Islamic Clock

Thursday, September 29, 2011

Baby Kembar Siam


Walaupun gembira dikurniakan sepasang bayi kembar siam yg bercantum di dada, kegelisahan tetap membelenggu Zulkifli Ngah (Bapa) 41, berikutan bayi dilahirkan pada jam 11 pagi pada 22 September lalu perlu menjalani pembedahan pada masa depan bg membolehkannya menjalani hidup spti kanak2 normal lain.

“Saya (Bapanya) terima dugaan ini sbg takdir, ttpi saya tetap memerlukan bantuan kewangan utk keperluan mrka pada masa depan krna pendapatan saya sbg penjual ikan hanya cukup bg kehidupan sederhana kami sekeluarga,” katanya sambil berharap dapat bertukar kerja baru di bandar raya ini bg memudahkannya berulang-alik menjaga bayi yg masih mendapat rawatan di HSNZ.
Orang ramai yg ingin menghulurkan sumbangan individu dan syarikat boleh menghubunginya di talian 012-9551435.

Tak Berkesempatan

Dah agak lama mama tak menulis di blog ni, bukan ape kdg2 malas nak menulis ditambah plak ngan kesibukan yg tak menentu sejak akhir2 nie. Kat opis cam2 bengkel sejak akhir2 nie bersambung2......Balik umah lg la ngan kerenah n ragam anak2 n urusan rumahtangga......memasak, kemas rumah, uruskan anak2 dll.....kdg2 penat sesangat tp ape nak buat dah jd tanggungjawab mama.....dah jd kebiasaan dah......mama buat mn yg termampu demi untuk suami n anak2 tersayang.........love u all..muah muah....(:))

Amalan Yg Baik Untuk Dikongsi


AMALAN YG BAIK OLEH IBUBAPA SUPAYA ANAK2 DAPAT MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN DGN MUDAH DAN TENANG

Kepada rakan2 yg mempunyai anak2 yg akan menduduki peperiksaan tahun ini. Ada sikit panduan utk dikongsi bersama iaitu amalan yg baik utk ibubapa melakukan amalan ini ketika anak2 sdg menjawab soalan di Dewan Peperiksaan. Ibu atau bapa yg berada di rumah boleh melakukan amalan ini supaya anak2 kita dapat menjawab soalan dgn mudah dan tenang.

KETIKA ANAK2 SEDANG MENJAWAB SOALAN DI DEWAN PEPERIKSAAN.

Ibu atau bapa di rumah pula lakukan amalan ini:-

1. Ambil Wudhuk.
2. Mengadap kiblat.
3. Baca Syahadah - 3x
4. Al- Fatihah - 1x
5. 3 Qul- 1x
6. Surah Insyirah - 1x
7. Selawat Atas Nabi - 10x
8. Baca Surah Yassin - 1x
9. Baca Surah Insyirah 100x.
10. Niat di dalam hati supaya Allah SWT permudahkan anak2 kita menjawab soalan dgn mudah dan tenang.

Contoh:
Waktu peperiksaan bermula jam 0800 pagi. Ibu@bapa di rumah boleh mula melakukan. Semuga anak2 kita dapat menjawab soalan dgn baik serta beroleh kejayaan yg besar.

Sumber:
Amalan ini diberikan oleh seorang guru wanita yg sudah bersara 4 tahun yg lalu iaitu Cikgu Rohana dari Sekolah Menegah Hutan Melintang. Anak2 beliau kesemuanya telah berjaya didalam akademik. Alhamdulillah kita dapat berkongsi.

Wednesday, September 14, 2011

Pak Su Tangguh Pengajian

Pada 12 September 2011 sepatutnya semester baru 2011/2012 telah pun bermula, tapi Pak Su terpaksa menangguhkan dulu semester pengajiannya atas masalah kesihatan dan atas nasihat n saranan Doktor bagi memudahkan Pak Su menjalani rawatan susulan....mama doakan moga2 Pak Su kuat n tabah dalam menghadapi semua dugaan ini...kami sekeluarga sentiasa mendoakan yg terbaik buat Pak Su n semoga Pak Su akan kembali sembuh spti sediakala..... Insyaallah....

