Islamic Clock

Friday, September 28, 2012

Menebus Dosa Silam

KEDUDUKAN semua insan di sisi Allah SWT adalah sama, hanya yg membezakan adalah ketakwaan dan keimanan seseorang. Begitu jua Allah SWT turut memberi jaminan akan mengampunkan dosa hamba2nya asalkan mrka bertaubat kepada-Nya dgn sebenar2 taubat. Sbg manusia, pastinya tidak akan lari drpd melakukan kesilapan dan kekhilafan akibat kelalaian dan kealpaan diri terhadap Pencipta kita.

Apa yg pasti, apabila sampai waktunya dan mendapat pula hidayah drpd Allah SWT, insan2 ini akan pulang semula ke pangkal jalan. Ini yg terjadi terhadap sekumpulan wanita dari Rumah Sinar Salam, yg telah mendapat hidayah dan petunjuk drpd Allah SWT dgn meninggalkan kehidupan masa lalu yg penuh kegelapan dan diberi rezeki pula untuk menjejakkan kaki ke Mekah mengerjakan umrah atas tajaan individu prihatin.

Ini membuktikan sesiapa shja boleh bertaubat dan mencari keredaan di sisi Tuhan biarpun pada masa lalu bergelumang dlm kancah maksiat. Bercakap mengenai Rumah Sinar Salam, pastinya tidak akan lari drpd menyoroti kisah2 penghuninya yg terjebak dgn gejala sosial. Sebutlah apa shja kegiatan sosial - persundalan, najis dadah, buang anak, anak luar nikah dsbnya merupakan sebahagian drpd jenayah sosial yg dilakukan oleh penghuni2nya yg kini menumpang teduh di rumah itu bagi mendapatkan sinar.

Menurut Pengasas Rumah Sinar Salam, Arfidah Abd. Latif, 58, ramai penghuni Rumah Sinar Salam ini sudah mendapat hidayah Allah SWT dan berjaya keluar dari kemelut sosial selepas aktiviti outreach (temu seru) dilakukan terhadap mereka. ''Ramai yg terbuka hati utk bertaubat. Biarpun mgkn masih janggal pada mata masyarakat akibat cara kehidupan masa lalu namun saya berdoa agar kami semua para penghuni di sini masih ada tempat di sisi Allah. ''Itu yg kami cari selama ini iaitu rahmat Tuhan. Kadangkala kami turut tertanya2 apakah dosa kami yg lalu akan diampunkan Allah. Begitu jg adakah taubat kami ini akan diterima oleh-Nya, krna kesan2 kehidupan masa lalu yg amat gelap dan jijik. Dia yg ditemani tiga lagi rakannya ditemui di pejabat I Umrah Rakyat Sdn. Bhd., di Rampai Town Centre, Taman Seri Rampai, Kuala Lumpur, iaitu agensi umrah di bawah Syarikat Fayrooz Travel And Marketing Sdn. Bhd., yg ditubuhkan berlandaskan kebajikan dgn memberi peluang kpda masyarakat yg kurang mampu mengerjakan umrah dgn sebahagian kosnya dibiayai oleh agensi ini.

Sementara itu, rata2 kebanyakan drpd bekas penghuni yg terpilih utk mengerjakan umrah ini telah pun berkeluarga dan skrg menjadi sukarelawan membantu 'menarik' insan2 senasib ke pangkal jalan. Namun masing2 tidak mampu menyuarakannya memandangkan ketiadaan wang dan 'malu' dgn keterlanjuran mereka yg telah lalu menyebabkan mereka rasa tidak layak menjejakkan kaki ke 'rumah' Allah itu. ''Selalunya kami hanya melihat di televisyen cerita mengenai insan2 yg berkesempatan untuk ke sana mengerjakan haji dan umrah. ''Kami tidak menyangka, berkat doa kami yg tidak berkesudahan, suara hati kami yg sentiasa mahu kembali ke jalan yg lurus, kami akhirnya dapat juga menjejakkan kaki ke rumah Allah tidak lama lagi dgn ihsan I Umrah Rakyat di bawah Program Umrah Rakyat.

Agihan Pendapatan AS1M 2012

Agih pendapatan 6.60 sen seunit
Amanah Saham Nasional Bhd. (ASNB) yg dimiliki penuh Permodalan Nasional Bhd. (PNB) mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak 6.60 sen seunit untuk Amanah Saham 1Malaysia (AS1M) bagi tahun kewangan berakhir 30 September 2012. Pengagihan pendapatan kali ketiga ini mencatatkan peningkatan sebanyak 0.10 sen seunit berbanding 6.50 sen seunit tahun lalu.

Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, kadar pengagihan pendapatan tersebut membabitkan pembayaran berjumlah RM459.86 juta, peningkatan sebanyak 49.1 peratus berbanding jumlah pembayaran pada tahun sebelum ini berjumlah RM308.40 juta.

Harapan Rakyat Kelantan

Anak kelahiran Kelantan termasuk yg tinggal di luar negeri ini berpeluang menyatakan harapan mrka kpda kerajaan negeri akan datang menerusi 200,000 kad yg diedar gabungan badan bukan kerajaan yg menggelarkan diri mrka sbg Gerakan Tukar Kerajaan Pas Kelantan Demi Rakyat (Tukar).
Kumpulan itu melancarkan kempen ‘Harapanku’ pada 22 September lalu dan akan berlangsung hingga 22 November ini. Kami telah menerima kembali lebih 5,000 kad Harapanku dan yakin mampu mengutip sekurang2nya 180,000 keping kad apabila kempen tersebut berakhir.

Harapanku bertujuan mengumpulkan hasrat anak Kelantan untuk disampaikan kepada kerajaan negeri yg akan dibentuk selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). Kamaruddin berkata, bagi perantau, mereka boleh melayari laman Facebook di www.facebook.com/groupe/22harapanku/ atau laman sesawang, 22harapanku.webs.com.

