Islamic Clock

Friday, April 19, 2013

Rumah Mampu Milik Utk Penjawat Awam

Putrajaya: Sebanyak 10,336 unit rumah mampu milik dibina di sini menerusi projek Program Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) sebagai satu usaha terbaru kerajaan membantu penjawat awam memiliki rumah mampu milik yang berkualiti.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, harga yang ditawarkan bagi skim perumahan itu sangat istimewa iaitu antara RM150,000 dan RM300,000 mengikut keluasan lantai minimum tidak kurang 1,000 hingga 1,500 kaki persegi. Menurutnya, penjawat awam yang berkhidmat dan bermastautin di Putrajaya dengan pendapatan isi rumah bulanan tidak melebihi RM8,000 sebulan akan diberi keutamaan untuk memiliki kediaman itu.

“Lebih istimewa mereka hanya perlu perlu membayar minimum RM2,000 (sebagai deposit), lepas itu tak payah bayar sehingga rumah siap maknanya bila rumah siap dan sudah masuk baru mula bayar. “Mana ada kerajaan lain macam ini. Kita bantu, mengisi harapan rakyat dan menepati janji...kita membawa harapan, yang benar-benar boleh membawa transformasi kepada negara, dan Insya Allah kalau rezeki bertambah, hasil negara bertambah, saya tak akan lupa jasa penjawat awam,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran PPA1M di sini, semalam.


Aishah Ghani Meninggal Dunia


Salam takziah dan AL-FATIHAH......AMIN........
Veteran Umno Tan Sri Aishah Ghani, 90, meninggal dunia di Hospital Gleneages Kuala Lumpur di sini pada 12.50 tengah hari Jumaat kerana sakit tua, demikian menurut cucunya Ahmad Arif Astaman.

Bekas Menteri Kebajikan Masyarakat Tenat

KUALA LUMPUR 18 April - Veteran UMNO yang juga Bekas Menteri Kebajikan Masyarakat, Tan Sri Aishah Ghani, 90, hari ini dilaporkan dalam keadaan tenat dan tidak stabil selepas dimasukkan di sebuah hospital swasta sejak Sabtu lalu. Menurut salah seorang ahli keluarganya, Aishah telah beberapa kali keluar masuk hospital kerana mengalami masalah kesihatan akibat sakit tua dan dikatakan stabil sebelum keadaannya menjadi semakin tenat hari ini.

"Sejak dimasukkan semula ke hospital Sabtu lalu, keadaan beliau masih lagi stabil malah mampu untuk bercakap dan mengenali seluruh ahli keluarga serta kenalan yang datang melawat. "Namun, sejak pagi tadi keadaannya menjadi tidak stabil malah keupayaannya untuk bercakap sudah tiada. Bagaimanapun tiada sebarang tanda-tanda sakit luar biasa yang ditunjukkan beliau, hanya sakit biasa yang dialaminya kerana tua," katanya ketika di temui di sini hari ini.

Ahli keluarga Aishah kini hanya mampu berdoa yang terbaik buat beliau dan reda dengan segala kemungkinan yang akan berlaku. Mereka turut mengharapkan agar seluruh rakyat Malaysia khususnya yang mengenali beliau agar turut sama mendoakan kesihatan tokoh politik itu kembali pulih seperti sedia kala.

Aishah merupakan wanita pertama di Malaysia yang dilantik sebagai senator pada 1963 dan merupakan wakil wanita pertama dari Malaysia ke Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Beliau juga pernah dilantik menjadi Menteri Kebajikan Masyarakat dari 1973 hingga 1984.

Azean Irdawaty Kritikal

Seniwati Azean Irdawaty kritikal, barah merebak

Seniwati Azean Irdawaty, 56, kini sedang berada dalam keadaan kritikal apabila doktor pakar mendapati barah tumornya sudah merebak ke kawasan vaskular tubuh beliau. Kawasan vaskular terkandung banyak urat-urat pengaliran darah. Ada kemungkinan, kehilangan darah yang banyak memerlukan darah tambahan. Antara risiko yang mungkin Azean hadapi ialah jantungnya boleh berhenti berdenyut. Seorang doktor dari Hospital Sungai Buloh di mana Azean akan dibedah memaklumkan kepada keluarganya bahawa komplikasi-komplikasi lain memberikan risiko satu hingga lima peratus.

Azean sepatutnya dibedah semalam, Khamis 18 April 2013 tetapi terdapat insiden kemalangan maut mangsa lain yang lebih memerlukan pembedahan dengan segera. Untuk itu, pembedahan Azean telah dijadualkan semula pada Isnin, 22 April 2013. Berdasarkan pengemaskinian laman Facebook anak bongsunya, Inessa Irdayanty, pembedahan tersebut perlu dijalankan dengan teliti kerana tumor tersebut perlu dikeluarkan daripada selaput perlindungan otak ibunya.

Justeru, pembedahan ini nanti akan memakan masa yang panjang. Pihak hospital juga kini tidak membenarkan pelawat bermula Khamis hinggalah beliau dibawa ke Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas pembedahan nanti. Inessa merayu orang ramai yang mengenali ibunya mendoakan agar pembedahan ibunya selamat tanpa komplikasi dan tenaga ibunya itu kembali pulih.

Wednesday, April 10, 2013

Hari Mengundi 5 MEI 2013

Pengumuman Tarikh PRU13:
- Penamaan Calon - 20 April 2013
- Hari Mengundi Awal - 30 April 2013
- Hari Mengundi - 5 Mei 2013

Wednesday, April 3, 2013

Proses Pilihan Raya

PRU-13: Proses pilihan raya sejurus Parlimen dibubar

BERIKUT proses yg akan dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi membolehkan pilihan raya umum diadakan, sejurus Parlimen dibubarkan:

1. SPR mengumumkan tarikh pilihan raya umum dalam tempoh 60 hari

2. SPR mengumumkan tarikh penamaan calon

3. SPR mengumumkan tarikh pembuangan undi

4. SPR mengumumkan tempoh berkempen

5. SPR membawa kertas2 undi ke pusat pengiraan undi

6. SPR melakukan proses pengiraan undi

7. SPR mengumumkan keputusan pilihan raya

8. SPR mengumumkan pembentukan kerajaan negeri dan pusat berdasarkan jumlah kerusi yg dimenangi parti2 bertanding

Najib Umum Pembubaran Parlimen

3 April - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pembubaran Parlimen mulai hari ini bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) diadakan dalam tempoh 60 hari.


Perkara itu diumumkan Perdana Menteri dalam ucapan khasnya yg disiarkan secara langsung menerusi televisyen dari pejabatnya, di sini hari ini. Perdana Menteri berkata, pembubaran Parlimen itu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdul Halim Mua'zam Shah pagi ini.