Adik Iesya Plak Muntah2

Malam tadi tiba2 Adik Iesya plak yg muntah2, asal makan n minum jer muntah smla. Ala risaunya hati mama nie nape la tiba2 plak jd cam ni. Nak kata tersalah makan mama n Adik Iesya xder makan ape2 pun. Malam td mama masak Ns Goreng n Sotong Goreng Berempah jer. Tak tido plak la mama malam ni, jam dah hampir nak subuh barula Adik Iesya tido lena n mama pun dapatla tido n melelapkan mata sekejap. Walaupun skjap tp cukup bermakna. Hati mama berbelah bagi, nak g keje ker nak EL jer arini. Mama risaukan keadaan Adik Iesya yg dah semalaman muntah2 n cam letih lesu jer badannya. Mama tengok dulu cam mn keadaan Adik Iesya pagi cam mn ok ker x?

Tengah Adik Iesya lena tido mama bangun mandi n siapkan barang2 keperluan anak2... lepas jer mama siap berkemas Adik Iesya bangun n mama tengok Adik Iesya cam ok jer so mama decide bsiap utk g keje n klau ada apa2 hal nnti harap2 umi informla mama nnti. Tapi mama berharap agar Adik Iesya baik2 aje, Insyaallah....

Tuesday, September 13, 2011

Mama MC 2 Hari

Hari Ahad malam mama tiba2 diserang muntah2 n cirit-birit, lemah longlai badan mama. Sepanjang malam mama xtido asyik berulang ke bilik air jer. Abg Syahmi pun sama, slpas 3-4 kali mama berulang ke bilik air tiba2 Abg Syahmi plak muntah2.... letih n penat tak terkata...cian kat Abg Syahmi pucat jer muka lepas spnjang mlam asyik muntah2 jer.

So esok pagi, Papa bawa Mama n Abg Syahmi g klinik untuk mendapatkan rawatan. Doktor kata ada kuman, ini berpunca dari demam masa sblm hari raya aritu n kuman tu telah menyerang usus tu yg jd muntah2 n cirit-birit tu. Setelah makan ubat2an yg dibekalkan mama n Abg Syahmi still lg muntah2 n cirit-birit, asal makan n minum jer mesti muntah smla tu yg jd badan letih sesangat. Doktor memberi mama cuti sakit (MC) selama 2 hari (12 & 13hb. September 2011) n sekiranya masih berterusan doktor mnta mama rujuk ke Hospital untuk mendapatkan rawatn selanjutnya. Alhamdulillah, arini dah berkurang sikit...n harap2 akan pulih seperti biasa.

Kak Iqa Cuti Sekolah

Bermula hari ini 13hb. shgga 15hb. September 2011 Kak Iqa akan diberi cuti rehat selama 3 hari sepanjang budak2 menjalani peperiksaan UPSR. Selamat maju jaya diucapkan pada murid2 yg terlibat ngan exam UPSR n Good Luck semoga berjaya semuanya.... Insyaallah...

Saturday, September 10, 2011

Pak Su Keluar Hospital

Tengahari semalam Pak Su telah dibenarkan keluar Hospital n diberi cuti selama lebih kurang seminggu. Alhamdulillah syukur, setelah dua bulan kat spital akhirnya Pak Su dibenarkan keluar dan datang semula pada hari Isnin, 11hb. nnti untuk rawatan susulan dan masuk semula Hospital pada 18hb. September nnti untuk menjalani rawatan kimo bagi fasa ketiga. Kami sekeluarga mendoakan agar kesihatan Pak Su akan beransur pulih seperti sediakala, Insyaallah, AMIN.........

Friday, September 9, 2011

Kelebihan Jumaat Penghulu Segala Hari

HARI Jumaat adalah penghulu segala hari @ disebut ‘sayyidul aiyyam’ krna mempunyai kemuliaan dan keistimewaan di sisi Allah SWT. Bg umat Islam, hari itu amat berharga dan hari untuk beramal ibadat bg merebut kelebihan penghulu segala hari.