Sama2lah kita tunggu hasil PRU ke 13 nanti........

Rakyat Tunggu ‘HADIAH’ Bajet 2013

Bajet yg dibentangkan pd tahun lalu sarat dgn berita gembira dan durian runtuh utk rakyat, kini sentimen itu pastinya berulang lagi pada pembentangan Bajet 2013 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Bangunan Parlimen hari ini.
Sudah tentu semua pihak yg terlibat scra langsung atau tidak langsung tertunggu2 satu lagi pembentangan bajet yg prihatin kepada rakyat. Antara perkara yg diharapkan ialah hadiah untuk rakyat drpd pelbagai latar belakang pendapatan ketika menghadapi kenaikan kos sara hidup termasuk keperluan harian yg semakin melambung. Turut mendapat perhatian ialah bagaimana bajet kali ini mahu menangani kenaikan harga tanah dan rumah secara mendadak khususnya di bandar-bandar utama.

Menurut pemerhati pasaran, Bajet 2013 mungkin membantu golongan pertengahan yg memperoleh pendapatan antara RM3,000 hingga RM7,000 untuk memiliki rumah kediaman melalui Skim Rumah Pertamaku. Skim Rumah Pertamaku telah dilancarkan tahun lalu dan ia disasarkan untuk membantu golongan berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan. Sama2lah kita tunggu perbentangan budget 2013 yg dijangkakan bermula jam 4.00 pm nnti. Sama2lah kita saksikan......

Thursday, September 27, 2012

300 Hari....

Hari ini genap 300 hari arwah adik kembali ke rahmatullah....Al-Fatihah...AMIN...

Moga arwah tenang di alam sana dan ditempatkan di kalangan org2 yg soleh.....

Tuesday, September 25, 2012

Wang Hantaran Tinggi

Wang Hantaran di Malaysia : Statistik skrg menunjukkan kebanyakan kes perceraian byk membabitkan pasangan muda berumur bawah 30 tahun ke bawah. Sedangkan, tujuh tahun pertama usia perkahwinan adalah tempoh paling kritikal krna hampir 28 peratus perceraian berlaku dlm jangka waktu berkenaan. Apa sebab musababnya? Punca Utama Kes Cerai di Malaysia Meningkat Ketika Ini?Masalah kewangan dan kos sara hidup yg tinggi dikenal pasti sbg punca utama kes perceraian pasangan muda di ibu kota.
i-Suami tidak bersedia dlm aspek kewangan, lebih2 lg sara hidup yg tinggi di ibu kota berbanding pendapatan yg mrka peroleh
ii-Pihak keluarga bakal isteri meletakkan wang hantaran yg tinggi kpda pihak lelaki
iii-Jikalau buat majlis kecil2, takut dipandang hina dgn sesetengah masyarakat yg “busy body”, tidak kena tempat dan situasi
iv-Akhir sekali kami melihat ia kpda kehidupan masyarakat hari ini yg terlalu materialistik….Dan media2 jg selalu memainkan cerita perkahwinan artis2, dan kerabat2, dan VVIP yg gah sehingga menjadi ikutan masyarakat shgga dijadikan trend hari ini.

Inilah bahananya apabila sesetengah pihak skrg berlumba2 utk menunjukkan kpda siapa punya anak gadis yg lebih tinggi hantarannya. Sepatutnya, keluarga di sebelah perempuan berfikir panjang utk kebahagian anak gadisnya kelak, nak kena sama-2 menanggung hutang si suami. Agak2 jikalau si bakal suami berhutang terlalu tinggi, si bakal isteri itu akan terkena tempias juga tak? Fikirkankah sedalamnya sblum meletakkan harga….....bukan tak perlu tetapi biarlah munasabah dan berperikemanusiaan sehingga tidak dilihat spti menjual “anak sendiri”.

“Adakah dgn meletakkan harga wang hantaran yg tinggi boleh menjamin kebahagian yg diidamkan?”

Sebenarnya kita disuruh oleh Islam membentuk suasana menyukarkan yg haram dan memudah yg halal. Tetapi lain pula yg jd skrg ini. Terbalik pula. Hakikatnya sekarang ini masyarakat hari ini memudahkan atau tidak ambil pusing yg haram dan bertambah malangnya juga di sini disukarkan pula yg halal. Contohnya?

i-Pertama, urusan kenduri kahwin atau walimah telah dijadikan JAMBATAN KESOMBONGAN IBUBAPA atau keluarga sehingga ditangguh perkahwinan bg memboleh kenduri besar2an dibuat demi menjaga taraf ‘jenama keluarga’. Sehingga ada pasangan yg terpaksa menunggu tempoh masa yg lama. Sedangkan, asalkan diadakan walimah sudah mencukupi sebenarnya. Apa yg penting perkahwinan yg halal telah dilunaskan.
ii-Bayaran mas kahwin ini diwajibkan dlm agama Islam, manakala hantaran perkahwinan pula bersifat adat resam dan tidak ada kewajiban utk membayarnya. Tetapi apa yg berlaku pada hari ini?
iii-Akad Nikah Wang Hantaran di Malaysia : RM12,000 RM15,000 Bagi Pasangan Yg Berkelulusan Ijazah!!Akad nikah yg sebetulnya menggambar persetujuan kedua belah pihak menjadi suami isteri yg sah. Cukup sekadar bakal suami menjawab: “saya terima, atau saya bersetuju” atau mungkin ditambah “saya terima nikahnya” atau “saya bersetuju bernikah dgnnya” spti yg diminta oleh sesetengah sarjana dlm Mazhab al-Syafi’i apabila bapa bakal isteri menyebut “saya nikahkan saudara dgn anak saya Fatimah”. Tidak pernah ada dalil yg menyatakan mestilah satu nafas, atau tidak terputus nafas spti diada2kan oleh sesetengah pihak. Tetapi apa yg berlaku hari ini semasa sesi akad nikah tok kadi bersama pengantin?