Parlimen Dibubarkan 3 April 2013

3 April - Berikut ucapan penuh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mengumumkan pembubaran Parlimen, di Putrajaya hari ini. "Saya ingin memaklumkan kepada rakyat Msia bahawa pada pagi ini telah mengadap Yang d-Pertuan Agong dan menyembah warkah kepada baginda memohon perkenan supaya Parlimen Ke-12 dibubarkan pada hari ini Rabu 3 April 2013. Sehubungan dengan itu, selaras dengan Perlembagaan Persekutuan, Baginda telah pun memperkenankan bagi Parlimen Ke-12 dibubarkan berkuatkuasa hari ini. Sehubungan dengan itu, saya menasihatkan kepada ketua2 kerajaan negeri yg berkenaan untuk mengadap ketua2 negeri mereka bagi mendapat perkenan pembubaran DUN masing2 agar pilihan raya umum dapat diselaraskan secara serentak di seluruh negara.

Rakyat Malaysia yang dikasihi.
Hari ini empat tahun lalu, pada tanggal 3 April 2009, saya telah mengangkat sumpah untuk memikul amanah serta tanggungjawab sbg PM negara Malaysia yg tercinta. Dalam tempoh tersebut saya bersama2 TPM, anggota jemaah menteri dan anggota pentadbiran yg lain telah pun dgn segala ikhtiar dan upaya, mencetuskan dan melaksanakan pembaharuan serta perubahan berpaksikan kepada falsafah 1 Malaysia, rakyat di dahulukan, pencapaian diutamakan serta dipandu oleh Dasar Transformasi Nasional. Dalam tempoh 4 tahun yg lepas, rakyat Malaysia telah dapat mengalami dan menyaksikan sendiri bagaimana program, perancangan serta dasar transformasi nasional yg melibatkan program transformasi kerajaan, ekonomi, politik dan sosial telah dilaksanakan dan seterusnya membuahkan hasil dalam meningkatkan kesejahteraan hidup mereka dan memakmurkan negara.

Kerajaan yg ada pada hari ini adalah kerajaan yg bertanggungjawab, kerajaan ini ialah yg meletakkan kepentingan tuan2 dan puan2 rakyat Malaysia di atas segala2nya. Kami merupakan kerajaan yg apabila berjanji, menepati janji, kami sebuah kerajaan yg apabila diberi amanah akan menjunjung dan melaksanakannya, bukan sikap kami menanam tebu di bibir. Semuanya bukti komitmen kami mampu dinilai serta diukur drpd prestasi dan track rekod kami sepanjang 4 tahun yg lalu. Rakyat Malaysia yg dikasihi, pembubaran ini akan membuka laluan kepada bermulanya proses pilihan raya umum bagi kali yg ke-13 untuk negara semenjak tahun 1959. Iaitu apabila kita mula mengadakan pilihan raya umum yg pertama selepas merdeka. Malaysia adalah sebuah negara yg mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan sbg asas pemerintahan. Kuasa mutlak untuk memilih kerajaan berada di tangan rakyat. Sejarah telah menunjukkan bahawa kebunggaran demokrasi telah berjaya menyediakan asas2 yg subur untuk kestabilan dan keamanan nasional yg telah dinikmati warga negara ini selama lebih 5 dekad.

Amalan demokrasi di Malaysia kekal dan berjaya kerana walaupun bersifat sengit dan amat berdaya saing namun pada akhirnya ia berjaya kerana semua pihak menghormati proses dan keputusannya. Saya ingin menyeru agar tradisi ini diteruskan demi kesejahteraan rakyat dan kestabilan nasional. Semua parti politik yg memilih untuk terlibat dalam pilihan raya umum kali ini perlulah bertanggungjawab. Janganlah kerana tidak yakin dgn sokongan rakyat terhadap parti masing2 maka ada pihak yg cuba menyemai racun syak wasangka dan seterusnya merosakkan kepercayaan kepada integriti proses pilihan raya yg bakal diadakan. Insaflah dan ambillah iktibar drpd apa yg berlaku di negara2 lain di mana taktik ini telah cuba diguna pakai. Kesan dan akhirnya keputusan pilihan raya di negara2 tersebut tidak lagi diyakini dan mana2 kerajaan yg dipilih termasuk dari parti yg mengamalkan taktik2 tersebut telah ditolak rakyat. Negara akhirnya menjadi tidak stabil, pelabur hilang keyakinan, kemakmuran nasional merudum dan akhirnya rakyat menderita. Sejarah selama ini telah membuktikan bahawa di malaysia sejak merdeka lagi, proses pilihan raya yg diadakan bersifat berwibawa, adil dan telus.

Kerajaan yg telah dipilih hasil pilihan raya umum sama ada di peringkat Persekutuan mahu pun di peringkat Negeri ialah kerajaan yg mendapat sokongan serta keyakinan majoriti rakyat sesuai dgn amalan demokrasi. Amalan demokrasi sbg teras pemerintahan merupakan mekanisme terbaik yg pernah dicipta manusia. Hakikatnya perbezaan pendapat, idea dan pandangan bukannya penyebab malapetaka atau punca perpecahan. Malah jika ditangani dan diuruskan secara baik sejarah telah menunjukkan ia mampu mendatangkan rahmat, yg akan membahagiakan rakyat dan memajukan negara. Marilah kita sama2 sama ada parti kerajaan mahupun parti pembangkang memberikan komitmen untuk memelihara keutuhan proses demokrasi dan menghormati keputusan yg akan dibaut oleh rakyat.

Marilah kita bersama2 berdoa agar pilihan raya ini akan berjalan dgn lancar aman, lancar dan selamat. Rakyat Malaysia yg dikasihi, saya inign beri jaminan bahawa kerajaan yg ada akan meneruskan tugas dan tanggungjawabnya sesuai dgn prinsip keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang2 sehingga selesai proses pilihan raya. Saya juga ingin menyeru di samping memberi jaminan kpda semua rakyat Malaysia serta parti politik yg terlibat bahawa jika berlaku sebarang peralihan kuasa sama ada di peringkat Persekutuan mahu pun di peringkat negeri ia akan dan perlu berlangsung secara aman dan tertib. Inilah iltizam kita dalam menjunjung prinsip demokrasi. Inilah tekad kita dalam menggerakkan transformasi politik. Inilah komitmen kita dalam menghormati suara dan mendahulukan kepentingan rakyat. Kepada semua rakyat Malaysia terutama yg tinggal di pantai timur Sabah janganlah bimbang dan takut. Laksana dan tunaikanlah tanggungjawab tuan2 dan puan2 sebagai warganegara Malaysia. Pihak keselamatan negara akan menjalankan tugas mereka untuk memastikan persekitaran yg selamat untuk tuan2 dan puan2 sekalian.