Berdasarkan penjelasan hadis, hari Jumaat adalah hari pertama kemunculan matahari di dunia, pada hari itu Allah SWT menciptakan Nabi Adam, berlakunya hari Kiamat dan Allah SWT mengizinkan ahli syurga untuk memasuki syurga. Manakala malaikat pula menamakan hari Jumaat sbg hari penambahan disebabkan banyaknya pintu rahmat dibuka dan Allah SWT akan melimpahkan kurnia-Nya serta menabur kebaikan-Nya. Hakikatnya, menjadi tetamu Allah SWT pd penghulu segala hari adalah saat istimewa krna memberi peluang menilai ketakwaan dan membersihkan dosa.

Kita perlu insaf walaupun pada zahirnya penampilan diri kelihatan cemerlang ttpi dr segi batin orang yg melakukan dosa spti rasuah, menzalimi, menganiaya, memfitnah, minum arak, berzina dsbnya bagaikan berada di tempat kotor diselaputi najis. Malah, apa yg menakutkan kita ialah meninggal dunia dlm keadaan berdosa dan tidak sempat bertaubat. Oleh itu, insaf dan sedarlah bhwa untuk keluar dr tempat bernajis @ kotor, caranya ialah meninggalkan, menjauhi tempat itu serta mencari tempat yg suci.

Kemuncak ibadat bg tetamu Allah di masjid ialah mendengar dua khutbah dan solat fardu Jumaat. Firman Allah yg bermaksud: “Wahai orang yg beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu (ke masjid) untuk mengingati Allah dan tinggalkanlah berjual-beli; yg demikian adalah baik bg kamu, jika kamu mengetahui.” (Surah al-Jumaah, ayat 9). Perjumpaan tetamu Allah setiap minggu di rumah Allah mampu membaiki keimanan, meningkatkan persaudaraan sesama Muslim dan perpaduan ummah. Oleh krna besar pengaruh perjumpaan tetamu Allah ini, maka sesiapa yg meninggalkan solat Jumaat tiga kali berturut2 tanpa uzur dibenarkan syarak, mrka dikira sbg orang yg lalai.

Rasulullah SAW bersabda yg bermaksud: “Sesiapa yg meninggalkan Jumaat tiga kali berturut2 tanpa uzur, Allah akan menutup mata hatinya.” (Hadis riwayat al-Nasa’ie) Menurut Imam al-Ghazali dlm kitab Ihya Ulumudin, pd malam dan siang hari Jumaat ada sesaat yg mulia di mana segala permohonan doa akan dimakbulkan dan saat itu dirahsiakan. Siapa meninggal dunia pd hari Jumaat atau malam Jumaat, Allah mencatat untuknya pahala orang syahid dan menjaganya dari azab kubur.

Amalan sunat hari Jumaat seperti qiamulail, sujud syukur, berzikir, beriktikaf dan membaca al-Quran spti surah al-Kahfi, Yaasin, Sajjadah dan al-Mulk. Hadis Rasulullah SAW yg bermaksud: “Barang siapa yg membaca surah al-Kahfi pd hari Jumaat nescaya Allah menerangi cahaya yg akan menerangi dirinya antara dua Jumaat.” (Hadis riwayat al-Bukhari). Hari Jumaat adalah hari penuh keberkatan. Bagi mengambil peluang keemasan ini, mari kita membudayakan bersama keluarga dan anak memuliakan hari Jumaat sbg penghulu segala hari. Mudah2an dgn cara ini ia mampu memperkukuhkan institusi keluarga dan memantapkan keimanan anak kita. Ini amalan nabi, wali n orang salih. Bagaimanapun, berdasarkan pemerhatian, krna kesibukan dunia dan pengaruh sosial menyebabkan kita lupa kemuliaan hari Jumaat. Malah apa yg menyedihkan, ada kalangan umat Islam menjalankan aktiviti pd malam dan hari Jumaat yg menyemarakkan lagi gejala sosial.