Sunday, September 9, 2012

Jenazah Selamat Tiba Dari Rusia

Ibu hampir tak sanggup tatap arwah Hanisah.....
Dungun: Ibu dan bapa pelajar Malaysia yang maut dalam kemalangan jalan raya di Wilayah Nizhny, Russia, Ahad lalu, sebak dan terpaksa dipapah saudara mara sebaik melihat jenazah anaknya diusung ke Masjid Tengku Ampuan Intan Zaharah, Kampung Molek, di sini, pagi semalam.
Jenazah Hanisah Muhd Shah, 22, yang tiba dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), kira-kira jam 11 malam kelmarin, dibawa dengan kereta jenazah dan tiba di Masjid Tengku Intan Zaharah, jam 6 pagi sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Syed Yahaya, Kampung Molek untuk dikebumikan. Muhd Shah Salleh, 62, dan isteri, Rokayah Mohd, 61, yang sebelum itu memberitahu hatinya sangat sedih dan tidak sanggup menatap wajah arwah anaknya, Hanisah, 22, akhirnya berubah fikiran dengan menatap dan memberi ciuman ke atas jenazah anaknya buat kali terakhir.

Katanya, dia dan isteri terasa pilu apabila mengingatkan wajah ceria anaknya sepanjang dua bulan bercuti di kampung serta saat perpisahan di KLIA, pada 2 September lalu yang tetap kekal dalam sanubari.“Saya dan isteri kelmarin, mengambil keputusan tidak mahu menatap wajahnya (Hanisah) dan bercadang supaya jenazahnya segera disembahyangkan dan selepas itu terus dikebumikan. “Namun hari ini (semalam) hati kecil kami berbisik agar kami menatap wajahnya untuk kali terakhir,” katanya yang menahan sebak ketika ditemui selepas selesai solat jenazah di masjid berkenaan.

Puas hati
Muhd Shah berkata, biarpun sangat sedih, beliau dan isteri berpuas hati kerana dapat menunaikan semua permintaan arwah sepanjang dua bulan pulang bercuti termasuk sempat berhari raya bersama keluarga. Beliau sekeluarga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak termasuk Menteri Belia Dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang banyak membantu sehingga urusan membawa pulang jenazah berjalan lancar dan cepat serta media massa yang melaporkan kemalangan itu.

Jenazah 2 Pelajar Maut Di Rusia Selamat Dikebumi

AL-FATIHAH...Salam Takziah kpda keluarga mangsa pelajar, sama2la kita doakan yg terbaik bt arwah....
Jenazah pelajar Malaysia, Adzreen Dimyati, 22, yg maut dlm kemalangan jalan raya di Vladimirskaya, Rusia pada Isnin lalu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Presint 20 di sini semalam. Jenazah pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pukul 9.45 malam kelmarin menerusi pesawat Emirates Airlines dari Dubai. Jenazah kmdn dibawa ke Surau Al-Iman Presint 9 utk disembahyangkan sebelum dikebumikan kira2 pukul 1.40 pagi semalam.

Ibu saudara mangsa, Datuk Rabeahtul A. Abbas yg mewakili keluarga mangsa menyampaikan ucapan terima kasih kpda kerajaan dan semua pihak yg terlibat mengendalikan urusan membawa pulang jenazah. Maaf, ibu bapa arwah belum bersedia utk bertemu media krna mereka masih terkejut dgn kejadian itu.

Dalam kejadian pukul 3 pagi Isnin lalu (11 malam Ahad waktu Rusia), Adzreen bersama enam lagi pelajar Malaysia dlm perjalanan dari Lapangan Terbang Moscow ke kampus mereka di Akademi Perubatan Negeri Nizhny Novgorod. Malangnya, bas yg mereka naiki terbabit dgn kemalangan di wilayah Vladimirskaya, 120 kilometer dari wilayah Nizhny ekoran kegagalan pemandu mengawal kenderaan krna dipercayai terlelap. Adzreen meninggal dunia ketika dlm perjalanan ke hospital manakala seorang lagi mangsa, Hanisah Muhd. Shah, 22, yg merupakan pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat maut di tempat kejadian.

Wednesday, September 5, 2012

Banjir Kilat

Banjir Kilat Sebabkan Kesesakan Teruk Di Lembah Klang
Hujan lebat yg turun lewat petang Selasa (4 September 2012) menyebabkan kejadian banjir kilat melanda sekaligus mengakibatkan kesesakan lalu lintas yg teruk di beberapa jalan utama di Kuala Lumpur, Serdang, Bangi, Nilai dan Kajang.

Laluan trafik sangat perlahan dan adakalanya tidak bergerak menghala ke selatan bandar raya hingga sebelum tol Sungai Besi. Kesesakan tersebut menjadi lebih buruk di Jalan Istana hingga ke pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia Sungai Besi akibat banjir kilat yg berlaku.

Pada kira2 pukul 9 malam, PLUS Expressways Bhd (PLUS) membuka laluan alternatif sebelum laluan tol bagi membolehkan pemadu membuat pusingan ‘u’ untuk kembali ke bandar raya. Sementara itu, di Lebuh Raya Besraya, banjir kilat yg berlaku dihadapan Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) Serdang menyebabkan kesesakan yg teruk sekitar, Hotel Palace of The Golden Horses, Mines dan Balakong dgn hanya satu lorong boleh digunakan. Kesesakan turut berlaku di hadapan bangunan Minlon menghala ke stesen KTM Serdang.

Paras air naik di KM303.8 laluan Universiti Pertanian-Kajang yg memaksa laluan di kedua2 belah jalan tersebut terpaksa ditutup. Di Lebuh Raya SILK, banjir kilat melanda sekitar Bandar Sg Long memaksa jalan menghala ke Cheras dan Kajang terpaksa ditutup dan trafik dilencongkan ke Putrajaya. Di Lebuh Raya KESAS pula, kesesakan bermula di Vista Komanwel menghala ke MRR2, Lebuh Raya Utara-Selatan menghala ke Sri Petaling. Kesesakan trafik turut dilaporkan berlaku di Subang Jaya sekitar bulatan Persiaran Kewajipan dan kawasan Sunway, lebuh raya NPE dan SPRINT.