Setiap undi tuan2 dan puan2 adalah penting. Jangan bazirkan ia. Jangan pertaruhkan masa depan anak2 dan negara Malaysia. Fikir dan renungkanlah dengan sebaik2nya sebelum membuat keputusan. Ini kerana undi saudara saudari akan menentukan bukan sahaja hala tuju negara dan negeri tetapi juga untung nasib anak cucu kita semua. Dalam pilihan raya ini tuan2 dan puan2 bukan sahaja bertanggungjawab memilih wakil saudara dan saudari bagi setiap kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) tetapi juga memilih kerajaan yg akan mendokong aspirasi tuan2 dan puan2. Rakyat Malaysia yg dikasihi, saya berdiri di sini dgn penuh rasa tawaduk dan terhormat kerana diberi kepercayaan untuk memimpin tuan2 dan puan2 sekalian. Saya dan rakan2 amat menghargai dan menjunjung tinggi kepercayaan yg telah diberikan oleh rakyat dan akan memberikan yg terbaik demi untuk Malaysia dan warganya. Di sini saya selaku ketua kerajaan Barisan (BN) ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada rakyat Malaysia kerana telah memberi kepercayaan kepada rakyat Malaysia kepada kami kerajaan Barisan nasional (BN) untuk menerajui kepimpinan negara semenjak lima tahun yg lepas.

Mulai hari ini saya dan rakan2 kepimpinan Barisan Nasional (BN) akan turun dan bertemu dengan rakyat seluruh pelosok negara bagi meyakinkan rakyat Malaysia kenapa kami Barisana Nasional (BN) perlu diberi peluang kembali untuk membentuk kerajaan dengan majoriti yg kukuh. Kami akan menggunakan mandat kukuh yg diberi insya Allah untuk melipat gandakan lagi usaha bagi melakar masa depan yg lebih baik, yg lebih bermakna, yg lebih sejahtera untuk saudara dan saudari serta anak cucu kita semua. Ayuh, teruskan perjalanan kebangsaan untuk mencapai wawasan nasional ke arah Malaysia yg maju dan berpendapatan tinggi. Ingatlah pencapaiannya bukan secara automatik. Ia memerlukan kita melipatgandakan usaha dan meneruskan kesinambungan kejayaan yg wujud. Marilah kita bersama2 berganding bahu, berpimpin untuk menjadikan impian ini sebuah realiti. Malaysia yg maju, makmur dan selamat penuh dengan peluang serta sarat harapan bagi semua. Demi Malaysia usaha bakti kita curahkan, kepada Tuhan kita berserah.

Kasihnya Seorang Suami

Abil: 'Moga bertemu di syurga abadi.......'

"Pergilah Gee. Pergilah! Walau selepas ini abang tidak lagi dapat mendengar suara rengekmu, tidak lagi dapat menyapu air matamu, namun abang reda. "Pergilah! Abang yakin, di sana DIA menyediakan tempat lebih baik untukmu. Di sana, akan hilang segala sakit menyerang. Akan lenyap segala derita yang sayang tanggung selama ini." Dalam kesayuan, Abil Fikri Ahmad, 44, masih murah dengan senyuman. Namun, tangis di hatinya, hanya dia saja yang tahu. Pemergian isteri tercinta, Fauziah Muhamad, 39, kira-kira jam 9.50 pagi semalam, pasti menjerut tangkai hatinya.

Fauziah atau lebih mesra dipanggil Gee, menderita penyakit saraf sejak hampir dua tahun lalu. Bermula dengan serangan lelah, Gee kemudian menderita lumpuh. "Gee tidak menunjukkan sebarang perubahan. Cuma sejak kebelakangan ini, keadaannya tenang berbanding biasa. Tidur malamnya sangat lena. "Malam tadi pun (kelmarin), saya meneman Gee hingga jam 2 pagi. Seperti biasa, saya duduk di sisinya. Melihat matanya, bibirnya segenap wajahnya. Saya tidak pernah rasa puas merenung Gee. Dan selepas ini, tidak lagi wajah itu untuk saya tatap..."

Suara Abil seolah tersekat. Dadanya sebak.
“Pagi tadi (semalam) selepas solat Subuh, saya curi masa untuk tidur sebelum bangun semula bagi dia minum susu. Ketika sedang bancuh susu di tepi katil, Gee tiba-tiba menarik nafas dengan kuat. Dua kali... "Dia pergi dengan tenang. Wajahnya juga sangat tenang dan bersih. Gee memang isteri yang baik," nada suara Abil semakin hiba. Memanglah berat mata kita melihat kesedihan ditanggung Abil. Namun, berat lagi hatinya menanggung kesedihan atas
kehilangan isteri tercinta.

"ALLAH pinjamkan Gee kepada saya hanya sementara ketika dia sihat dan sakit. Sekarang ALLAH ambil dia kembali. Walau sekasih mana pun saya pada Gee, ALLAH lebih menyayangi dia. Saya reda!" Menurut Abil, sejak hujung Januari lalu kesihatan isterinya tidak lagi menentu. Berat badannya semakin menyusut. Mulutnya pula tidak lagi dapat ditutup. Malah katanya, arwah tidak lagi menunjukkan sebarang tindak balas ketika diusik berbanding biasa. "Saya melihat perubahannya. Semakin hari semakin lemah. “Sebelum ini jika saya usik tapak kaki Gee, dia akan bertindak balas. Tapi sejak akhir2 ini tiada lagi. “Dia pun tidak lagi marah2 atau merengek. Apa yang saya nampak keadaannya sangat tenang dan dia akan buka mata setiap kali saya berada di dalam bilik,” katanya.

Selain itu katanya, sebelum ini, menerusi laman blognya, dia juga turut meminta rakan2 dan pembaca agar sama2 mendoakan keadaan kesihatan isterinya yang semakin tidak menentu. Namun ajal dan maut di tangan TUHAN. Isteri tersayang yang dijaga penuh perhatian akhirnya pergi buat selama-lamanya. “Ketika dia sihat saya pernah tanya adakah dia berpuas hati saya menjadi suaminya dan dia cakap dia bersyukur. “Tapi sekarang saya hanya dapat tanya diri sendiri, adakah saya telah menjaga isteri saya dengan baik ketika dia sakit dan menjalankan tanggungjawab dan ujian daripada ALLAH ini dengan sempurna,” katanya. Ketika ditanya tentang perancangannya selepas ini, kata Abil, dia tiada perancangan khusus namun berhasrat menjadi pakar motivasi bagi berkongsi pengalaman tentang alam rumah tangga. Sementara itu, rumah Abil tidak putus2 dikunjungi orang ramai termasuk Raja Datin Seri Salbiah Nujumuddin dan pemimpin setempat.