Rebutlah peluang untuk membersihkan diri dan bertaubat pada penghulu segala hari. Marilah bersama merenung firman Allah SWT yg bermaksud: “Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi dan carilah apa yg kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatkanlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya di dunia dan di akhirat.” (Surah al-Jumaat, ayat 10)

Adik Iesya @ 1 tahun 1 Bulan

Esok Adik Iesya genap 1 tahun 1 bulan, kejap jer rasanya masa berlalu. Sedar tak sedar dah setahun sebulan mama menyusukan Adik Iesya, Insyaallah mama akan teruskan selagi ada rezeki SI demi untuk kebaikan n kesihatan Adik Iesya. Doa2kanlah semoga niat n usaha murni mama untuk menyusukan Adik Iesya atleast 2 tahun akan berjaya dgn jayanya.

Adik Iesya juga sudah boleh bertatih sendiri sekarang nie. Alhamdulillah bersyukur akan perkembangan diri Adik Iesya. Adik Iesya juga sudah mula mengerti n faham skrg nie, klau mama marah @ tegur Adik Iesya dah faham n mengerti dan menunjukkan reaksi yg positif. Syukur alhamdulillah....dalam mendidik n membimbing anak2 kita perlukan kesabaran diri yg tinggi dalam mengharunginya.....

Tuesday, September 6, 2011

Kerja After Aidilfitri

Hari ini adalah firstday mama bekerja after Hari raya Aidilfitri. Opis pun masih lagi sunyi mungkin mood raya belum habis lg kot. Tapi bg mama seleluarga, Hari Raya tahun nie adalah hari raya yg paling suram, tanpa apa2 sambutan atau persiapan raya macam kebiasaan hari raya, kami sambut raya ala kadar sahaja. Balik raya pun x g jalan mana2 sekadar beraya di umah atok n menziarah saudara terdekat shja, Hari2 mama sekeluarga berulang ke Hospital untuk melihat Pak Su. Mama doakan semoga Pak Su beransur pulih spti sediakala, Insyaallah...AMIN.....

Semoga Pak Su akan terus tabah mengharungi dugaan ini, kita sekeluarga akan sama2 berusaha dan beriktiar untuk mengubati-NYA.......marilah kita sama2 berusaha dan berdoa kpda ALLAH SWT smga beliau mempermudahkan segala-NYA.....Insyaallah.

Friday, August 26, 2011

Cuti Balik Kampung

Mybe malam nie mama sekeluarga akan bertolak balik Ipoh sempena cuti Hari Raya Aidilfitri. Tahun nie turn beraya di Ipoh dan mybe petang raya ke 2 kami sekeluarga akan bertolak balik kampung kelate plak. Semoga Selamat sampai dan selamat kembali ke destinasi yg di tuju dgn selamat. Insyaallah. Berhati2 di jalan raya, Biar lambat asal selamat, Ingatlah orang2 tersayang....

Rawatan Susulan

Hari ini ada temujanji dgn Doktor untuk rawatan susulan Kak Iqa. Doktor ingin melihat tempat luka yg dijahit 2 hari yg lepas samaada ok @ x. Mama harap luka Kak Iqa akan pulih sprti sediakala. Insyaallah.

Alhamdulillah, luka Kak Iqa nampak dah ok dan Doktor pun buka balutan n tak perlu balut lagi spya luka tu lg cepat sembuh dan lepas sminggu baru buka smla jahitan tu.

Salam Aidilfitri


Salam AIDILFITRI buat smua rakan2 yg mengenali diri mama... Dikesempatan ini mama susun sepuluh jari memohon jutaan ampun dan maaf diatas keterlajuran kata sama ada sengaja atau tidak disengajakan... semoga lebaran kali ini dpt mengeratkan ukhuwah sesama kite.....

