun skjap tp cukup bermakna. Hati mama berbelah bagi, nak g keje ker nak EL jer arini. Mama risaukan keadaan Adik Iesya yg dah semalaman muntah2 n cam letih lesu jer badannya. Mama tengok dulu cam mn keadaan Adik Iesya pagi cam mn ok ker x?

Tengah Adik Iesya lena tido mama bangun mandi n siapkan barang2 keperluan anak2... lepas jer mama siap berkemas Adik Iesya bangun n mama tengok Adik Iesya cam ok jer so mama decide bsiap utk g keje n klau ada apa2 hal nnti harap2 umi informla mama nnti. Tapi mama berharap agar Adik Iesya baik2 aje, Insyaallah....

Tuesday, September 13, 2011

Kak Iqa Cuti Sekolah

Bermula hari ini 13hb. shgga 15hb. September 2011 Kak Iqa akan diberi cuti rehat selama 3 hari sepanjang budak2 menjalani peperiksaan UPSR. Selamat maju jaya diucapkan pada murid2 yg terlibat ngan exam UPSR n Good Luck semoga berjaya semuanya.... Insyaallah...

Friday, September 9, 2011

Adik Iesya @ 1 tahun 1 Bulan

Esok Adik Iesya genap 1 tahun 1 bulan, kejap jer rasanya masa berlalu. Sedar tak sedar dah setahun sebulan mama menyusukan Adik Iesya, Insyaallah mama akan teruskan selagi ada rezeki SI demi untuk kebaikan n kesihatan Adik Iesya. Doa2kanlah semoga niat n usaha murni mama untuk menyusukan Adik Iesya atleast 2 tahun akan berjaya dgn jayanya.

Adik Iesya juga sudah boleh bertatih sendiri sekarang nie. Alhamdulillah bersyukur akan perkembangan diri Adik Iesya. Adik Iesya juga sudah mula mengerti n faham skrg nie, klau mama marah @ tegur Adik Iesya dah faham n mengerti dan menunjukkan reaksi yg positif. Syukur alhamdulillah....dalam mendidik n membimbing anak2 kita perlukan kesabaran diri yg tinggi dalam mengharunginya.....

Friday, August 26, 2011

Rawatan Susulan

Hari ini ada temujanji dgn Doktor untuk rawatan susulan Kak Iqa. Doktor ingin melihat tempat luka yg dijahit 2 hari yg lepas samaada ok @ x. Mama harap luka Kak Iqa akan pulih sprti sediakala. Insyaallah.

Alhamdulillah, luka Kak Iqa nampak dah ok dan Doktor pun buka balutan n tak perlu balut lagi spya luka tu lg cepat sembuh dan lepas sminggu baru buka smla jahitan tu.