Jenazah Allahyarham disembahyangkan di Masjid Jamek Rasah dan selamat dikebumikan di Makam Haji Said, Sikamat kira-kira jam 4 petang. Abil mendirikan rumah tangga dengan Fauziah pada 13 Mac 2009, namun selepas dua tahun merasai nikmat alam rumah tangga, isterinya mendapat serangan asma pada 22 Jun 2011 dan sejak itu dia disahkan lumpuh selain saraf otaknya tidak lagi berfungsi. Abil yang bekerja sebagai perunding kewangan kemudian mengambil keputusan berhenti kerja kerana nekad mahu menjaga isterinya sepenuh masa sebaik mungkin. Penderitaan dan ketabahan Abil menjaga isterinya mendapat perhatian umum yang bersimpati selain kagum dengan sikapnya. "Moga di sana nanti Gee lebih damai. Moga di sana nanti Gee lebih bahagia. Moga di sana ALLAH menempatkannya bersama para syuhada. Dan moga ALLAH mempertemukan Gee dan Abil di syurga abadi."

Tuesday, April 2, 2013

Tok Chik Meninggal

Pada awal pagi jumaat (29 Mac 2013) mama sekeluagra dikejutkan dengan berita kematian Tok Chik. Lebih kurang jam 2.30 pagi kami sekeluarga dikhabarkan Tok Chik meninggal dunia akibat terjatuh dari flet umahnya dari tingkap 8 terus ke bawah. Alhamdulillah kami sempat melawat jenazah beliau di Hospital HUKM sebeluam jenazah beliau dibawa pulang ke kamgpung halamannya di Perak untuk dikebumikan...

Salam takziah..........

Salam Takziah...AL-FATIHAH..amin

Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un انا لله وانا اليه راجعون |

Terkejut jg mendengarnya, Mama baru mendapat berita sedih, Gee atau Fauziah baru saja menghembuskan nafas yg terakhir sebentar tadi. Mohon semua sedekahkan Al Fatihah untuk Gee. Semoga Allah swt merahmati dan menempatkan Gee di kalangan yg terbaik..Fauziah telah di serang asma pada Jun 2011 yg telah menyebabkan beliau mengalami kerosakan pada saraf otak, suaminya Abil Fikri Ahmad menjaganya dengan penuh kasih sayang dan sanggup bekorban apa saja demi isteri tercinta hingga nafas yg terakhir. Semoga Allah menempatkan Fauziah di tempat orang-orang yg beriman. AMin..

Mama mmg xpernah mengenali saudari/a Gee n Abil tapi mama selalu membaca n mengikuti kisah beliau di blog aje...
Bagi yg ingin mengetahui lebih lanjut tentang pengorbanan seorang suami(Abil) terhadap isterinya(Gee) boleh klik http://abil4fauziah.blogspot.com/

Semoga saudara Abil kuat n tabah menghadapinya....mama betul2 tabah n kagum dgn kecekalan n ketabahan saudara Abil dlm menjaga n menguruskan isterinya yg terlantar sakit....kalau suami lain mama tak tau la sanggupkah???.....susah nak cari seorang suami yg sekuat n setabah saudara Abil......AL-FATIHAH....amin...

Thursday, March 28, 2013

DUN N9 Catat Sejarah Terbubar Secara Automatik

Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan terbubar secara automatik hari ini apabila tempoh mandat lima tahunnya berakhir Rabu tengah malam, sekali gus mencatat sejarah pembubaran DUN pertama secara automatik di negara ini. Pembubaran itu berdasarkan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri di bawah Fasal 56(3) yg menyatakan Dewan Negeri berjalan selama lima tahun dari tarikh mesyuarat pertama dan kemudiannya dibubarkan kecuali dibubarkan terlebih dahulu.

Mesyuarat pertama DUN Negeri Sembilan berlangsung pada 27 Mac 2008 dengan agenda utama melantik Speaker dan upacara mengangkat sumpah anggota DUN. Selama ini, DUN Negeri Sembilan dibubarkan lebih awal sebelum tamat tempohnya dengan tarikh pembubarannya dibuat mengikut tarikh pembubaran Parlimen bagi membolehkan pilihan raya umum bagi kawasan DUN dan Parlimen di negeri ini diadakan serentak. Memandangkan Parlimen belum dibubarkan lagi setakat ini, maka DUN negeri ini terbubar secara automatik Rabu tengah malam berdasarkan fakta ia merupakan yang pertama bersidang berbanding DUN lain serta Parlimen.

Pilihan raya umum ke-12 diadakan pada 8 Mac, 2008. Sidang pertama Dewan Rakyat berlangsung pada 28 April, 2008. Bagi DUN lain, Pahang mengadakan mesyuarat pertamanya tahun itu pada 7 April, Johor dan Melaka (21 April), Selangor (22 April), Perak (25 April), Perlis dan Kelantan (28 April), Pulau Pinang (2 Mei) serta Terengganu, Sabah dan Kedah pada 5 Mei. Berikutan pembubaran secara automatik DUN Negeri Sembilan, pilihan raya untuk kerusi DUN perlu diadakan dalam tempoh 60 hari mengikut peraturan pilihan raya. Negeri Sembilan kini ditadbir kerajaan sementara di bawah Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan. Sementara itu, Speaker DUN Negeri Sembilan Datuk Razak Mansor berkata beliau akan memaklumkan secara rasmi mengenai pembubaran secara sendirinya badan membuat undang-undang itu kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

DUN Negeri Sembilan mempunyai 36 kerusi susulan pilihan raya umum ke-12 lalu dengan Barisan Nasional (BN) berjaya menubuhkan kerajaan selepas memenangi 21 kerusi manakala selebihnya dimenangi DAP (10), Parti Keadilan Rakyat (PKR)(4) dan satu oleh PAS. Pada 11 Okt 2009, satu pilihan raya kecil diadakan bagi kerusi DUN N.31 Bagan Pinang berikutan kematian penyandangnya Azman Mohammad Noor (BN). Ia menyaksikan calon BN Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, yang juga bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, memenangi kerusi itu apabila mengalahkan wakil PAS, Zulkefly Mohamad Omar dengan majoriti undi 5,435.