Kepada yg nak balik kampung tu, hati2 semasa memandu, semoga selamat sampai ke destinasi yg dituju dan semoga selamat jg kembali ke rumah kediaman msg2 selepas sambutan raya nanti.. Semoga kita berjumpa lg selepas raya ni..Insyaallah....

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI....MAAF ZAHIR & BATIN dari kami sekluarga..
(Mama, Papa, Kak Iqa, Abg Syahmi & Adik Iesya)

Penghujung Ramadhan

Sedar xsedar kita dah berada di penghujung Ramadhan 1432H, hari ini dah 26 Ramadhan dah pun. Kejap jer rasanya masa berlalu pergi meninggalkan kita semua. Ramadhan pun dah tggal lbih kurang 3 hari saja lg. Terasa sayu jer nak melepaskan Ramadhan pergi, tapi nak buat macamana, bukannya boleh ditahan2 kepergian bulan Ramadhan, bulan yg mulia lg penuh keberkatan tu.. Mudah2an kita semua dipertemukan lg dgn Ramadhan tahun 1433H. Insyaallah.

Thursday, August 25, 2011

Zakat Fitrah


Bayaran zakat fitrah bagi Negeri Selangor pada tahun 2011 telah ditetapkan pada kadar RM 7.00 bg setiap orang (per kepala). Pastikan amil zakat fitrah mempunyai pas pengesahan drpd LZS dan setiap pembayaran menerima resit rasmi berlogo LZS.

Waktu mengeluarkan zakat fitrah :
Wajib : Mulai terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
Paling Afdhal : Sebelum sembahyang sunat Hari Raya Aidilfitri
Sunat : Sepanjang bulan Ramadhan
Makruh : Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal
Haram : Selepas terbenam matahari pada satu Syawal; hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.

Kak Iqa Jatuh

Inilah rupanya luka yg Doktor dah siap jahit td......

Petang semalam masa ambik anak2 kat umah pengasuh, umi bgtau Kak Iqa jatuh n luka kat dagu n dahi sikit. Mama ingatkan luka biasa, tp tgk darah masih lg keluar menitik2 n lukanya mcm dalam jer sbb nampak isi putih dalamnya. Bila balik umah, mama rasa cam xsedap hati tgk darah yg kuar menitik2 n terus telefon Doktor kat klinik untuk mendapatkan rawatan lanjut. Biasala bulan ramadhan ni klinik sllunya tutup seawal jam 6.30 petang so kenela inform dulu sblum g klinik. Apabila sampai di Klinik Doktor terus cuci luka n darah. Doktor bgtau lukanya besar dan mesti dijahit klau tidak lambatla baik luka tu. So jahitla 3-4 jahitan, Hari Jumaat ini Doktor suruh datang semula untuk rawatan susulan. Harap2 luka tu pulihla secepat mungkin...Insyaallah....

Wednesday, August 24, 2011

Malam Lailatul Qadar

MALAM lailatul qadar turut dikaitkan dgn bbrpa riwayat menceritakan sebab diturunkan surah al-Qadr yg menjadi rujukan setiap Ramadan untuk mengingatkan umat Islam anugerah satu malam yg lebih baik dari seribu bulan.

Dikisahkan dlm satu riwayat oleh Ibn Hatim dan al-Wahidi, Rasulullah SAW pernah menyebut seorang Bani Israel yg berjuang fisabilillah menggunakan senjatanya selama seribu bulan terus menerus. Kaum Muslimin mengagumi perjuangan orang itu. Maka Allah menurunkan surah al-Qadar, ayat 1-3. Dalam riwayat lain dikemukakan bahawa dlm kalangan Bani Israel terdapat seorang lelaki yg suka beribadah malam hari hingga pagi dan berjuang memerangi musuh pada siang harinya. Perbuatan itu dilakukan selama seribu bulan. Sahabat kagum dan iri hati dgn lelaki Bani Israel yg beribadah dan berjihad selama seribu bulan sedangkan ajaran Islam baru disebarkan Nabi, ramai yg masuk Islam pada umur 40 tahun atau lebih. Sehingga sisa waktu mrka hanya 20-30 tahun saja.