Wednesday, August 15, 2012

Last Day Kerja Before Raya

Ari nie last day mama kerja sebelum bercuti raya, ada member2 yg dah start cuti dah pun arini....mama Insyaallah mlm nie bertolak balik kampungnya.......semua org dah mood raya agaknya...betul x kawan2....

Balik Raya

Sempena Raya yg bakal menjelma tiba tak brpa hari saja lg, mama mengambil kesempatan untuk memohon jutaan ampun n maaf sekiranya ada sebarang salah n silap diantara kita n harap dimaafkan n dihalalkan segalanya.

Insyaallah malam ni mama, papa n anak2 akan bertolak balik kelantan untuk sambut Raya Aidilfitri......Semoga perjalanan kami sekeluarga selamat sampai hendak-NYA... harap2 jalan tak jem lg la malam nie.........

Friday, June 29, 2012

Pelawak Osman Kering Meninggal Dunia

AL-FATIHAH............
Pelakon n pelawak Osman Kassim, 57 atau Osman Kering yg dimasukkan ke hospital 10 Jun lalu akibat jangkitan kuman pada organ dalaman, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Bandar Tun Razak di sini hari ini.

Anak Allahyarham, Nur Aini ketika dihubungi Mynewshub.my mengesahkan berita kematian bapanya itu. Katanya, bapanya meninggal dunia pada 3.45 petang tadi. ”Jenazah Allahyarham dijangka akan dikebumikan di Petaling Jaya…InsyaAllah malam ini selepas Isyak,” katanya.

Sebelum ini Mynewshub.my difahamkan yg kuman sudah merebak ke paru-paru, otak, buah pinggang dan jantung pelawak terkenal itu. Antara filem lakonan Allahyarham ialah Man Laksa; Tentang Bulan; 9 September; Pontianak Menjerit dan Mr Cinderella.

AL-FATIHAH n TAKZIAH kpda keluarga arwah...AMIN.....

Monday, June 25, 2012

24 Jun Datang Lagi

Happy Besday semoga panjang umo n dimurahkan rezeki itulah ucapan dari suami tersayang dan jg anak2 mama di pagi 24 Jun... terima kasih untuk semua...LOVE U ALL....

So semalam kami sekeluarga meraikan Hari Lahir mama....mama n papa belanja makan2 n bawa anak2 jalan2 dan mcm2 aktiviti sampingan yg lain....

Alhamdulillah dgn usia yg makin bertambah ni masih di beri kenikmatan oleh-NYA. Ya Allah Kau berilah aku taufiq n hidayah-Mu dan petunjuk dan kesabaran kpdaku dlm membimbing anak2ku agar menjadi insan yg soleh n solehah....AMIN...Insyaallah....

Monday, June 18, 2012

Osman Kering Masih Kritikal

KEADAAN kesihatan pelakon dan pelawak veteran, Osman Kassim, 57 atau Osman Kering yg dimasukkan ke hospital 10 Jun lalu akibat jangkitan kuman pada organ dalaman, masih kritikal. Osman yg ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur, difahamkan bakal menjalani pemeriksaan imbasan otak hari ini.

Anak Osman, Nur Ain Osman, 25, memberitahu HIP melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) semalam, ayahnya masih kritikal. “Sebelum ini, doktor beritahu kuman sudah merebak ke paru-paru, otak, buah pinggang dan jantung. Apa yg kami mampu lakukan hanyalah berdoa supaya pulih,” katanya.

Osman terbabit dlm bidang seni sejak 1985 dan sering ditawarkan watak pelakon pembantu.
Antara filem lakonannya, Man Laksa; Tentang Bulan; 9 September; Pontianak Menjerit dan Mr Cinderella.

Marilah kita sama2 doakan yg terbaik untuk beliau.........

Happy Father's Day

SELAMAT HARI BAPA buat ayah dan jg buat suamiku yg tersayang (bapa kpda anak2ku)..... moga menjadi contoh tauladan yg baik buat anak2....Syafiqah, Syahmi n Syafarisya..... Sesungguhnya anak2 adalah ANUGERAH n AMANAH yg Allah swt kurniakan kpda kita yg tak ternilai.......

Terima kasih yg tak terhingga kpda Ayah krna berjaya membesarkan dan mendidik kami adik2 dgn hasil titik peluh Ayah tanpa mengenal erti PENAT LELAH.....Kami semua doakan semoga Ayah dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan yg baik...AMIN...INSYAALLAH...

WWW 1 Dipasang Pada Satria Neo

No plat WWW 1, merupakan no plat yg paling mahal dlm Malaysia akhirnya dipasang keatas sebuah kereta nasional Proton Satria Neo.

Gambar ini mengesahkan WWW 1 Dipasang Pada Satria Neo dgn gambar Sultan Johor sendiri kelihatan berdiri berdekatan dgn kenderaan tersebut. No pendaftaran WWW 1 mencetuskan pelbagai kontroversi kerana harganya yg mencecah RM520,000...

Friday, June 15, 2012

Jenis Darah n Perwatakan

Adakah jenis darah yg mengalir dlm tubuh kita mampu menggambarkan personaliti sebenar diri kita sendiri? Menurut salah sebuah institut di Jepun, kajian yg dilakukan ke atas jenis2 darah yg mengalir di dlm tubuh manusia ternyata mampu memberi gambaran terdekat mengenai keperibadian individu itu sendiri. Lets check it out..