Friday, March 15, 2013

Ops DAULAT Gempur

Hari ini Ops Daulat sudah memasuki hari Kesebelas. Kami boleh nampak sendiri air muka Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin cukup sedih tetapi tegas, ditambah dgn kemarahan yg tidak boleh diselindung lagi ketika dalam sidang media. Apatah lagi melihatkan perkhabaran yg cukup menyedihkan apabila satu demi satu anak buahnya dan perwira untuk 28 juta rakyat Malaysia terkorban. Alhamdulillah kita mendapat perkhabaran yg “cukup meyakinkan” sejak Ops Daulat yg mula dilancarkan, apabila Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin sudah meniup semboyan yg cukup2 tegas bagi melawan saki-baki pengganas Lahad Datu kali ini.


Hari ini adalah hari kesebelah sejak Ops Daulat Lahad Datu Sabah dilancarkan :

Angkatan Tentera DiRaja Malaysia (ATM) dijangka akan melakukan gempuran terakhir bagi menamatkan terus pencerobohan kumpulan pengganas Sulu di kawasan Lahad Datu, Sabah. Gempuran Ops Daulat akan dilakukan dalam tempoh sekitar 48 jam lagi. ATM telah pun mengumumkan ia akan menambah aset dan anggota untuk menggempur pengganas yg menceroboh negara di Kampung Tanjung Batu dan Sungai Nyamuk, 130 kilometer dari bandar Lahad Datu, sejak 12 Febebuari lepas.

OPS Daulat : Antara Peralatan Senjata & Kekuatan Anggota Pertahanan Yg Bakal Ditambah!

Sebelum ini, ketika gempuran Ops Daulat pertama dibuat, sebanyak 8 jet pejuang termasuk jenis F18 dan hawak telah digunakan. Untuk Ops Daulat Kali ini beberapa helikopter Pasukan Udara Tentera Darat + Machine gun dan kapal perang Tentera Laut Diraja Malaysia akan tiba hari ini di sini secara berperingkat.

Ops daulat

Dua helikopter pelbagai guna milik Tentera Darat, Agusta Westland AW109. 12 kereta perisai berantai jenis Adnan dan kapal perang Tentera Laut Diraja Malaysia juga dijangka tiba di lahad Datu secara berperingkat Alhamdulilah. Barulah buku bertemu dengan ruas. Kalau dahulu, Jabatan Perdana Menteri (JPM) yg menjaga menjaga perairan timur Sabah sepanjang 1,400 km, kali ini Kementerian Pertahanan yg diberi tanggungjawab menjaganya. Mereka ini yg sememangnya yg lebih layak menjaga pertahanan negara yg cukup terdedah drpd serangan musuh sekarang ini termasuklah di Sabah.

Semoga operasi Ops daulat Lahad Datu menjadi semakin lancar mendapat arahan terus tanpa birokrasi yg berlebihan yg mana tanpa campur tangan yg berlebihan daripada kalangan yg berkepentingan tetapi tidak berkelayakan dan tidak berpengalaman (Contohnya Menteri Ini) dalam operasi penting seperti ini.

P/S : Sama2 kita doakan anggota keselamatan kita diberikan terus kekuatan bagi menghapuskan terus saki-baki pengganas Lahad Datu Sabah seterusnya menamatkan terus operasi Ops Daulat kali ini..

Bedil Sarang Pengganas

Pasukan keselamatan pagi semalam mula membedil lokasi persembunyian pengganas di Kampung Sungai Nyamuk, FELDA Sahabat 22 dekat sini, menggunakan mortar. Bedilan bertalu-talu itu bertujuan memaksa saki baki pengganas keluar dari tempat persembunyian mereka.

Kampung Sungai Nyamuk kini menjadi sasaran pasukan keselamatan selepas pertempuran dengan kumpulan pengganas di kampung itu, Selasa lalu, mengorbankan Allahyarham Koperal Ahmad Hurairah Ismail, 24. Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, berkata pihaknya menyerang lokasi spesifik yang dipercayai menjadi tempat persembunyian pengganas
di kampung itu selepas mereka melarikan diri dari Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu. Kita melancarkan serangan mortar dulu sebelum melakukan operasi mencari dan menggeledah.Bagaimanapun, sejak petang semalam (kelmarin) tiada pertempuran dengan pengg. Zulkifeli berkata, pasukan keselamatan kini memperkecil kawasan kepungan di Kampung Sungai Nyamuk dan Kampung Tanjung Batanas.

Penembak tepat

Kita percaya mereka masih bersembunyi di kampung itu,” katanya pada sidang media bersama Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar di FELDA Sahabat 16 dekat sini, semalam. Allahyarham Ahmad Hurairah terkorban ketika bertempur dengan lima pengganas Sulu di kawasan ladang kelapa sawit di kampung itu pada jam 10.30 pagi, Selasa lalu. Beliau yang ditugaskan sebagai ‘pointer’ iaitu anggota tentera paling depan dalam kumpulannya untuk menjejaki musuh, dipercayai ditembak penembak tepat musuh. Allahyarham dari Batalion Ke-7 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Kem Kukusan Tawau, Sabah dan berasal dari Pasir Mas, Kelantan gugur di tempat kejadian. Dua pengganas berjaya dibunuh pasukan keselamatan dalam pertempuran ituu, selain meneruskan operasi mencari dan menggeledah di Kampung Sungai Bilis dan Kampung Tanjung Labian.

Thursday, March 14, 2013

Hukum Kucupan Terakhir Buat Jenazah

Hukum Kucupan Terakhir Buat Jenazah | Apakah hukum untuk ciuman terakhir buat jenazah?

Soalan :
‘ Dari Allah S.w.t. kita datang dan padaNya kita akan kembali’
Setelah disempurnakan mandi jenazah maka dipanggillah ahli keluarga yg terdekat untuk menatap dan selalunya akan mencium dahi yg meninggal itu..persoalannya.. siapa yg boleh menyentuh/menciumnya… kerana ada suara2 dibelakang yg mengatakan mayat itu didalam keadaan berwudhu’..maka sekiranya isteri,anak menantu (lelaki bagi jenazah perempuan dan sebaliknya) dan yang bukan muhrim melakukannya maka terbatallah wudhu’ jenazah berkenaan dan jenazah akan dikebumikan tanpa wudhu’.

Jawapan :

Sesiapapun tidak dihalang dari mencium jenazah. Tidak timbul persoalan wudhu’ jenazah itu terbatal kerana apabila seorang anak adam itu telah meninggal maka hilanglah tanggungjawabnya.Walaubagaimanapun, sekiranya yg mencium itu bukan mahramnya, maka wudhu’ pencium itu terbatal.