Justeru itulah, turun ayat mengenai lailatul qadar untuk direbut kelebihannya yg menyamai beribadat selama seribu bulan. Maka, digalakkan kita memperbanyakkan solat, zikir, doa, bertadarus, membaca al-Quran, bersedekah, dan berjihad di jalan Allah pada malam lailatul qadar. Malam lailatul qadar terjadi pada malam ganjil 10 malam terakhir Ramadan (malam ke 21, 23, 25, 27 atau 29).

Saidatina Aisyah berkata: “Rasulullah beriktikaf pada 10 hari terakhir Ramadan dan Baginda bersabda yg bermaksud: Carilah malam qadar pada malam ganjil dari 10 malam terakhir dari Ramadan.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Drpd Ibnu Umar: “Bahawa bbrp sahabat Nabi melihat lailatul qadar dlm mimpi tujuh malam terakhir, maka barang siapa mencarinya hendaklah ia mencari pada tujuh malam terakhir.” (Muttafaq Alaih)

Ibnu Abbas menyatakan bhwa Nabi bersabda bermaksud: “Carilah lailatul qadar pd malam 10 yg terakhir dari (bulan) Ramadan. Lailatul qadar itu pada sembilan hari yg masih tersisa, tujuh yg masih tersisa dan lima yg masih tersisa.” (Hadis riwayat Bukhari). Tanda2 malam lailatul qadar spti diriwayatkan drpd Ubay, beliau berkata: “Rasulullah SAW bersabda yg bermaksud: Pagi hari malam lailatul qadar, matahari terbit tanpa sinar menyilaukan, spti bejana hingga meninggi.” (Hadis riwayat Muslim)

Drpd Ibnu Abbas, Rasulullah SAW bersabda yg bermaksud: “Malam lailatul qadar adalah malam yg indah, cerah, tidak panas dan tidak jg dingin, dan keesokan harinya cahaya sinar matahari melemah kemerah2an.” (Hadis riwayat Tayalisi, Ibnu Khuzaimah, Bazzar)

Mengisi malam lailatul qadar, Nabi Muhammad SAW beriktikaf di masjid, Baginda bersolat wajib dan sunat, membaca al-Quran, berzikir serta berdoa. Abu Hurairah berkata bahawa Rasulullah bersabda yg bermaksud: “Barang siapa yg mendirikan (solat malam/tarawih) krna iman dan mengharap pahala dari Allah, maka diampuni dosanya yg telah lalu.” (Hadis riwayat Bukhari). Adapun ciri2 orang yg mendapat malam lailatul qadar adalah dia beribadah lebih rajin drpd sebelumnya.

Adikku Masih Di Hospital Lagi

Sedar tak sedar hari ini dah 24 Ramadhan, kejap jer rasanya masa berlalu sekarang ni. Adikku masih lagi di tahan di wad pengasingan. Doktor mengatakan ada jangkitan kuman dalam darah tu yg keadaan kesihatannya xberapa stabil sejak habis kimo aritu. Darah putih pun masih lg rendah. Sejak demam Pak Su hilang selera makan, langsung xnak makan. Sudah dua hari adik tak boleh bangun sendiri.....mulai hari ini juga, Doktor melarang drpd menerima pelawat. Risaunya hati mama memikirkan keadaan kesihatan adik yg lum stabil......ma lg la risau.......silap2 beraya kat spital jer..... sekiranya kuman xhilang mmg xboleh kuar spitalla. Doa2kanlah semoga Pak Su cepat2 pulih .....Insyaallah......

Biji Buah Apricot


Akhirnya jumpa jg biji buah Apricot yg dicari selama ini, so mama belila untuk buat ubat Pak Su. Cuba dulu mana tau kot sesuai @ rasi ngan Pak Su. Insyaallah kita berusaha mn yg termampu........