DARAH O
Individu yg memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sbg individu yg setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri. Selain itu individu dari kategori ini jg sering bersifat ingin menjadi ketua walau dlm apa jua perkara yg ingin dilakukan khususnya yg melibatkan kerja2 berkumpulan. Sekiranya menginginkan sesuatu, anda akan berusaha utk mencapai matlamat tersebut walau dlm apa cara sekalipun. Ada kalanya anda dikatakan memiliki sifat cemburu yg agak kuat. Selain itu anda jg terlalu serius dlm persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kpda diri anda sendiri. Oleh yg demikian anda harus lebih bijak mengawal emosi diri anda agar tidak dikuasai dgn tekanan.

DARAH A
Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dlm hidup anda. Anda gemar melakukan kerja2 scra berkumpulan dan anda jg gemar melibatkan diri dgn berpersatuan. Anda bijak bergaul dgn individu di sekeliling dan ternyata mrka jg sentiasa berasa senang utk bekerjasama dgn anda. Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang rasa yg ada dlm diri anda itu melambangkan bhwa anda tergolong dlm kategori individu yg memiliki keperibadian penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya anda agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu utk berehat. Anda harus ingat, kesihatan jg perlu diutamakan. Jgn krna terlalu leka dgn kerja2 anda itu, kesihatan diri pula yg terabai.

DARAH B
Sempoi! Itulah ungkapan yg paling rapat dgn anda. Anda lebih selesa dgn kesederhanaan. Dlm perhubungan pula anda adalah individu yg terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dlm apa jua perkara. Dlm melaksanakan sesuatu tugasan yg diberikan, anda lebih gemar melaksanakannya dgn cara anda sendiri. Anda adalah individu yg kreatif dan fleksibel, mudah bg diri anda utk meletakkan diri sendiri dlm apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu. Anda adalah individu yg bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap anda yg gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat diri anda dan sekali gus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri. Anda harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.

DARAH AB
Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yg jelas terpancar dlm diri individu yg tergolong dlm kategori darah berjenis AB ini. Anda jg sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yg berada di sekeliling anda berasa selesa utk berdampingan dgn anda. Anda jg memiliki sikap humor semula jadi dlm diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria.

Tuesday, June 12, 2012

Laksana Amanah Didik Anak

Ibu tidak pernah jemu 'menuai' kasih.....Laksana amanah didik anak sejak dalam kandungan hingga dewasa

WAHAI anakku, jauh sebelum dirimu hadir dlm kehidupan ayah dan ibu, kami sentiasa bermohon kpda Allah SWT supaya dikurniakan keturunan yg soleh dan solehah, taat kpda Allah, berbakti kpda orang tua, rajin beribadah, belajar, serta dapat menjadi penerus dakwah Islam. Banyak rencana yg kami rancang supaya kelak bila kau hadir, kami sudah siap menjadi orang tua yg baik dan mampu mendidikmu dgn didikan sesuai agama Islam, tuntunan kita seperti dicontohkan Rasulullah SAW kepada kita. Ayah dan ibu ingin kelak apabila Allah mengamanahkan kpda kami seorang puteri, maka dia akan berakhlak spti akhlak Fatimah, puteri Rasulullah SAW, dan apabila Allah mengamanahkan seorang putera, maka dia akan seperti Saidina Ali.

Setelah tanda kehadiranmu mulai jelas, ibu sering mual, muntah-muntah, sakit kepala dan mahu pengsan. Ibu dan ayah bersyukur kepada Allah atas kurniaan-Nya, kami menjagamu sepenuh hati, serta sentiasa berharap, kelak dirimu lahir sebagai anak yang sihat, sempurna dan menyenangkan. Sejak dalam rahim, kami cuba menanamkan kalimat tauhid kepadamu dan berupaya mengenalkanmu kepada Sang Pencipta, dgn bacaan ayat suci-Nya, senandung selawat Nabi, nasyid membangkitkan semangat dakwah dan rasa keimanan kpda Allah yg Esa.

Saat kau akan lahir, ibu merasakan sakit amat sangat, seolah2 berada antara hidup dan mati, namun ibu tidak mengeluh dan putus asa, krna bayangan kehadiranmu, lebih ibu rindukan dibanding sakit yg dirasakan. Ibu tak henti2 berdoa, memohon ampunan dan kekuatan kpda Allah. Ayah pun tidak tidur bbrpa malam utk memastikan kehadiranmu, menemani dan menguatkan ibu, supaya sanggup melahirkanmu dgn sempurna. Bacaan zikir dan istighfar, mengiringi kelahiranmu. Begitu kau lahir, rasa sakit dilupakan begitu saja. Setelah tangismu terdengar, seolah kebahagiaan hari itu hanya milik ibu dan ayah. Air mata yg tadinya hampir tak henti mengalir krna menahan sakit, berganti menjadi senyum bahagia menyambut kelahiranmu.

Ibu dan ayah bersyukur kpda Allah SWT, kmdn ayah melantunkan bacaan azan dan iqamah di telingamu, supaya kalimat pertama kau dengar adalah kalimat tauhid yg harus dirimu yakini dan taati selama hidupmu. Ibu berasakan kebahagiaan menyusukanmu, memastikan anaknya tidak lapar dan membesar sihat. Ibu selalu bersedia memberikan air syurga kurniaan Ilahi kepadamu. Ibu berusaha menjagamu walau dlm keadaan apapun. Saat malam sedang tidur lelap, ibu akan terjaga bila kau tiba2 menangis krna lampinmu basah atau lapar. Saat sedang makan dan dikau buang air besar, ibu dengan rela menghentikan makan dan mengganti pakaianmu dulu. Semuanya ibu lakukan dgn senang hati, tanpa rasa susah dan jijik.

Sejak dirimu masih dlm buaian, ibu membacakan doa dlm setiap kegiatan kau lakukan. Ibu bacakan doa hendak makan ketika dikau hendak makan, doa hendak tidur ketika dirimu hendak tidur, dan doa apa saja yg harus dikau tahu serta amalkan dlm kehidupan seharianmu. Ibu bacakan selalu ayat Kursi dan surah pendek satu persatu setiap malam, di kala menghantarmu tidur, ayat demi ayat dan ibu ulang berkali2 hingga dirimu dapat mengingatinya dgn baik, dgn harapan dirimu besar nanti menjadi penghafaz al-Quran.