Bank Rakyat Agih Dividen 18% u 2012

Bank Rakyat Agih Dividen 18% Bagi Tahun Kewangan 2012. Setelah mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM1.74 bilion pada tahun kewangan 2012, bank kesayangan penjawat awam satu Malaysia ini semalam akhirnya mengumumkan pemberian dividen untuk ahlinya. Menurut laporan BH Online, Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd. (Bank Rakyat) telah mengumumkan pengagihan dividen sebanyak 18 peratus atau RM495 juta bagi tahun kewangan 2012 berbanding 20 peratus pada tahun sebelum.

bonus bank rakyat 2012
Pengagihan itu membabitkan pembayaran dividen tunai sebanyak 16 peratus atau RM440 juta dan dividen bonus dalam bentuk syer sebanyak dua peratus yang berjumlah RM55 juta kepada 947,541 orang ahli.

Penghormatan Terakhir Untuk 2 Wira Negara

Dua anggota tentera yg terkorban dalam Operasi Daulat di Lahad Datu, Sabah kelmarin dinaikkan pangkat kepada Koperal, membolehkan keluarga mereka menerima pencen terbitan kira2 RM2,500 sebulan. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata imbuhan untuk kedua2 ibu bapa Allahyarham Koperal Ahmad Hurairah Ismail, 24, dan Koperal Ahmad Farhan Ruslan, 21, akan turut diberi menerusi beberapa faedah perkhidmatan.

Keluarga terima faedah

Katanya, keluarga kedua2 perajurit juga akan menerima faedah lain scra kumulatif termasuk insurans berkelompok, koperasi dan tabung angkatan tentera kira2 RM170,000. Wang tak boleh mengubati kesedihan kehilangan orang tersayang, tetapi bantuan ini tanda prihatin Kementerian Pertahanan, warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan rakyat Malaysia, katanya pada sidang media di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang, di sini semalam. Terdahulu Ahmad Zahid mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memasuki pesawat C-130 TUDM dan memberi penghormatan terakhir kepada kedua-dua wira negara itu. Hadir sama, Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin.

Tentera pertama terkorban
Allahyarham Ahmad Hurairah adalah anggota tentera pertama terkorban sejak insiden pencerobohan pengganas di Sabah bermula 12 Februari lalu. Anak kelahiran Kelantan itu terkorban dalam pertempuran dgn pengganas di Sungai Nyamuk, Kampung Tanjung Batu, Lahad Datu dalam pertempuran tiga jam yg berakhir jam 10.45 pagi kelmarin manakala seorang lagi perajurit cedera dan empat musuh terbunuh. Allahyarham Ahmad Farhan pula terbunuh dalam nahas jalan raya di Jalan Lahad Datu-Chenderawasih untuk menghantar makanan kepada anggota keselamatan dalam operasi itu.

Ahmad Zahid mengingatkan rakyat tidak memperlekeh kemampuan pasukan keselamatan yg sedang berjuang menentang pengganas dari selatan Filipina dalam Operasi Daulat, sebaliknya perlu bersatu memberi sokongan. Sementara itu, Zulkifli menyifatkan pemergian wira negara dalam pertempuran di Lahad Datu adalah pengorbanan yg sangat besar kepada negara. Jika orang kata ini sandiwara nyawa dipertaruhkan, adakah itu satu sandiwara? Bagaimana jika itu berlaku kepada bapa, anak atau adik mereka? katanya. Sementara itu, jenazah dua anggota tentera, Koperal Ahmad Hurairah Ismail dan Koperal Ahmad Farhan Ruslan selamat dikebumikan di tanah perkuburan di kampung masing2. Jenazah Allahyarham Ahmad Hurairah, 24, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bayu Lalang, Pasir Mas, manakala Allahyarham Ahmad Farhan, 21, di Tanah Perkuburan Islam Pasir Hor, Kota Bharu, tengah hari semalam.

Agbimuddin Gagal Lolos

Ketua pengganas, Agbimuddin Kiram, dipercayai terkepung di Gugusan Labian, dekat sini, kerana gagal meloloskan diri ke selatan Filipina. Anak buahnya dipercayai cuba melarikan adik Jamalul Kiram III itu, tetapi gagal berikutan kepungan ketat pasukan keselamatan di darat dan laut. Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib, berkata Agbimuddin dipercayai disembunyikan anak buahnya bagi mengelak daripada ditahan, cedera atau terbunuh jika bertempur dengan pasukan keselamatan.

Rondaan kereta perisai di Kampung Sungai Nyamuk ketika pasukan keselamatan meneruskan kepungan manakala operasi mencari serta menggeledah diteruskan.
Sembunyi di zon perang

Saya yakin dia bersembunyi di zon perang dan menyusun taktikal perang, katanya pada sidang media bersama Panglima Satu Divisyen Infantri Tentera Darat Mej Jen Datuk Ahmad Zaki Mokhtar di FELDA Sahabat 16, semalam. Beliau berkata, pasukan keselamatan terus berusaha membawa keluar mayat pengganas Sulu untuk dibedah siasat selepas 25 mayat berjaya dikeluarkan setakat ini. Selain itu, katanya, Kampung Sungai Nyamuk, Sungai Bilis dan Tanjung Batu terus dikepung pasukan keselamatan manakala operasi mencari serta menggeledah diteruskan.

Parlimen Automatik Bubar 30 April

Parlimen bubar secara automatik pada 30 April dan bukan 28 April seperti diuar-uarkan sebelum ini bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dilangsungkan. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjelaskan, tarikh cukup tempoh satu penggal atau lima tahun PRU, dikira berdasarkan tarikh sidang pertama Dewan Rakyat selepas pilihan raya berlangsung, bukan tarikh pilihan raya umum diadakan dan pengiraan berkenaan sudah disahkan penasihat undang2 suruhanjaya berkenaan.
Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (gambar), berkata Negeri Sembilan akan menjadi negeri pertama yg Dewan Undangan Negeri (DUN) terbubar secara automatik iaitu 27 Mac ini jika Parlimen tidak dibubarkan sebelum itu. Ramai termasuk pemimpin politik tidak sedar perkara ini hingga buat andaian Parlimen sepatutnya terbubar sendiri 9 Mac lalu. Sidang pertama Dewan Rakyat selepas PRU-12 ialah 28 April 2008, tetapi disebabkan 28 April 2013 jatuh pada Ahad, ia dibawa kepada 29 April dan Parlimen bubar secara automatik 30 April, katanya.