Tuesday, August 16, 2011

Adik Iesya @ Puasa

Dah agak lama mama x menulis pasal penyusuan Adik Iesya...cuma baca blog kwn2 jer... mama suka n kagum tgk kwn2 yg bersemangat mengumpul EBM walaupun di bulan puasa... tahniah utk kaum2 ibu semua...

Alhamdulillah...melalui pembacaan, pengamatan...syukur bulan ramadhan x menjadi halangan utk ibu2 terus BF anak2 mereka...mula2 takut jugak dengar n baca artikel yg susu merudum pada hari2 puasa mcm ni...mama bersyukur sgt2 walaupun di bulan puasa nampaknya bekalan utk Adik Iesya mmg cukup n lebih dari mencukupi...syukur Alhamdulillah mmg rezeki Adik Iesya.....Ya Allah terima kasih krn mempermudahkan urusan mama... mengurniakan rezeki ini... semoga dgn susu yg ada ini Engkau perbanyakkan... cukup utk bekalan anakku NurSyafarisya Insyirah selama 2 tahun @ lebih...... amin... Insyaallah....

Itulah doa mama tiap2 hari...selain berusaha digalakkan juga kita berdoa...krn pd bulan yg mulia ini stp doa2 kita insyaallah dimakbulkan Allah...akhir kalam dari mama Selamat berpuasa kpd kwn2 semua...Hepy BF n semoga pada bulan yg mulia ini juga kita akan lebih diberkatiNya...insyaallah

Tadarus Al-Quran Bulan Puasa Erat Silaturahim

Rasulullah SAW berucap: “Sesungguhnya aku tinggalkan kpda kalian (satu peninggalan berharga), seandainya kamu berpegang dgnnya nescaya kamu tidak akan sesat selama2nya, iaitu Kitab Allah dan sunnah nabi-Nya.” (Hadis riwayat Al-Hakim)

Hadis itu memberi peringatan cukup jelas supaya umat Islam berpegang teguh dan menjadikan al-Quran panduan dlm kehidupan krna Rasulullah SAW memberitahu al-Quran akan memberi syafaat kpda yg membacanya pd hari kiamat.

Sempena 17 Ramadan, mengingatkan kita kpda peristiwa Nuzul al-Quran yg terakam dlm sejarah kehidupan Nabi Muhammad SAW. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pd malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 drpd keputeraan Nabi Muhamad SAW. Seterusnya proses penurunan wahyu berlaku scra berperingkat hingga lengkap spti kitab al-Quran yg ada pada kita hari ini. Al-Quran yg menjadi mukjizat besar Nabi Muhammad SAW seharusnya memberi makna besar dlm kehidupan umat Islam. Malah, indahnya akhlak Rasulullah SAW digambarkan dlm hadis diriwayatkan Aisyah, akhlak Rasulullah SAW adalah al-Quran. Bermakna apa yg dipraktikkan Baginda adalah ajaran al-Quran itu sendiri.

Memperingati Nuzul al-Quran setiap kali tiba 17 Ramadan bukan sekadar mengimbau peristiwa yg berlaku sebaliknya menilai apakah al-Quran menjadi sebahagian drpd kehidupan dan sudah berapa halaman kitab suci itu yg dibaca sepanjang Ramadan ini.

Bagi yg bertadarus atau berterusan membaca al-Quran sepanjang Ramadan ini, sudah mengikat silaturahim dgn mukjizat Rasulullah SAW dan kesungguhan itu menjanjikan ganjaran berlipat ganda selain menjadikan mrka golongan yg beruntung. Allah berfirman yg bermaksud: “Orang yg diberi kpda mrka kitab, mrka sudah membaca dgn sebenar2 bacaan, maka mrka golongan yg beriman dgnnya dan bg mrka kufur terhadapnya, maka mrka golongan yg rugi.” (Surah al-Baqarah, ayat 121)

Pelbagai usaha dilakukan untuk memartabatkan al-Quran seterusnya mendekatkan umat Islam kpda wahyu Allah yg penuh dgn syariat, pengajaran, penawar, rahmat serta pelindung drpd kesesatan. Bermula Pertandingan membaca al-Quran di Kedah pada 1951, yg dicetuskan Perdana Menteri pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra, penganjuran tilawah al-Quran diteruskan di peringkat kebangsaan melalui Musabaqah Membaca al-Quran pertama diadakan pada 20 Ramadan 1379 (Mei 1960) di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Seiring perubahan, pelbagai inisiatif dilakukan pihak yg ingin melihat al-Quran terus subur dlm jiwa umat Islam di negara ini termasuk dgn menubuhkan maahad tahfiz dan yg terkenal ialah Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), di Kuala Kubu Bharu, Selangor.