Ketika dikau sudah mampu berbicara, Subhanallah, tanpa kami duga dirimu telah menghafal pelbagai macam doa dan bbrpa surah pendek. Ibu bersyukur dan bangga kepadamu. Muncul harapan dlm hati ini, kelak dikau tumbuh menjadi anak yg pintar dan rajin belajar. Tatkala dirimu mulai belajar solat, walau dgn bacaan yg masih belum sempurna, bercucuran air mata ibu krna kau telah mampu melafazkan doa itu. Timbul harapan di hati yg paling dlm, kelak hingga ketika ibu dan ayah tiada, dikau tetap melantunkan doa itu, kerana doamu akan memberikan kepada ibu dan ayah pahala tak henti2 di hari akhirat. Kaulah aset masa depan bagi ibu dan ayah.

Saat dikau memasuki usia sekolah, kami carikan sekolah yg baik untukmu. Sekolah yg memiliki visi pendidikan spti yg ibu dan ayah inginkan. Alhamdulillah, saat dirimu mulai bersekolah, telah banyak didirikan sekolah Islam. Apabila ibu dan ayah tidak mahu melayanimu utk hal yg sudah dapat dirimu lakukan sendiri, itu bukan bererti kami tidak menyayangimu. Ibu dan ayah sayang sekali padamu, dikau tidak boleh terlalu dimanjakan hingga saat dirimu besar nanti, dikau jadi anak yg berdikari dan serba boleh.

Maafkan ibu dan ayah apabila sesekali atau sering memarahimu ketika dikau membuat kesalahan yg berulang. Sebenarnya ibu dan ayah tidak ingin memarahimu, namun kami sedar dikau perlu tahu dan dapat membezakan mana yg benar, mana yg salah. Inilah harapan ibu dan ayah kepadamu, sangat banyak dan sangat ideal. Oleh krna itu, kami sentiasa memohon petunjuk dan bimbingan dari Allah Yang Esa, yang Berkuasa dan Maha Agung, supaya tidak salah langkah dlm mendidikmu.

Wednesday, June 6, 2012

Azab n Seksa Tinggalkan n Melewatkan Solat!!

Melewat2kan solat ni, umpama meringankan solat lah. Tau ke korang siksa orang yg tinggalkan n ringankan solat ni?
Kalau kita tinggalkan and ringankan solat,Allah balas dengan 15 seksa:
6 seksa kat dunia
3 seksa masa nak mati
3 seksa dalam kubur
3 seksa masa hari kiamat

Apa dia seksa-sekasa tu?
6 seksa kat dunia
1.Hilang berkat hidup. Sia2 aje hidup. Kalau kita kaya sekalipon, kekayaan kita sia2, kosong. Umur kita tak berkat mean tak bagi apa2 manfaat dalam hidup kita
2.Allah S.W.T hapuskan tanda orang soleh kat muka kita.
3.Semua benda baik yg kita buat, Allah tak bg pahala, even sembahyang, puasa, sedekah ke semua tak dapat pahala.
4.Doa kita tak di makbulkan.
5.Batin munafik, semua makhluk kat dunia ni benci and marah kat kita. Tidak di akui golongan islam.
6.Kita tak termasuk golongan orang soleh. Rezeki tak berkat, terbuang, sia2. Kalau kita kaya sekalipon, kekayaan tu jadi laknat kat kita.

3 seksa masa nak mati.
1.Mati sehina2nya. Roh kita dicabut dgn bengis tanpa belas kasihan.
2.Mati dalam kelaparan
3.Mati dalam kehausan.

3 seksa masa dalam kubur.
1.Kubur jadi sempit sampai berselisih tulang rusuk kita. Kubur kita gelap.
2.Kita di azabkan dgn api neraka. Berbalik-balik kat atas bara api neraka tu siang and malam.
3.Kita di datangi ular Sajahul ikrak. Mata ular ni dari api. Kuku dia dari besi. Panjang kuku dia pulak kira2 satu hari perjalanan. Suara dia macam guruh. Ular ni akan datang kat kita sambil cakap
“ Akulah Sajahul igrak yg di suruh oleh Tuhanku memukul sekiranya simati meninggalkan sembahyang Subuh hingga ke Zohor, Zohor hingga ke Asar,dari Asar hingga ke Mangrib, Maghrib hingga ke isyak.”
Macam tu lah terus2 sampai hari kiamat. Tiap kali kena pukul, kita tenggelam 70 hasta masuk dalam bumi. Lepas tu dia cungkil kita balik pakai kuku dia. Kita di pukul ulang2 kali tak benti2 sampai hari kiamat.
Menurut riwayat Ibnu Abas (r.a) berkata aku dgn Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, Bermula orang meninggalkan sembahyang itu tidaklah ia golongan Islam, Allah subhanahu wata’ala tidak terima tauhidnya dan imannya dan tidak ada faedah sedekahnya, puasanya dan zakatnya dan sedekahnya walaupun ia boleh mengucap.

3 seksa masa hari kiamat.
1.Kita kena halau malaikat azab ke neraka jahanam.
2.Allah pandang kita dgn murka. Kita di hisab dgn berat sampai jatuh daging muka kita.
3.Allah hisab kita dgn kiraan yg halus lepas tu di hantar ke neraka (seburuk2 tempat kediaman)

Friday, June 1, 2012

Dalam Kenangan

Tanggal 4 Disember 2011 @ 3.20pm

Perginya dan tidak akan kembali. Pastinya segala kenangan.. ingatan.. akan kekal dalam hati kami dan sangat bernilai. Akan kami simpulkan sbg kenangan yg tiada galang ganti. Perginya arwah dgn keadaan sangat tenang. Ringan sakaratul yg menjemputnya seolah2 dihindari kesakitanya. Kami sekeluarga dipermudahkan segala urusan menguruskan jenazah dia..