PM masih berkuasa

Aziz berkata, sehingga 30 April itu, Perdana Menteri masih berhak bersuara dan segala keputusan kerajaan adalah sah, malah apabila Parlimen dibubarkan, kerajaan sedia ada bertindak selaku kerajaan sementara dan Perdana Menteri boleh membuat keputusan atau menasihati Yang di-Pertuan Agong. Sementara itu, Setiausaha SPR, Datuk Kamaruddin Mohamed Baria menolak dakwaan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim jumlah pengundi di daerah mengundi (DM) Bestari Jaya, Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok melebihi penduduk. Tindakan beliau menyebarkan perkara itu melalui akhbar partinya dilihat tidak ikhlas dan cuba mengelirukan orang ramai, sedangkan SPR memberi ruang kepada mana-mana pihak yang mencurigai daftar pemilih untuk membantah ketika Rang Daftar Pemilih Tambahan suku tahun dipamerkan, katanya dalam satu kenyataan. Kamaruddin, berkata, DM Bestari Jaya Utara lebih luas dan tidak terhad dalam kawasan pekan Bestari Jaya, sebaliknya bermula dari sempadan Ladang St Andrew dan berakhir di sempadan Kampung Sungai Darah dengan dipisahkan jalan utama Batang Berjuntai-Kuala Selangor. DM Bestari Jaya Utara mengandungi 18 lokaliti iaitu taman perumahan, kampung tradisi, kuarters kerajaan dan penempatan utama. Kenyataan Menteri Besar Selangor itu dipercayai hanya merujuk Bestari Jaya Utara yang didakwa mempunyai hanya 1,788 penduduk dan ia adalah tidak benar.

Berdasarkan daftar pemilih sehingga Disember 2012, pemilih di DM Bestari Jaya ialah 3,558 orang, peningkatan 1,317 orang berbanding 2006 disebabkan pertambahan sembilan lokaliti baru iaitu taman perumahan, katanya. Beliau berkata, hasil semakan bagi 2006 ketika Pilihan Raya Kecil DUN Ijok 2007, pemilih di sana 2,241 orang, tetapi perkara itu tidak pernah dibangkitkan atau dibantah ketika Khalid bertanding seterusnya menang kerusi itu.

Wednesday, March 13, 2013

Kes Lahad Datu Jadi Pengajaran

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu sebagai peristiwa yg bukan sahaja membuka mata kerajaan, tetapi juga seluruh rakyat Malaysia terutama di Sabah tentang kepentingan meningkatkan persiapan menghadapi ancaman luar. Sambil menegaskan bahawa kerajaan tidak akan memandang ringan tentang keselamatan negara, beliau berkata, segala usaha akan dilakukan untuk memastikan pasukan keselamatan diberi latihan sebaik mungkin, dilengkapi peralatan lebih canggih dan sentiasa bersedia untuk menangani kejadian seperti itu.

"Saya rasa, kita telah menikmati suasana aman dan stabil yg begitu lama di Malaysia. Komunis meletak senjata pada 1989 dan sejak itu, kita dilimpahi suasana aman dan stabil dalam tempoh cukup panjang. "Kejadian itu (serangan di Lahad Datu dan Semporna) merupakan ancaman luar dan kita perlu menanganinya. Sekiranya kita membuat keputusan menambah perbelanjaan untuk pertahanan dan keselamatan, janganlah rakyat mempertikaikannya pula. "Mereka perlu melihatnya sebagai langkah untuk melindungi keselamatan, kedaulatan dan integriti wilayah kita," katanya pada program Conversation With The PM yang disiarkan melalui saluran TV3 malam tadi. Kata Najib, kerajaan tidak akan berkompromi tentang keselamatan, kedaulatan dan integriti wilayah Malaysia.

Prebet Maut Trak Jatuh Gaung

Seorang anggota tentera berpangkat prebet maut selepas trak yg dipandu hilang kawalan sebelum terbabas di Kilometer 36, Jalan Lahad Datu-Tungku dekat Cenderawasih di sini semalam. Kejadian pada pukul 7.30 pagi itu mengorbankan Ahmad Farhan Ruslan dari Batalion 3 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) di Sandakan. Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, sebelum kejadian mangsa dalam perjalanan untuk menghantar bekalan ke kawasan operasi Ops Daulat.

Sementara itu, di Kota Bharu, Kelantan, seorang ibu tidak menyangka kelibat beberapa anggota tentera yg datang ke rumahnya di Taman Desa Darulnaim 2, Pasir Tumboh membawa khabar sedih mengenai kematian anaknya yg menyertai Ops Daulat. Rusilawati Ghani, 44, berkata, Ahmad Farhan, anak kedua daripada lima beradik itu maut selepas kenderaan yg dinaikinya terlibat dalam kemalangan.

Seorang Askar Gugur, Tiga Pengganas Maut

Ops Daulat yang masuk hari kelapan semalam menyaksikan seorang lagi anggota pasukan keselamatan terkorban manakala tiga pengganas mati dalam pertempuran di Sungai Nyamuk berdekatan Kampung Tanjung Batu di sini. Dalam pertempuran pada pukul 10.30 pagi hingga pukul 1.50 petang itu, seorang lagi anggota tentera cedera. Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin berkata, anggota keselamatan yang terkorban ialah Prebet Ahmad Hurairah Ismail, 24, dari pasukan 7 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Tawau manakala seorang lagi anggota tentera yg berusia 35 tahun mengalami kecederaan di pipi dan dirawat di Hospital Tawau.

Menurut beliau, pertempuran itu bermula pada pukul 7.30 pagi ketika sepasukan anggota keselamatan membuat operasi pembersihan di Sungai Nyamuk dan berjaya mengesan lima anggota pengganas. "Sebaik kumpulan lima pengganas itu terserempak dengan pasukan keselamatan, berlaku pertempuran tetapi kumpulan pengganas itu berundur," kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam. Zulkifeli berkata, pasukan keselamatan terus menjejaki puak musuh sebelum berlaku pertempuran kali kedua bermula pada pukul 10.45 pagi hingga pukul 1.30 petang, kira-kira empat kilometer dari kawasan pertempuran pertama. "Dalam pertempuran kali kedua ini, seorang wira kita gugur manakala seorang lagi cedera. "Pasukan keselamatan juga berjaya menembak mati tiga daripada kumpulan pengganas itu," ujar beliau.

Jenazah Selamat Tiba

Jenazah dua anggota tentera yg terkorban dalam Ops Daulat menentang pengganas Sulu di Lahad Datu semalam, tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang di sini hari ini. Pesawat C-130 milik TUDM yng membawa jenazah Prebet Ahmad Hurairah Ismail, 24, dan Ahmad Farhan Roslan, 21, mendarat sejurus sebelum 8 pagi.