Darul Quran yg dikenali sbg Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat ditubuhkan pada 1966 sbg satu unit di Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, juga adalah hasrat Tunku Abdul Rahman untuk mewujudkan Institut Pengajian al-Quran di Malaysia. Idea kreatif untuk mendekatkan al-Quran dgn masyarakat melalui televisyen berjaya mencapai hasrat apabila program realiti yg berjaya mencetuskan fenomena baru iaitu Akademi al-Quran mendapat sambutan hangat. Kini, program itu mendapat perhatian dan drpdnya, lahir satu program Mari Mengaji yg mengajak kanak2 mempelajari al-Quran dlm suasana santai. Saudara baru tidak dilupakan krna dianjurkan program Tilawah al-Quran Saudara Baru yg memberi peluang kpda mrka yg memeluk Islam untuk mempelajari serta mendalami kaedah pembacaan al-Quran dgn tajwid dan lagu. Begitu juga penghasilan teknologi dan inovasi antaranya al-Quran digital serta pen pintar memudahkan masyarakat belajar membaca al-Quran.

Sunday, August 14, 2011

Berbuka Puasa Di Putrajaya


Hari minggu bawa anak2 jalan2 di sekitar Putrajaya n terus berbuka puasa di Putrajaya. Tengok orang belum berbuka lg anak2 mama dah santap dulu dah... nnti lepas nie jaga Adik Iesya plak mama n papa nak bebuka plak tau.....

Saturday, August 13, 2011

Xder Mood Nak Sambut Raya

Xder mood rasanya nak sambut raya tahun, kesihatan adikku masih lum stabil sepenuhnya. Adikku masih lg ditahan di wad pengasingan krna kadar darahnya yg begitu rendah. Sepatutnya minggu nie adik dah boleh kuar spital tp adik terpaksa ditahan di spital lg untuk rawatan susulan dan Dr. jangkakan mybe sampai dekat raya baru Dr. bg cuti untuk balik raya. Aku kesian sangat dekat ma, ma terpaksa berkampung kat spital siang malam menjaga adik di bulan Ramadhan yg mulia ini. Ma jg baru baik dari demam, biasala org tua mana tahan berkampung di spital lama2 tambah plak bulan puasa. Makan minum pun ala kadar saja... Kali ni pun dah sebulan lebih ma berkampung di spital. Spital dah jd cam rumah pertama..... besarnya dugaan kami sekeluarga, semoga kami semua tabah dalam menghadapinya dan kami akan cuba usahakan ape yg termampu demi untuk kesihatan adik... Insyaallah mudah2an adik akan sembuh seperti sediakala...AMIN.........

Thursday, August 11, 2011

Adikku Masih Di Hospital

Dah sebulan lebih adik mama masuk spital kali nie untuk menjalani rawatan kimo. Sedar tak sedar hari ini dah 11 hari kita berpuasa Ramadhan. Dari hari Jumaat lepas (5hb. Ogos 2011) adik di masukkan ke wad pengasingan di sebabkan kadar darah putihnya menurun. Adik jg dah 3-4 hari demam sejak puasa ni. Mama doakan semoga adik terus tabah mengharunginya.

Pihak Hospital dan jg Doktor yg merawat adik menyarankan agar kami adik-beradik menjalani ujian darah. Doktor meminta agar semua adik-beradik dapat berkumpul untuk temujanji tersebut. Tarikh dan masa temujanji akan diuruskan oleh pihak hospital HUSM.