Ramai tetamu yg sudi menghadiahkan bacaan. Ramai yg sudi solatkan. Ramai yg mengiringi ke kuburan. Majlis bacaan tahlil yg dipermudahkan.. Semoga segala yg dihadiahkan menjadik hak pada arwah. Semoga ditempatkan arwah di kalangan hambaMu yg soleh.. dipermudakan urusan alam baru arwah.. diringankan segala dugaan dan siksaan.. dilapangkan diterangkan kuburnya.. dan tenang dialam baru.. Jasa terakhir dari kami ahli keluarga..semoga diberkati kamu sekalian.. ~Amen~

Pemergian awah adik diusia yg muda menyentap jiwa kami sekeluarga....betapa sukar untuk kami semua lupakan segala memori bersamanya...berakhir sudah derita kesakitan yg arwah tanggung.. walau pelbagai usaha dan ikhtiar yg kami cuba untuk mengubati arwah namun kuasa Allah swt mengatasi segala-NYA. Sesungguhnya Allah swt lebih menyayanginya.....Kami akan sentiasa merindui dan mengingati arwah adik sampai bila2....Mudah2an arwah adik sentiasa dibawah lindunganNya.. ~Amen~... Berakhir sudah kisah duka keluarga kami.. Telah selamat dia kembali pada penciptaNya.. Sesungguhnya kami sekeluarga terpilih untuk dugaan ini. Alhamdullilah...... segalanya telah selesai dan kami terima dengan tabah dan lapang dada. Semoga kamu diluar sana tidak diduga seperti kami.. InsaAllah..

Hari ini genap 182 hari arwah pergi mengadap pencipta-NYA.....pergi yg tak akan kembali lagi...AL-FATIHAH....

Gurauan Punca Ramai Isteri Jadi Ibu Tunggal

Kegagalan suami memahami ajaran Islam dgn menjadikan perkataan cerai dan talak sbg bahan gurauan atau cubaan menakut2kan isteri, menyaksikan ramai wanita menjadi ibu tunggal secara mengejut.

Peguam Syarie, Saiful Adli Mohd Arshad, berkata beliau banyak mengendalikan kes perceraian yg berpunca drpd tindakan suami yg melafazkan talak tanpa niat. Ada suami yg disoal memberitahu mereka hanya bergurau-senda, suka2 dan main2 atau sekadar mahu menakut2kan isterinya supaya tidak terlalu garang. Si suami akhirnya terperanjat apabila diberitahu mereka tidak lagi boleh bersama dgn isteri masing2 krna sudah jatuh talak meskipun ia dilafazkan sewaktu bergurau.

Saiful Adli berkata, ada juga suami melafazkan talak atau cerai secara tidak jelas (lafaz Kinayah) atau secara sindiran hingga menimbulkan kekeliruan isteri berhubung status perkahwinan mereka. Katanya, antara lafaz talak tidak jelas seperti ‘mulai hari ini kamu (isteri) boleh balik ke rumah ibu bapa kamu, jangan datang ke sini lagi’ atau ‘mulai hari ini kita pilih jalan masing-masing’.

Jika perkara itu berlaku, isteri dinasihatkan segera membuat aduan ke Mahkamah Syariah untuk memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai. Mereka perlu menemui hakim dan beritahu kes suami melafazkan cerai secara kurang jelas dgn menyatakan tarikh dan di mana lafaz itu dibuat. Hanya dlm keadaan ini, hakim mahkamah syariah mempunyai kuasa utk menentukan sama ada jatuh talak atau tidak selepas membuat analisa dan kajian terperinci dari pelbagai sudut hukum nikah dan cerai,” katanya. Berikutan itu, Saiful Adli menasihatkan suami isteri supaya tidak menjadikan lafaz cerai dan talak sebagai bahan mainan atau gurauan.

Wednesday, May 30, 2012

Belanjawan 2013 Tumpu Pertumbuhan Berkualiti

Datuk Seri Najib Razak berkata, Belanjawan 2013 akan dibentangkan di Parlimen pada 28 September ini. Perdana Menteri berkata, Belanjawan 2013 akan terus memberi tumpuan kpda pertumbuhan berkualiti dan seimbang serta kebajikan rakyat. Beliau berkata, kerajaan mendengar pandangan semua pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pembabitan rakyat scra menyeluruh dlm merangka belanjawan berkenaan. Kerajaan sentiasa bersikap terbuka utk berinteraksi scra terus dgn sektor swasta, NGO dan industri bg memastikan segala perancangan dan pelaksanaan program dilakukan scra berkesan dan bersifat inklusif.

Adalah penting utk kita bersama2 memberi pandangan dan mencadangkan langkah spesifik bg mengatasi cabaran dan isu semasa, khususnya yg membabitkan kepentingan dan kesejahteraan rakyat keseluruhannya," kata PM ktka berucap pada pembukaan sesi Konsultansi Belanjawan 2013 bersama wakil NGO, pegawai kanan kerajaan dan swasta di Kementerian Kewangan, di sini, semalam.

Sesi perundingan belanjawan itu bertemakan ‘Memacu Transformasi Ke Arah Negara Maju.’ Najib berkata dlm perundingan belanjawan itu, kerajaan menerima 84 memorandum drpd pelbagai pihak dan memberi jaminan akan mempertimbangkannya sbg input dlm Belanjawan 2013. Beliau berkata, sesi perundingan itu adalah proses berterusan yg akan turut membabitkan isu penting yg bakal dilaksanakan menerusi perbincangan kumpulan fokus yg lebih kecil kemudian.