Ahmad Hurairah terkorban dalam pertempuran dengan pengganas di Sungai Nyamuk, Kampung Tanjung Batu, Lahad Datu manakala Ahmad Farhan terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Jalan Lahad Datu-Chenderawasih ketika menghantar makanan untuk anggota keselamatan dalam operasi itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi antara yg menyambut ketibaan kedua-dua jenazah. Najib dan Ahmad Zahid memasuki pesawat dan memberi penghormatan terakhir kepada kedua2 wira negara itu. Allahyarham Ahmad Hurairah merupakan anggota Angkatan Tentera Malaysia pertama yg terkorban sejak insiden pencerobohan pengganas di Sabah bermula 12 Feb. Anak kelahiran Kelantan itu terkorban dalam pertempuran yg berlaku pada 10.45 pagi semalam yg turut menyaksikan seorang lagi perajurit cedera dan dua musuh terbunuh.

Sehingga kini, 10 anggota keselamatan gugur dalam insiden pencerobohan bersenjata itu manakala 56 musuh ditembak mati.

Dua Anggota Tentera Terkorban

Kepulangan jenazah wira negara, Allahyarham Koperal Ahmad Hurairah Ismail, 24, ke kampung halamannya di Bayu Lalang di sini pada pukul 11.20 pagi ini dari Lahad Datu, Sabah, disambut dalam suasana hiba ahli keluarga, saudara-mara, rakan taulan dan penduduk kampung di situ. Ibu bapa Allahyarham, Ismail Hussin, 55, dan Rahmah Mahat, 50, juga dilihat tidak dapat menahan kesedihan dan menangis teresak2 sebaik sahaja melihat sekujur tubuh anak mereka yg terkorban dalam Ops Daulat pada pukul 10.45 pagi semalam. Kediaman keluarga Allahyarham mula dikunjungi orang ramai sejak awal pagi ini sebaik sahaja berita mengenai tragedi yg melanda Ahmad Hurairah tersebar dan diketahui umum.

Panglima Tentera Darat, Tan Sri Zainal Abidin yg turut mengiringi ketibaan jenazah Allahyarham telah menyerahkan Jalur Gemilang yg membaluti keranda Allahyarham kepada bapanya sebagai simbolik Ahmad Hurairah adalah wira negara. Perjalanan kira2 500 meter jenazah Allahyarham untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bayu Lalang turut diiringi dgn tangisan oleh kebanyakkan ahli keluarga yg datang. Jenazah Allahyarham telah dikebumikan di tanah perkuburan itu pada pukul 12.50 tengah hari ini dengan diiringi adat istiadat ketenteraan.

Turut mengiringi upacara pengkebumian jenazah Allahyarham adalah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali; Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob; Panglima Markas 8 Bridged Kem Pengkalan Chepa, Datuk Mohd. Zaki Hamzah dan beberapa pemimpin lain.

Dua anggota tentera yg terkorban dalam insiden pencerobohan bersenjata di Lahad Datu dinaikkan pangkat kepada Koperal penuh, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini. Beliau berkata, imbuhan untuk kedua2 ibu bapa Allahyarham Ahmad Hurairah Ismail, 24, dan Ahmad Farhan Ruslan, 21, akan diberi melalui beberapa faedah perkhidmatan. Wang bukan boleh mengubati kesedihan kehilangan orang tersayang tapi ia tanda rasa prihatin drpd Kementerian Pertahanan, warga Angkatan Tentera dan rakyat Malaysia," katanya kepada pemberita di Pangkalan TUDM Subang, di sini hari ini.

Beliau hadir memberikan penghormatan terakhir apabila jenazah dua wira negara itu diterbangkan ke sini dari Sabah. Turut hadir bagi memberi penghormatan terakhir ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Ahmad Hurairah merupakan anggota Angkatan Tentera Malaysia pertama yg terkorban sejak insiden pencerobohan pengganas di Sabah 12 Feb lepas.

Tuesday, March 12, 2013

Op Daulat

Op Daulat: 54 penceroboh mati, 97 lagi ditahan
Pada 5 Mac, pasukan keselamatan melancarkan gerakan ofensif terhadap kumpulan penceroboh militan di Kampung Tanduo, dan seminggu selepas Operasi Daulat, keadaan di Lahad Datu dan Semporna kembali seperti biasa. Seramai 54 penceroboh militan ditembak mati manakala 97 lagi ditahan kerana disyaki terbabit dgn pengganas militan, pasukan keselamatan yakin insiden
pencerobohan di Lahad Datu akan berakhir. Pasukan keselamatan turut menahan 122 orang kerana berada dlm zon larangan Operasi Daulat.

Malah, dalam tempoh 24 jam lepas, tiada insiden berbalas tembak antara pasukan keselamatan dan penceroboh militan itu di tiga kampung yang menjadi tumpuan operasi iaitu Kampung Tanduo, Tanjung Batu dan Sungai Bilis. "Kami sedang berusaha bersungguh2 untuk memulihkan keadaan dan yakin kami boleh mencapainya," kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib pada sidang akhbar pada 4.30 petang ini. Terdahulu, pada sidang akhbar bersama Panglima Satu Divisyen Infantri Tentera Darat Mejar Jeneral Datuk Ahmad Zaki Mokhtar pada 10.40 pagi berkaitan perkembangan semasa insiden Lahad Datu, Hamza mengumumkan Kampung Tanduo, kawasan pendaratan penceroboh militan sebulan lepas, kini bersih daripada kumpulan itu.

Sementara itu, lima sekolah di Lahad Datu dan 49 di Semporna dibuka semula hari ini. Hanya tiga sekolah di kawasan zon merah masih ditutup. Bagaimanapun, Hamza mengingatkan masyarakat agar tidak menghampiri kawasan operasi. Pasukan keselamatan kini dalam usaha mengeluarkan mayat penceroboh dari Kampung Tanjung Batu, dan sehingga petang ini, 22 mayat dikeluarkan dan 18 daripadanya dihantar ke Hospital Lahad Datu manakala empat lagi ke Hospital Tawau untuk bedah siasat. "Satu mayat itu macam rupa Komander Musa (ketua kumpulan penceroboh berpangkat jeneral)," kata Ketua Forensik Operasi Daulat ASP Hussien Omar Khan.

Mengulas dakwaan bahawa pasukan keselamatan menggunakan kekerasan terhadap masyarakat pendatang dari Sulu, Hamza menafikannya dan berkata penduduk kampung Tanjung Batu, Labian dan Sungai Bilis telah dipindahkan. Sejak krisis pencerobohan, lapan anggota polis terkorban dalam serangan pengganas, iaitu dua di Kampung Tanduo pada 1 Mac dan enam di Semporna pada 2 Mac.