Malaysia kini dlm tahun ketiga perjalanan transformasi ke arah negara maju berpendapatan tinggi. Kita sudah mencapai banyak perkara dlm tempoh pendek itu, tetapi masih banyak yg perlu dilakukan. Justeru, setiap belanjawan perlu menyumbang dan membawa kita lebih dekat ke arah mencapai Wawasan 2020,” katanya. Beliau jg berkata, kerajaan perlu menyediakan peluang yg saksama utk pendidikan dan sektor lain selain memastikan kualiti hidup rakyat yg lebih tinggi. Katanya, usaha transformasi jg menunjukkan perkembangan positif yg mana pd tahun lalu, ekonomi berkembang 5.1 peratus disokong oleh permintaan domestik yg menyaksikan pelaburan swasta meningkat drpd RM95.9 bilion pd 2010 kpda RM111.8 bilion tahun lalu.

CEUPACS Minta Kaji Gaji Pembantu Tadbir

CUEPACS mencadangkan gred minimum N17 pembantu tadbir dikaji semula selain membuka ruang kenaikan pangkat golongan itu drpd gred maksimum N26 kepada gred bersepadu N42. Cadangan itu bg membolehkan kenaikan kerjaya dan pangkat lebih luas kepada 80,000 pembantu tadbir yg dikelompokkan dlm kumpulan sokongan kerajaan.

CUEPACS jg mencadangkan gelaran jawatan itu ditukar kpda pegawai kerani atau pegawai hemat tadbir bg melambangkan peranan kelompok itu selaku kumpulan sokongan yg melicinkan urusan pentadbiran. Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata cadangan itu akan dikemukakan kpda kerajaan melalui suruhanjaya khas penambahbaikan sistem saraan baru perjawatan awam yg akan ditubuhkan tidak lama lagi. Katanya, kajian gred kelompok kakitangan kerajaan itu perlu dilakukan sejajar perubahan tuntutan tugas dan cabaran golongan itu, selain peningkatan taraf hidup rakyat.

Cadangan sebenar (gred minimum) dibincang pada 12 hingga 14 Jun ini dlm bengkel semakan skim gred gaji penjawat awam anjuran CUEPACS di Muar, Johor. Cadangan dibawa kpda suruhanjaya yg akan diumumkan Perdana Menteri atau Ketua Setiausaha Negara (KSN),” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Ke-16 Kesatuan Pembantu Tadbir dan Pembantu Tadbir Rendah Pendidikan (KEPTAN) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Omar berkata, kajian semula gred minimum N17 bermakna kelompok itu akan menerima kenaikan gaji pokok yg kini dibayar RM926.60 sebulan. Gred (minimum) jawatan jururawat jg U19, jadi (gred bg jawatan) pembantu tadbir kerajaan jg perlu dikaji semula. Kenaikan gred bersepadu memberi mereka peluang kenaikan pangkat gred bersepadu yg mengambil kira pengalaman, kemahiran dan sumbangan kpda organisasi tanpa perlu merujuk kepada kelulusan akademik. Maknanya (bg gred bersepadu) tak perlu ada ijazah atau diploma tetapi ambil kira pengalaman, kemahiran dan sumbangan. Namun, bukan semua boleh dapat gred ini, hanya mereka yg layak sahaja.

Tuesday, May 29, 2012

TMJ Pertahan Sultan Johor Bida WWW 1

Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim bertitah mempertahankan pembidaan nombor pendaftaran WWW1 oleh ayanda baginda Sultan Johor sambil menegaskan kerabat diraja Johor tidak mengambil sebarang wang drpd kerajaan.
Kerabat diraja Johor tidak ambil duit kerajaan. Sejak era Almarhum Sultan Ibrahim," titah baginda menerusi mesej Twitter. Baginda juga bertitah bahawa pihak2 yg mempertikaikan perkara itu boleh bertanya kepada Menteri Besar Johor ataupun mana2 pegawai2 kerajaan.

Dalam mesej itu, baginda juga bertitah bahawa wang yg diperuntukkan kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar dan baginda sendiri dimasukkan ke dalam Yayasan Iskandar dan Yayasan Ibrahim. Tujuan yayasan2 ini ialah untuk membantu rakyat dan untuk membantu Kerajaan Negeri Johor," kata Tunku Ismail sambil menambah, baginda sendiri, sejak menjadi Raja Muda, tidak mengambil "satu sen pun daripada kerajaan, sehingga ke hari ini."
"Ia wang rakyat. Jadi, sebelum membuka mulut, selidik," titah baginda. Mesej balas Tunku Ibrahim menyusul pandangan diutarakan oleh bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin semalam.

Antara lain Nizar menulis bahawa "RM520 ribu untuk plat nombor pendaftaran WWW 1. Tak akan hendak letak kat kereta Proton atau motor kut?. "Ramai lagi rakyat yg masih kais pagi makan pagi kais petang makan petang!" kata beliau. Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri itu juga menulis bahawa "RM520 ribu boleh dibelanjakan membantu rakyat Melayu Johor yang masih ramai miskin serta memerlukan bantuan untuk keperluan hidup, bina 20 rumah PPRT," katanya lagi.

Laporan media menyebut nombor plat kenderaan WWW 1 berjaya dibida oleh Sultan Johor dengan tawaran tertinggi sebanyak RM520,000. Sultan Ibrahim Ismail mendahului 9,999 pembida lain termasuk Yang di-Pertuan Agong, yang memenangi nombor plat WWW 5 (RM220,000); Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong lai, memenangi nombor plat "WWW 15 (RM24,200)" dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz (WWW 97) bernilai RM100,10.

Baginda memang dikenali sebagai peminat kenderaan mewah yang memiliki koleksi kereta antik dan model terbaru.

(Dipetik dari paper Sinar Harian)

Yang di-Pertuan Agong Berjaya bida WWW 5

Nombor pendaftaran siri WWW yg mencatat rekod bidaan tertinggi di negara ini turut menarik perhatian Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.
Seri Paduka yang berminat dengan nombor WWW 5 berjaya membidanya pada harga RM220,000.